Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Wednesday, March 4, 2009
MaRi BerSemiNAr di SabaH
Sesi perasmian Seminar Serantau Perkembangan Islam di Borneo 2 yang diadakan di Kompleks Kerajaan Persekutuan Kota Kinabalu, bangunan kompleks ni seumpama bangunan putrajaya tapi ada 2 building besar jer...Seminar ni dianjurkan UiTM Sabah sebagai kesinambungan seminar tahun lepas yang diadakan di Kuching (anjuran UiTM Sarawak)...siri ke 3 seminar ni tahun depan akan diadakan sama ada di Brunei or di Kalimantan...ermm...boleh plan lagi tu untuk sertai...hehe
Sebelum perasmian yang bermula pada pukul 10.30 pagi, sesi perbentangan selari pertama telah bermula pada jam 8.30 am di mana papa sebagai pembentang pertama di bilik seminar 1...so, ada 3 pembentang semuanya di mana 2 orang lagi dari UKM dan kedua-duanya Prof. Madya...sebab mereka P.M. maka mereka dapat banyak soalan cepu mas daripada audiens hehe, papa dapat satu...okay la, nantikan berniaga tak laku pula...
Apa yang best bila datang seminar ni ialah dapat jumpa sifu-sifu dan rakan2 lama semasa belajar dahulu...dapat juga bina 'network' untuk jaringan kepakaran antara universiti jika saling perlu-memerlukan pada masa mendatang...inilah sebahagian daripada dunia akademik! di samping merelaks'kan papa sedikit drp kesibukan di desasiswa dan dewan kuliah...hehe...tadi pun ada dapat call (desa) nak ajak buat spot-check kat kafe tapi nak buat camner, papa jauh di seberang laut china selatan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment