bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Friday, February 6, 2009

KeluARga beSAr


ini adalah keluarga besar alek kemaman...gambar ni diambil pada syawal tahun 2006, tiada gambar dalam simpanan papa untuk 2007 dan 2008 di kemaman sebab 1 syawal disambut di manir...hehe, tenkiu ibu mea sebab suka nau raya di manir hehe...ada setengah ahli keluarga tiada kerana giliran raya di sebelah pihak satu lagi (bagi yang berkeluarga)...papa cerita ni bukan la sebab nak raya pulak...biar la dulu pasal raya tu, biar la thaipusam dulu disambut isnin ini..

kali ni papa nak cerita tajuk yang sama dengan cerita chekdenor dalam blognya iaitu penyakit "darah tinggi" yang dihidapi ayah teh ma [berserban dalam gambar] dan kaitannya dengan papa...orang terengganu ni memang ramai yang mengidap penyakit ni, sebab dikatakan orang terengganu suka makan benda2 yang masin...suka goreng ikan masin...gulai ikan masin...telur asin...kalau musim tengkujuh tu ada ikan pekasam yang sudah tentu masin..termasuk la budu yang masin...hingga ibu dan ayah papa mengidap penyakit ni dan kakak papa kalau mengandung, mesti masuk wad sebab "darah sudah tinggi..."

bahayanya darah tinggi, serangannya adalah tiba-tiba...macam juga jantung...dan ini la yang berlaku kat ibu papa [papa panggik 'cik']...hingga meninggalkan kami semua secara tiba2 setelah selesai masak laksam, mungkin akibat makan laksam + belacan (yang tentunya masin) menyebabkan berlakunya kenaikan darah yang tiba-tiba...bagi pesakit ni, kena makan ubat selalu dan hendaklah berpantang masin...biarlah makan tak selera mana demi umur lebih panjang untuk ibadat yang berterusan...semuge sesiapa sahaja yang sakit ini, termasuklah ayah teh ma agar segera sembuh dan sihat seperti biasa...amin.


[abg ma tengah makan diapit oleh kak nak...ketek drp blog cik lah he3]

2 comments:

Anonymous said...

wahh..romantik...

Tinta Pendeta said...

itulah suami isteri, sayang2 sokmo..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin