Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Tuesday, January 20, 2009
ToKki Mea & Wish
inilah tokki mea..namanya Cikgu Long Hassan, sangat baik dengan semua cucu-cucunya yang rasanya menjangkau 23 orang kut...papa pun tak ingat dah...tokki banyak layan kerenah mea semasa kat kampung tempohari...hari-hari dilaporkan selalu tengok gambor2 mea dalam hand-phone, mungkin rindu kat cucunya yang banyak songeh ni..maklum la lama mea duk kawan dengan tokki semasa cuti baru-baru ni...
dulu masa papa berulang balik masa mea duk kemaman, tokki hantar papa ke stesyen bas chukai untuk ke kuantan (naik ekspress kuantan-penang) di samping cik nah dan che izami, one day tu...sampai2 kat stesyen bas, "bas sihat" dah pun bergerak beberapa ratus meter, so tokki pun apa lagi, pecut laa kejor bas tu...setelah rempit seketika dan buat drift sekali-dua hehe, dapat la tokki potong bas tersebut bagi membolahkan papa menaikinya...itu la tokki mea! silapnya, papa la yang selalu buat lengah bila time nak ke penang...maklum la nak tinggal anak bini hu3...
semalam ibu dapat sms daripada cik nah lebih kurang 3.30 pagi yang memberitahu yang tokki telah dimasukkan ke hospital kemaman kerana lelah teruk dan gastrik...kesian tokki...kami sekeluarga mendoakan kesembuhan dan semoga tokki cepat sihat kembali...tokki selalunya akan lelah pabila banyak berjalan, buat aktiviti lebih sedikit dan kalau travel jauh, maklum la usia dah tua...apa pun, kami di sini mendoakan kesihatan tokki kan pulih kembali..aritu papa ada plan nak ajak tokki ke penang, menjengah di rumah baru mea dan wish sini tapi kesihatan tokki sedikit menghalang di samping kesibukan tokwan untuk menemani. Kiranya entri ni mengajak semua pembaca setia blog mea dan wish ni mendoakan kesihatan tokki agar kembali pulih dan sihat segor mettor (kata orang ganu!). amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
jom balek kemaman ...raya cina ni....boleh chekdee main ngan darwish....heheheh
chekdenoor nak balik ker?ermmm...best gak tu hehe...nanti balik discuss ekkk...
kesian tokki ni..uish ustaz ni procrastinator nih..siap tokki kena merempit =)
hehe...nak buat mcmana shahrill, nak tinggalkan mea bukan sonang hehe...
Post a Comment