bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, March 30, 2009

meMORi SepANJang KarNiVaL AD

memang banyak acara sempena karnival aman damai ni, papa dapat pelbagai daripada pujian kepada komplen pun ada...ini kerana terlalu ramai orang datang, ada datang dengan cukup pakaian dan tidak kurang juga yang kurang berpakaian esp. minah2 motor superbike...papa tak dan dan tak tercover part ni sebab tak berada di tempat kejadian, tapi kalau ada pun, apakan dayaku....


mea bersama kanak2 untuk acara bersama kids...acaranya ialah emwarna tapi mea main belon jer, belon siapa yang punya? mea punya not man-belon...hehe


skuad era avanza pun berjaya dijemput dan dibawa dari KL...tapi time ni hujan mula turun dengan lebat, habis kuyup semua...


ibu & wish kat gerai jagung rebus student...tiap2 hari papa beli jaguang cawan utk mea dan ibu...hari last tak sempat beli, terpaksa ke pasar malam kat sebelah terminal untuk pekena juga jagung cawan ni hehe...


antara jemputan ialah pelajar oku yang dibawa dari Taiping...mereka diberi tidur kat usm/desasiswa semalaman...ni adalah pelajar oku kategori slow learner sedang bernasyid...sedap suaranya!


tak ketinggalan kanak2 down-sindrom yang juga dijemput untuk buat persembahan...lucu depa ni...macam2 ragam dan telatah!


ni plak grup scooter klasik penang...antara tugas mereka ialah mengiringi bas usm yg bawa kanak2 oku tadi...kira gempak la satu kampus meronda dengan bas dan ada escort lagi...yang tak tahan, asap berkelum hitam hasil buangan scooter2 ni...tak lestari!


ini acara paint-ball yang rasanya paling berprestij dalam karnival ni...kosnya pun rasanya paling tinggi....mencecah 6k untuk minima penganjuran, tapi pihak aman dapat spesel diskaun sebab hanya 10 team sahaja muncul pada hari kejadian huhu...


pentas karnival...mea pun nak cuba bernasyid...ibu jadi body-guard takut mea terlupa lirik hehe...


antara persembahan lain ialah persembahan penghuni blok..ada 8 blok penginapan, so membawa kepada 8 kumpulan...ni antaranya yang bersajak dan bernasyid...


antara lain, student seni yang menunjukkan kebolehan bermain biola dan apa ntah yg besar tuh, pandai depa main...sedap dengar lagu klasik inggeris...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin