Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Saturday, March 21, 2009
BeRaRak ke PaSIR mAS..
mea di perkarangan masjid deris jusoh, jertih
lepas meeting minggu suai-kenal usm untuk intake 27 jun 2009 ni,papa terus menuju ke kampung..after 7 hours drived, sampai la ke rumah di Tetambah, Manir lebih kurang 12.15 am..sempat gak jumpa 2 ekor anak gajah kat grik,papa nak amik gambo tapi maghrib dah gelap, kereta pun berjujuk masa ni..tidur di manir dulu menemani sepu dan mekmah yang dah bermastautin di sini...esoknya after sepu gi praktikal dan mekmah ke kay tee uruskan permohonan studinya, papa pun berdecung ke kemaman to see mea, wish n ibu..
Esoknya, grup konvoi ke rantau panjang bermula dengan papa skuarga bertolak dulu dalam kul 8 am sebab nak singgah amik kak nurul kat kudqi..so, leh singgah jap kat rumah manir sekali lagi...kali ni ramai ada, ayah long dan mak ngah mea ada sekali...leh la gathering sat sambil breakfast...ayahlong mea mari baiki tile bilik air tang terkopak...after tidur sat, we proceed north pastu berjumpa dengan kumpulan konvoi 4 kereta lain di masjid deris jusoh di jertih...dapat la mea rasa naik lif untuk ke dewan solat..canggih mu deris wat sejjid! tapi tak tahu la tahan lama mana lif ni...then, perjalanan sampai di nur inn rantau panjang dalam kul 5 lebih dan check-in dulu...malamnya we all ber-bufet kat rumah kakak ayah-chik mea, ermmm yummi tomyam and belede buah...
masjid rantau panjang...mulanya papa ingat kuil buddha
masa terluang di sebelah pagi keesokannya papa ajak ibu, mea dan wish ziarah member lama kat area rantau panjang ni, iaitu house-mate semasa papa buat master/phd dulu..namanyer, merey dan mah! suami-isteri...merey ni kira kamcing papa la sebab masa tu ke mana-mana akan ajak merey, maklum la papa masa tu dah keje dan berkereta, pergi rewang la hujung2 minggu...sambung citer, tengahari baru gi berarak ke pasir mas konvoi dengan kete pengantin jadi kepala, sibuk nau pekan pasir mas...then petangnya after sudah solirah semua...we all shopping sakan di rantau panjang, yabeda-beduu kata ibu....
mea memilih selipar yang melekat dihatinya..
keesokkannya, kereta papa berpecah balik ke penang whereas yang lain balik ke kemaman dan kuantan...berhenti lama gak kat grik sebab tunggu mea yang kesembelitan lagi huhu...bila sampai usm, ibu plak muntah2 dan diarea...lesu ibu, papa terpaksa la jadi 'ibu' sat untuk semalam dgn selepasnya...lepas ke klinik okay sket 'mual' ibu, tapi masih nak jeluok untuk makan, now dapat tahu rupanya hampir separuh ahli keluarga yang berarak ke pasir mas kena food poisoning macam ni (kata klinik) hu3...persoalannya, naper separuh? tak semua? adakah semuanya separuh itu berperut nipis hehe...atau ada yang makan, ada yang skip...sama-sama la kita fikirkan, ahaks! apa pun misi berjaya walaupun dengarnya, pengantin kite cn turut kena food poisoning, sian plopp orang baru...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment