Hari kedua ToT
ini la kedudukan khemah aman damai daripada stadium...masa ni baru lepas hujan,kesian kat atlet kena lari dalam hujan he3...masa ni hampir kepada acara penutup dah...kelihatan pelajar sedang mengemas..simpan sebab esok kena gi kuliah doh..
maskot pun masuk lumba lari...ini la antara acara menarik semasa penutup, kesian kat lebah aman damai tersepit di celah maskot lelaki...tak aci ada maskot buka kasut untuk menang, so menang kat maskot helang merah (staf kesihatan) sebab pakai seluar pendek, simple-dimple jer...laju la kome...
so keputusan akhirnya, jadi la dapat 3 emas 3 perak dan 2 gangsa...macam tahun lepas jugak la result ni, pasukan perbarisan aman damai pula dapat tempat kedua, sementara atlet wanita terbaik juga dapat kat desasiswa aman hehe...habis la tot tahun ni.
Hari Pertama tOt
ToT stand for temasya olahraga tahunan bagi peringkat usm...masa ni sesi rehearsal..hanya pasukan pakaian seragam yang hadir penuh, pasukan desa masih kurang mungkin masing2 sedang sibuk menyiapkan khemah dan step untuk formasi semasa perbarisan malam hari..tahun ni, first time buat perasmian dan perbarisan malam sebab nak jimat masa...
ajk untuk tot aman damai sedang bekerja keras untuk memasang khemah..janji kreatif dan kena dengan tema tot tahun ni yang berkonsepkan 'lestari' iaitu mesra alam dan kitar semula...
dengan bentuk pintu gua, desa aman mencipta kelainan pada tahun ni...semua ni dibuat daripada kertas, papan bekas telur dan tempurung kelapa (sebagai cendawan)...kreativiti sebab ramai drp studen yang dekorate ni terdiri daripada pelajar hbp (housing, building & planning) dan seni...so, memang kreatif la!
kreativiti dalaman pula berlatar belakang taman dan kehijauan alam...semua berasaskan kertas maklum la lestari...tak guna plastik or tebang pokok...plastik ni sukar lupus walaupun setelah berpuluh tahun dibuang dan tebang pokok, habis la alam kita...tapi masih ada 'selotep'...hai hakim berjaya jumpa gak...tapi sket je 'kim...jangan la tolak markah ekk hehe..
ini la antara kumpulan perbarisan yang mewakili pelbagai desa dan pusat tanggungjawab, masa ni tunggu vip dekat sejam untuk perasmian then baru mai hu3...tak patut-tak patut! memang selalu delay...papa datang sharp! patutnya kabo la awal, baru la papa tak misss sesi berita perdana kul 8.0 mlm hehe...
jersi aman damai tahun ni ialah bertema putih/merron (baju formula 1) dan seluar hitam, kalangan pasukan perbarisan aman damai sebilangan besar terdiri drp studen yang join suksis, iaitu kor polis jadi tak risau la pasal kawad...sure sukses...
dengan maskot lebah, ini la maskot desasiswa aman damai...tahun lepas maskot beruang, tapi maskot tu dah lama dan buruk dah, plus panas kalau pakai di siang hari...nanti kesian plak kat sesiapa yang memakainya, lencun la kat dalam...
sesuai dengan nama temasya olahraga, maka semua acara bersifat olahraga la yang dipertandingkan seperti balapan (lari dan lari...), acara tarik tali, lompat segala mak-nenek lompat dan lontar segala adik-kakok lontar hehe..
ni team tarik tali (p) aman damai..tarik..tarik...team (l) aman damai tak cukup sebab ramai studen yang terlibat adalah pelajar suksis dan mereka clash dengan sesi ujian menembak mereka huhu...tapi kalau masuk pun, kalau tengok puak2 staf kesihatan kampus kubang kerian, hancurr...depa semua badan size malek dan adibah noor semua huhu...
ydp dan bendahari mpd aman sedang berposing, "selamat datang ke khemah kami!"...tanpa mereka, sukar jentera aman damai nak dikerahkan, takpe laa..kadang kala kena bekeng dan mussang untuk kerah anak buah supaya bekerja keras...3 orang kat depan gua sedang berbincang untuk memasang strategi mengalahkan pihak lawan, nak pakai cah keting ker, main peteh...masih dalam perbincangan..
ini pula antara orang kuat yang menggerakkan seni dan dekoratif khemah serta yang bertugas untuk push atlit2 untuk berjuang dalam tot mewakili desa aman damai..setakat pagi tadi, aman berjaya dapat 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa...
No comments:
Post a Comment