Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Saturday, February 28, 2009
SeNi BerPaNTun
Burung merak berjalannya santun,
Lenggok si dara memetik kekwa,
USM kini semarak berpantun,
Memilih juara antara desasiswa.
Depan laman menanam bidara,
Tersalah tanam aku tak mahir,
Desa Aman tak mungkin la juara,
Bila kalah di arena suku akhir.
Beli tauhu nak makan tauhu,
hu..hu...hu...hu...
Friday, February 27, 2009
pERkhabArAN
Hello...hellooo tokki, apa khabar? mea ni hehe...mea rindu kat tokki, tokwan, cn dan cl kat umah tu hehe...itu la kut yang mea nak bagitau, biasanya tepon ni terpaksa dicabut tali sebab mea suka heret/bawa ke mana-mana untuk senang call...ni pasai papa atek lum lagi beli hand-phone untuk mea huhu...
Mea masa tepon tu actually nak citer yang mea selalu lumba kereta petang2, kalau tak hujan la (sebab lately selalu hujan di kala petang)...lawan sparring mea..tak lain dan tak bukan, jiran mea la..kak sofea...
mea jugak nak citer kat tokki yang mea ke sunshine aritu, sakan mea jalan-jalan, pilih2 baju sambil bawa barang belian...
gini la jadi bila dah letih shopping...ahhh, tadok idea nak tulis apa sebenarnya! sibuk sket lately! tapi sebenarnya ada gak perkara nak share dalam blog ni..nak citer ke tak ekk...ermmm takpe la, citer la sebagai tempat luah perasaan...
actually tadi papa ada meeting besar kat school ni, so ada la 2 berita yang relate closely to papa...ada yang happy dan ada yang sedih hati huhu... yang happy-nya, artikel papa yg ditulis bersama sorang member yang terbit dalam buku di upsi telah terpilih untuk dapat anugerah artikel terbaik hehe...dapat la sedikit ole-ole masuk akaun bank papa sebagai penghargaan drp school hehe...alhamduliLlah, rezeki untuk berbelanja minggu depan...nak travel somewhere sat, nak tau ke mana? teruskan ikuti perkembangan blog ini next week hehe...suspens!
yang tak happy-nya, papa telah dicalon dan terus ditutup pencalonan untuk menjadi pengerusi kelab kebajikan & sosial di school ni huwaaa....dah la papa bertugas untuk desasiswa, ini kena pulak kat sini...fening la papa...memang kat school ni, kalau nak cadang apa-2 jawatan hanya akan bagi cadangan 1 nama and then terus tutup...kesiannya papa...papa bagi excuse pun, tidak diterima lagi huhuhu...biasalah, siapa la nak pegang post yang memberi makna you have to work more than other people...papa bukan apa, sebab papa rasa tak ikhlas...tak rasa gembira nak pegang, lain la kalau post ada elaun hahahahahahaha....dok baik guh papa ni! tapi, itulah kan...masa...masa....bermakna masa papa kat ofis kena curi utk masa meeting lain yg tak berkaitan sangat dengan apex universiti ni huhu...ni nak balik kg pun takde masa huhu...sorry la papa bercerita problem sket kat sini...nak citer kat mea pun, kut mea tak faham hehe...tapi dah terlanjur tulis ni, ermmm baca la noo...hehe
Tuesday, February 24, 2009
TeLATah NaKAL
nampak tak hidung mea kemerahan?...sian anak papa, terhantuk hidungnya semasa papa brek kereta...kena alas lengan antara seat depan...itulah bila tak pakai tali pinggang keledar sbgmana yang kerajaan suruh hehe...ni baru brek biasa semasa jalan sesak dari stadium pisa ke traffic light bukit jambul pada petang ahad baru ni...masa tu mea tengah main kat belakang, and papa kena menyelit sikit sebab nak tukar lorong...mulanya ingatkan kepala yang tersembam, rupanya hidung yang mancung terkena, alahai...ropong dan kemek la sket huhuhu...takpe mea, nanti papa letak minyak but-but hpa hi3...
actually, mea ni memang ganas dan lasak...tengok ni mea memanjat sofa, then dia akan terjun atas papa yang sedang landing huhu...landing plak tuju perut papa huhu...lagi la kurus papa ni, ahaks! kalau anak pompuan macam ni, tak tau la lagu mana bila wish membesar nanti...
buat masa ni wish cool ajer, tidur pun sambil meniarap dan bergaya lagi bila aritu wish tidur pakai kasut lagi hehe...macam anak dato' jer hehe...tapi iyeker anak dato' tidur pakai kasut, tak class mana la gitu! takpe wish, jangan peduli orang..tidur lama-lama sket, hehehe...
ini gambo wish yg hensem..susah nak dapat gambar wish semasa dia duk steady ni...luckily petang tu dapat juga hehe...okay wish, be a good boy yaa...
Sunday, February 22, 2009
KurSUS Pra-PeRKahWInan
dua hari ni di hujung minggu, desasiswa aman damai menganjurkan kursus pra perkahwinan kali ke-17...ermm bermakna dah 17 kali aman menganjurkan program ini dengan kerjasama pusat Islam usm...semalam pun, mea sempat menjenguk tempat program, memastikan kehadiran peserta dan penceramah tepat pada masanya hehe...tapi mea sukar didekati, asyik takut kat orang..so, mea fail siang-siang lagi daripada kursus kahwin ni hehe...
saja jer nak kongsi dengan semua...kursus yang menjadi agenda wajib kepada pasangan pengantin ni..menjadi tiket rasmi untuk menerima qabul daripada juru-nikah, dan menjayakan proses pentadbiran lainnya di majlis agama Islam...takpe la semua, pergi la berkursus demi keberkatan dan ilmu yang bakal dikongsi bersama dengan penceramah yang veteran dan berpengalaman dalam liku-liku rumahtangga...
iyer la kan, kahwin memang seronok dan menimbulkan keterujaan apabila dipandang daripada sudut tertentu sahaja...tapi jangan lupa, di sana ada kewajipan dan tanggungjawab, beban yang ringan sudah menjadi berat..apatah lagi apabila zuriat mula berbaris menyusul ke muka bumi...maka tujuan kursus tidak lain dan tidak bukan, adalah sebagai pedoman untuk mencari arah tuju bak rumah api dari lautan membiru...alah nak memandu pun hari ni nak kena ambil lesen memandu yang bisa menelan ribu ringgit, maka jangan la berkira pada ilmu untuk memandu keluarga ke jalan yang Allah restui...
pengalaman papa sebagai orang bujang dan suami orang sangat berbeza...walaupun pepatah petitih ada mengatakan bahawa suami isteri tu ibarat 'dua hati menjadi satu'...namun proses untuk menjadikan 'satu' itu bukan semudah 'bersatu' kita teguh hehe...di sana kena ada tolak ansur yang tidak mungkin berkesudahan sepanjang hari-hari mendatang...maka komitmen untuk menyelamatkan kapal dengan layar yang bisa ditiup angin ke hulu dan ke hilir perlu tega dan kecekalan yang tinggi, di samping saling memahami dan memaafi...ringkasnya, 'dua hati menjadi satu' mesti benar-benar menjadikan dua hati tersebut jinak dan bisa memahami kehendak hati pasangan, pada masa yang sama tidak lari daripada prinsip Ilahi dan insani (adat)..insya'Allah, kehidupan kan dapat ketenangan then bisa mencetuskan kebahagian..amin. (macam berkuliah plak!)
Saturday, February 21, 2009
HaPPy BirtHDaY Papa..
Today is my birthday, but i feel not so happy...entahlah sebab apa..maybe kerana usia semakin tua hehe dan amal pula tak seberapa..beberapa musim ini misi asyik tergendala saja..tapi, fikir-fikir balik, itulah kehidupan...kadang kala apa yang kita impikan boleh dipenuhi dengan mudahnya, kadang kala pula..misi tinggal misi, masih ada usaha dan ruang yang harus ditekuni..
Setakat ini, papa feel happy dengan laluan yang telah papa telusuri, cita-cita yang dicipta sejak tahun pertama melangkah ke universiti telah berjaya papa kekalkan sehingga ke hari ini di mana kaki masih di dalam universiti...malah, kalau tiada apa-apa keperluan atau desakan, dalam seminggu..kaki ini hanya berlegar dalam pagar universiti saja...maklumlah, rumah dalam kampus hehe..
Diam tak diam..dah 35 tahun papa menghirup udara percuma di muka bumi ini, mula menjengah hiruk-pikuk dunia sejak 70-an, start belajar di era 80-an, ke universiti pada tahun 90-an dan bekerjaya hanya pada era 00-an...tak lupa berkahwin, di lewat pertengahan 00-an juga...kalau kira banyak gak yang papa dah saksi dan teladani, melalui zaman susah, zaman mudah dan zaman senang, zaman ke sekolah berjalan kaki 2 km semasa di tahun 1 dan 2 banyak memacu diri ini agar mengubah status diri dan keluarga...itulah kenangan yang pernah harungi kepayahan, keperitan dan kelenangan...banyak berjaya daripada gagal, namun..itulah, masih ada yang dirasa tidak dicapai especially bila dah berkerjaya dan berkeluarga...masih ada jer rasa sesuatu yang kurang lengkap, kurang sempurna dan kurang mantoppp..sebab tu today rasa macam tak berapa happy on my birth day..
so tiada kek birthday untuk papa for today huhu..tapi ibu mea sangat memahami, dalam keseriusan wajahnya kerana menjaga wish, mea dan papa..sempat gak dia masakkan sesuatu untuk papa...deng..de..deng..karamel...thanx ibu! okay la daripada beli kek, kut jadi macam aritu yang tak habis...maklum la penghuni rumah ni slim-melim semuanya, jumlah makanan diambil dicatu oleh selera masing-masing walaupun jumlah yang tersedia untuk dihadam cukup extra-vaganza..apa pun, syukur atas rezeki yang dimurahkan sejak januari aritu...
Monday, February 16, 2009
SibUK...MaSA-MAsa...
masa...masa...demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian, sesungguhnya ramai yang rugi melainkan mereka yang benar2 berada di landasan-Nya, itu gerenti Allah...itu la nak citernya sejak dua minggu lepas hingga kini...asyik sibuk jer siang malam...mencari-cari masa terluang untuk elak rugi...
tumpuan papa kini rasanya terlalu banyak pada kerja di desa hinggakan aktiviti penyelidikan dan penulisan terabai, tergendala...huhu...kalau minggu baru ni dah lepas pertandingan debat, hujung minggu ni plak ada kursus perkahwinan yang dianjurkan desasiswa, minggu depannya lak pertandingan pantun, pastu free seminggu, then temasya olahraga, karnival aman damai dan citrawarna, semua ambik hujung minggu...hingga la exam awal bulan April baru legaa...serentak dengan kesibukan ini jugak, maka waktu malam papa banyak di desa daripada di rumah...nak lepak tengok tv pun tak selesa huhu...tapi, tak bagus la tengok tv banyak2 kan..tau takpe! cuma ibu dan mea dan wish la kurang dapat papa temani...sian kome seme...
oleh sebab hujung minggu papa telah penuh schedule till april, terpaksa la papa 'tuang' majlis kenduri kawin kat kemaman bulan depan huhu..tak dapat la nak jadi juru-kaka or juru-tengok hehe..sebab papa kena jadi ketua kontijen, macam polis kontijen la...pun begitu, jangan risau adik bongsu ibu kat kg besut nuu..papa akan hantar ibu, mea dan wish balik awal seminggu deh, after we come back from k.k..dun woory naa, mea dah cakap yang dia nak jadi juru solek cik nah hehe...cuma papa tengah fening camno nak hantar trio ni balik, tiket firefly mahal sangat aritu survey, tak tau la kalau turun kat kertih ni ada diskaun sebab dengar kat berita semalam baru dilancarkan...survey sat! tak pun pengantin kena mai ambik la hihihi...
tumpuan papa kini rasanya terlalu banyak pada kerja di desa hinggakan aktiviti penyelidikan dan penulisan terabai, tergendala...huhu...kalau minggu baru ni dah lepas pertandingan debat, hujung minggu ni plak ada kursus perkahwinan yang dianjurkan desasiswa, minggu depannya lak pertandingan pantun, pastu free seminggu, then temasya olahraga, karnival aman damai dan citrawarna, semua ambik hujung minggu...hingga la exam awal bulan April baru legaa...serentak dengan kesibukan ini jugak, maka waktu malam papa banyak di desa daripada di rumah...nak lepak tengok tv pun tak selesa huhu...tapi, tak bagus la tengok tv banyak2 kan..tau takpe! cuma ibu dan mea dan wish la kurang dapat papa temani...sian kome seme...
oleh sebab hujung minggu papa telah penuh schedule till april, terpaksa la papa 'tuang' majlis kenduri kawin kat kemaman bulan depan huhu..tak dapat la nak jadi juru-kaka or juru-tengok hehe..sebab papa kena jadi ketua kontijen, macam polis kontijen la...pun begitu, jangan risau adik bongsu ibu kat kg besut nuu..papa akan hantar ibu, mea dan wish balik awal seminggu deh, after we come back from k.k..dun woory naa, mea dah cakap yang dia nak jadi juru solek cik nah hehe...cuma papa tengah fening camno nak hantar trio ni balik, tiket firefly mahal sangat aritu survey, tak tau la kalau turun kat kertih ni ada diskaun sebab dengar kat berita semalam baru dilancarkan...survey sat! tak pun pengantin kena mai ambik la hihihi...
DeBat DPNC
Salam semua...mea tengah bersantai ni depan taman kat depan umah mea, ni nak citer pasal debat antara desasiswa yang papa juga terlibat huhu...sian mea, papa janji nak bawa keluar jalan2 petang sabtu lepas sampai janji tinggal janji...nasib baik petang semalam papa bawa pi Bukit Jambul, kalau tak mea sure mengamuk kat ibu hehe...DPNC stand for Debat Piala Naib Canselor yang cuba direbut oleh 12 pasukan desasiswa di seluruh USM termasuk dari Kampus Kubang Kerian dan Nibong Tebal...
Tahniah pada pasukan Desasiswa Aman Damai, desa papa yang berjaya mara ke peringkat final yang diadakan di Dewan Budaya...pertarungan memang sengit dengan margin 1.75, Aman kalah di tangan desasiswa Restu huhu...takpe la takde rejeki, dapat la aman damai Naib Johan...tahniah kat pasukan aman damai yang berusaha bertungkus lumus sampai lewat malam dan awal pagi menyediakan bahan-bahan untuk didebatkan!
Ini peringkat semi final yang diadakan di DKU...kat sini aman damai berjaya mengalah desasiswa Indah Kembara..walaupun juak-juak indah kembara yang datang cukup ramai khususnya anggota palapes depa, namun semangat dan kefasihan debat pihak aman damai berjaya meranapkan mereka...salute!
Bagi peringkat acara liga debat, ia diadakan di BT (bilik tutorial) dan memang penat...as hakim pun papa rasa macam nak rak jer, apatah lagi pendebat...ada 5 pusingan liga di mana mereka terpaksa bertarung 5 kali untuk mengumpul mata ke peringkat semi-final...semalam dan sehari suntuk, ini la pasai papa gagal entertain mea petang sabtu baru ni hehe, sori anak papa! papa dah ganti petang ahadnya...hehe
Saturday, February 14, 2009
BerKEBun AGroTek..
hai semua..dekat seminggu citer mea tidak diwar-warkan, dan kali ni cerita-ceriti mengenai mea dan kebun papa hehe...even though mea sekarang duk kat pokok bunga putih ni..Before that papa mea nak ucapkan salam ziarah kat ramai staf ppik yang ada juga melawat blog mea dan wish ni...sori la kalau cerita-ceriti banyak tentang mea dan wish saja..nama pun blog depa berdua hehe....
dulu rasanya papa mea pernah cerita yang papa ada tanam bendi, sekarang bendi tu telah melahirkan zuriat aka benih...papa pun berjaya cenihkannya menjadi tunas dan ceding...see how many yang berjaya disemai hehe...pasni, makan gulai, goreng, sayur, rebus dan stim berasaskan bendi jer la kami kat rumah ni...maklum la benih banyak gak ni..dapat la manfaatnya di samping usahakan tanah kat belakang rumah ni yang bersemak jer...
orang kuat yang berada di belakang tunas-tunas bendi ni membesar tidak lain dan tidak bukan ialah mea...kalau papa berkebun, mea pun nak berkebun..nasib baik wish tak mampu lagi nak merangkak mai jugak hehe...biasanya, sambil papa buang rumput liar, papa akan bagi taji kat mea untuk gembur tanah, biasanya habis la tanah tu...hancuss...pernah sekali, sampai anak pokok pun dah tak tau kat mana digembur sekali...hu3
ini la hasilnya, usaha papa dan tekad mea sejam sepetang..itu pun kalau papa malas nak teman ibu tengok spa-Q..maka di sini la papa ajak mea luangkan masa petang after work, bukan apa...kesian gak mea terkurung seharian kat dalam rumah, sambil teman papa kat kebun...mea leh main-main kat belakang ni...kadangkala kami pi jongging kat tasik tapi tak selalu...pakar kata, 3 kali seminggu memadai doh hehe..culas!
antara pokok baru kat belakang ni selain bendi dan cili ialah pokok limau purut...aritu beli kat nibong tebal, leh la guna untuk ibu wat tomyam dan sebagainya...mea bantu buang rumput dan kadangkala papa bagi hose kat mea untuk siram...
haaa..ni plak pokok ubi kayu yang berceding banyak dah...asalnya batang ubi ni dikumpul dan diberi oleh tokki semasa balik kampung dulu..after kes papa jumpa dua ekor anak ular dalam rumah, tokki kata pokok ubi kayu ni ada sumpahan dia untuk mengusir sang sisik menyusur tu daripada sukar ditewaskan, di samping pucuknya yang boleh direbus cicah budu..ermm sedap tu...dan juga isinya yang boleh direbus jugak dan makan cicah kepala parut yang digaul garam dan gula...makan tekoh hujan lebat plak...adus, sedap bangat...
Saturday, February 7, 2009
GaYa BerGAya..
ni foto gaya mea semasa...pakaian ibu, kalau lepuk merata...haaa jadi bahan mainan mea...ni tudung arini maksu mah aritu, yang letak kat dapur kut emergency orang mai...
kadangkala boleh rugged ala erra fazira naik motor besar jer..dalam filem apa tu? ermm..papa lupa dah...topi ni papa pakai panjat bukit bendera aritu, lama dah...tak tau letak kat mana, tapi mea jumpa dan pakai...cute jugak noo..
kadangkala boleh rugged ala erra fazira naik motor besar jer..dalam filem apa tu? ermm..papa lupa dah...topi ni papa pakai panjat bukit bendera aritu, lama dah...tak tau letak kat mana, tapi mea jumpa dan pakai...cute jugak noo..
Friday, February 6, 2009
KeluARga beSAr
ini adalah keluarga besar alek kemaman...gambar ni diambil pada syawal tahun 2006, tiada gambar dalam simpanan papa untuk 2007 dan 2008 di kemaman sebab 1 syawal disambut di manir...hehe, tenkiu ibu mea sebab suka nau raya di manir hehe...ada setengah ahli keluarga tiada kerana giliran raya di sebelah pihak satu lagi (bagi yang berkeluarga)...papa cerita ni bukan la sebab nak raya pulak...biar la dulu pasal raya tu, biar la thaipusam dulu disambut isnin ini..
kali ni papa nak cerita tajuk yang sama dengan cerita chekdenor dalam blognya iaitu penyakit "darah tinggi" yang dihidapi ayah teh ma [berserban dalam gambar] dan kaitannya dengan papa...orang terengganu ni memang ramai yang mengidap penyakit ni, sebab dikatakan orang terengganu suka makan benda2 yang masin...suka goreng ikan masin...gulai ikan masin...telur asin...kalau musim tengkujuh tu ada ikan pekasam yang sudah tentu masin..termasuk la budu yang masin...hingga ibu dan ayah papa mengidap penyakit ni dan kakak papa kalau mengandung, mesti masuk wad sebab "darah sudah tinggi..."
bahayanya darah tinggi, serangannya adalah tiba-tiba...macam juga jantung...dan ini la yang berlaku kat ibu papa [papa panggik 'cik']...hingga meninggalkan kami semua secara tiba2 setelah selesai masak laksam, mungkin akibat makan laksam + belacan (yang tentunya masin) menyebabkan berlakunya kenaikan darah yang tiba-tiba...bagi pesakit ni, kena makan ubat selalu dan hendaklah berpantang masin...biarlah makan tak selera mana demi umur lebih panjang untuk ibadat yang berterusan...semuge sesiapa sahaja yang sakit ini, termasuklah ayah teh ma agar segera sembuh dan sihat seperti biasa...amin.
[abg ma tengah makan diapit oleh kak nak...ketek drp blog cik lah he3]
Thursday, February 5, 2009
DarWisH & DamIA
mula-mula pasal darwish...sejak ada dua anak ni, leh la nak banding antara anak pertama dan kedua...menjaga darwish paling senang sebab darwish paling mudah tidur...sekejap ajer dia akan tertidur especially dalam zon selesa la...susu cukup, pampers bersih...apa lagi, tidur la dia...kelmarin semasa ke klinik untuk suntikan bagi bulan ketiga, darwish sempat layan tidurnya...berbeza sangat dengan kakaknya!
kat depan tv pun, darwish tidur ajer...even kalau ada iklan, iyer la kan..mana wish pandai lagi tengok iklan...mea kalau dengar iklan, yang nak tidur pun akan terbangun...so, hati2 dengan iklan...segala gaya iklan mea akan cuba nak ikut especially iklan yang ada menari huhu....anak ustat ni! subhanaLlahhh...
ni gaya mea bila nak pi mandi...ikut gaya ibu pakai tuala bungkus rambut hehe...maklum la rambut mea semakin panjang ler ni...papa ingat nak erong sikit rambut mea agak nampak fotogenik hehe...
malam kelmarin, maksu mah mea ke Kuantan rumah makcik yah...tujuannya nak kerja kat sana pulak...setelah hampir sebulan cari dan tunggu kerja kat Penang gagal...maksu mah cuba nasib ke Pantai Timur semula, makcik yah dah risikkan kerja kat sebuah klinik di sana...maka hilang la pembantu ibu untuk jaga darwish dan mea...bagi papa, lepas ni takde lagi ruang tamu yang kemas bila bangun tidur pagi2...maksu mah ni suka kemas ruang tamu bila orang dah tidur, maklum la orang muda ni suka tidur lewat...papa dan ibu, mea dan wish suka tidur awal....
Tuesday, February 3, 2009
DeNGgI...
Demam denggi menyerang desasiswa aman damai semalam...hingga dua pelajar lelaki terkena wabak ini setakat ni, so apalagi...kementerian kesihatan bahagian timur laut terus menghantar tenteranya yang bersenjatakan senapang asap telah mengasapkan keseluruhan 8 blok kediaman pelajar di desasiswa aman damai...begini la...
mea berjaya melarikan diri daripada kepungan asap ni hehe...cepat mea lari, kita ke pinggir tasik untuk menghidu udara bersih..alam kini semakin tercemar!
itulah kome..kan mea dah nasihatkan, jaga kebersihan longkang, parit dan padang daripada sebarang air yang bertakung! jangan nanti lepas denggi, mai plak cikungunya...tadi studen papa dari manjoi bagitau, kat sana dah ada kes chikungunya...habis la!
mea berjaya melarikan diri daripada kepungan asap ni hehe...cepat mea lari, kita ke pinggir tasik untuk menghidu udara bersih..alam kini semakin tercemar!
itulah kome..kan mea dah nasihatkan, jaga kebersihan longkang, parit dan padang daripada sebarang air yang bertakung! jangan nanti lepas denggi, mai plak cikungunya...tadi studen papa dari manjoi bagitau, kat sana dah ada kes chikungunya...habis la!
Sunday, February 1, 2009
FamILy dAY
Arini ari ahad, desasiswa aman damai mengadakan sambutan hari keluarga kalangan para staf yang diadakan di Miami Bay, Pantai Batu Feringgi...adalah dalam 15 famili staf sertai. Semua game dan makan ditempah dari Hydro Majestic Hotel yang ada bersebelahan....program ni tak lama sebab staf desa pun tak ramai...bermula dalam 9.30 pagi dan berakhir kira-kira 1.30 tengahari...banyak acara dilaksanakan khususnya untuk anak-anak staf jer...
mea pun masuk acara...iaitu lari dan pecahkan belon. Tapi belon mea tak pecah pun..sebab bila semua orang lari, mea stay cool sebelah papa huhu...
acara dewasa...antaranya tarik tali. Tengok tuh, papa sedang buat pasak tuh, kasi benteng yang kuat hehe...
tarik..tariiikk....yerrr...group papa menang! dapat milo 1 pack sorang..
maksu mah pun join acara tarik tali...dan bawa balik milo juga hehe...
ibu hanya masuk acara makan hehe...takpe la, ibu disqualified even though papa dah masukkan nama untuk acara tarik tali dan baling telur hehe...then lunch, we all makan buffet kat Hydro Majestic, ermm yummi esp. saladnya...thousand island!
on the way balik...mea tidur keletihan sambil duduk atas alas lengan pemandu. Maybe letih sangat sebab kuat nau menjerit...dan menyorak! itu la our famili day!..semua happy nampaknya...okay la, merapatkan lagi yang intim antara kami..
mea pun masuk acara...iaitu lari dan pecahkan belon. Tapi belon mea tak pecah pun..sebab bila semua orang lari, mea stay cool sebelah papa huhu...
acara dewasa...antaranya tarik tali. Tengok tuh, papa sedang buat pasak tuh, kasi benteng yang kuat hehe...
tarik..tariiikk....yerrr...group papa menang! dapat milo 1 pack sorang..
maksu mah pun join acara tarik tali...dan bawa balik milo juga hehe...
ibu hanya masuk acara makan hehe...takpe la, ibu disqualified even though papa dah masukkan nama untuk acara tarik tali dan baling telur hehe...then lunch, we all makan buffet kat Hydro Majestic, ermm yummi esp. saladnya...thousand island!
on the way balik...mea tidur keletihan sambil duduk atas alas lengan pemandu. Maybe letih sangat sebab kuat nau menjerit...dan menyorak! itu la our famili day!..semua happy nampaknya...okay la, merapatkan lagi yang intim antara kami..
Subscribe to:
Posts (Atom)