bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Saturday, February 14, 2009

BerKEBun AGroTek..


hai semua..dekat seminggu citer mea tidak diwar-warkan, dan kali ni cerita-ceriti mengenai mea dan kebun papa hehe...even though mea sekarang duk kat pokok bunga putih ni..Before that papa mea nak ucapkan salam ziarah kat ramai staf ppik yang ada juga melawat blog mea dan wish ni...sori la kalau cerita-ceriti banyak tentang mea dan wish saja..nama pun blog depa berdua hehe....



dulu rasanya papa mea pernah cerita yang papa ada tanam bendi, sekarang bendi tu telah melahirkan zuriat aka benih...papa pun berjaya cenihkannya menjadi tunas dan ceding...see how many yang berjaya disemai hehe...pasni, makan gulai, goreng, sayur, rebus dan stim berasaskan bendi jer la kami kat rumah ni...maklum la benih banyak gak ni..dapat la manfaatnya di samping usahakan tanah kat belakang rumah ni yang bersemak jer...



orang kuat yang berada di belakang tunas-tunas bendi ni membesar tidak lain dan tidak bukan ialah mea...kalau papa berkebun, mea pun nak berkebun..nasib baik wish tak mampu lagi nak merangkak mai jugak hehe...biasanya, sambil papa buang rumput liar, papa akan bagi taji kat mea untuk gembur tanah, biasanya habis la tanah tu...hancuss...pernah sekali, sampai anak pokok pun dah tak tau kat mana digembur sekali...hu3


ini la hasilnya, usaha papa dan tekad mea sejam sepetang..itu pun kalau papa malas nak teman ibu tengok spa-Q..maka di sini la papa ajak mea luangkan masa petang after work, bukan apa...kesian gak mea terkurung seharian kat dalam rumah, sambil teman papa kat kebun...mea leh main-main kat belakang ni...kadangkala kami pi jongging kat tasik tapi tak selalu...pakar kata, 3 kali seminggu memadai doh hehe..culas!


antara pokok baru kat belakang ni selain bendi dan cili ialah pokok limau purut...aritu beli kat nibong tebal, leh la guna untuk ibu wat tomyam dan sebagainya...mea bantu buang rumput dan kadangkala papa bagi hose kat mea untuk siram...



haaa..ni plak pokok ubi kayu yang berceding banyak dah...asalnya batang ubi ni dikumpul dan diberi oleh tokki semasa balik kampung dulu..after kes papa jumpa dua ekor anak ular dalam rumah, tokki kata pokok ubi kayu ni ada sumpahan dia untuk mengusir sang sisik menyusur tu daripada sukar ditewaskan, di samping pucuknya yang boleh direbus cicah budu..ermm sedap tu...dan juga isinya yang boleh direbus jugak dan makan cicah kepala parut yang digaul garam dan gula...makan tekoh hujan lebat plak...adus, sedap bangat...

3 comments:

Anonymous said...

rajin no mea...very cute :)

Nan Nurhayati said...

haa.. kc ada petua utk kurangkan lendir bendi. kan ke mak2 ni tak leh mkn byk sgt bendi krn lendirnya.

caranya mudah jer. tiap kali sebelum nk msk bendi tu, celur dulu bendi tu dlm air panas menggelegak bersama bbrapa keping asam gelugur. kejap jer doh ah... pas tu angkat, toskan.. barulah masukkan dalam kari ke, apa ke..

Tinta Pendeta said...

shahrill...mea mmg rajin & cute hehe...tq

kakcik...tenkiu for d petua, ada tak bgmna nak bagi bendi tu jgn keras sgt..kat pokok dah keras kecik2 lagi hu3

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin