Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Sunday, February 22, 2009
KurSUS Pra-PeRKahWInan
dua hari ni di hujung minggu, desasiswa aman damai menganjurkan kursus pra perkahwinan kali ke-17...ermm bermakna dah 17 kali aman menganjurkan program ini dengan kerjasama pusat Islam usm...semalam pun, mea sempat menjenguk tempat program, memastikan kehadiran peserta dan penceramah tepat pada masanya hehe...tapi mea sukar didekati, asyik takut kat orang..so, mea fail siang-siang lagi daripada kursus kahwin ni hehe...
saja jer nak kongsi dengan semua...kursus yang menjadi agenda wajib kepada pasangan pengantin ni..menjadi tiket rasmi untuk menerima qabul daripada juru-nikah, dan menjayakan proses pentadbiran lainnya di majlis agama Islam...takpe la semua, pergi la berkursus demi keberkatan dan ilmu yang bakal dikongsi bersama dengan penceramah yang veteran dan berpengalaman dalam liku-liku rumahtangga...
iyer la kan, kahwin memang seronok dan menimbulkan keterujaan apabila dipandang daripada sudut tertentu sahaja...tapi jangan lupa, di sana ada kewajipan dan tanggungjawab, beban yang ringan sudah menjadi berat..apatah lagi apabila zuriat mula berbaris menyusul ke muka bumi...maka tujuan kursus tidak lain dan tidak bukan, adalah sebagai pedoman untuk mencari arah tuju bak rumah api dari lautan membiru...alah nak memandu pun hari ni nak kena ambil lesen memandu yang bisa menelan ribu ringgit, maka jangan la berkira pada ilmu untuk memandu keluarga ke jalan yang Allah restui...
pengalaman papa sebagai orang bujang dan suami orang sangat berbeza...walaupun pepatah petitih ada mengatakan bahawa suami isteri tu ibarat 'dua hati menjadi satu'...namun proses untuk menjadikan 'satu' itu bukan semudah 'bersatu' kita teguh hehe...di sana kena ada tolak ansur yang tidak mungkin berkesudahan sepanjang hari-hari mendatang...maka komitmen untuk menyelamatkan kapal dengan layar yang bisa ditiup angin ke hulu dan ke hilir perlu tega dan kecekalan yang tinggi, di samping saling memahami dan memaafi...ringkasnya, 'dua hati menjadi satu' mesti benar-benar menjadikan dua hati tersebut jinak dan bisa memahami kehendak hati pasangan, pada masa yang sama tidak lari daripada prinsip Ilahi dan insani (adat)..insya'Allah, kehidupan kan dapat ketenangan then bisa mencetuskan kebahagian..amin. (macam berkuliah plak!)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment