bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Thursday, June 18, 2009

KeM PiMPiN SisWA


kelmarin papa kena gi ke Sg. Siput untuk kem pimpin siswa, sebanyak 4 bas ke kem ni yang diberi nama kem cinta alam kelimat, jauh wooo...dalam 3 jam rasanya dari usm...tapi dah compulsory dan mengelakkan berbalas pantun dengan pihak atasan maka papa dengan berat hati dan berat beg telah ke sana huhuhu...4 bas lagi ke kem lain, so semua terlibat dekat 200 lebih la...1 kem dah 120 orang lebih campur staf dan pelajar lama....papa sempat duk sebelah former studen papa dalam bas dan sembang jer hingga sampai kem, plan nak tidur tak jadi...


haa meniti elok-elok sebab ia berayun...ini adalah the only way nak ke kem, so tak boleh tembor lari...kat bawah tu ada banyak buaya hihi...acah jer, dah nama sg. siput, tentu siput la ada kut hehe..sungai cetek jer, tapi kalau dgn wish dan mea sure tenggelam...papa pun tak berapa sure boleh lepas sebab arusnya boleh tahan laju..or deras...



kat sini papa jadi peserta sama dengan studen2 yang lain...tapi sebab staf leh jugak tidur dalam chalet, comelnya, depan chalet ni ada sungai tapi tak leh nak mancing sebab takde masa dan takde joran hihi...sementara studen kena tidur dalam dorm, tapi dorm pun ada tilam tebal..so, leh tidur dengan best jugak laa...sebut pasai tidur, malam kelmarin, papa tidur sampai tak terjaga bila dorang semua pergi jalani aktiviti 'jalan malam' dari pukul 2-3 pagi...papa tidoq jer sambil selimut kemas-kemas hehe...kira halal la ekk hehe...


kat sini banyak sesi ialah dengar ceramah jer la especially tentang pengurusan kem...sebab nanti semua peserta ni akan jadi tenaga penggerak untuk menjalankan pula kem ni untuk pelajar baru yang akan mula mendaftar hujung minggu depan (27hb. jun)...dengarnye dalam 2800 orang akan masuk kampus induk...so, semua akan disunatkan hadiri kem ni sebagai sebahagian daripada modul belajar di universiti apex...siap la kome...hehe...

9 comments:

Wasatiah Gurlzz said...

Sg. Siput???...kat mana?...umah sya kat Sg. Siput, Perak...

Tinta Pendeta said...

kat tepi sg. siput la hehe...entah la hidayah, saya pn tak kenal, turun2 bas dah tau kat situ rupanya sg. siput hehe...jalannya masuk ikut hospital sg siput...straight jer!

Wasatiah Gurlzz said...

hospital yg ader replika siput kat dpn dier tuu ker?...kalo btol, maknernyer dekat arr ngan umag sya..dlm 10 minit dr hospital tuh..wakaka

Tinta Pendeta said...

ooo..iyeker, jauh la umah awak hehe..kalau tau, leh gi minum ice blender sat! tak pun singgah makan deroyan..

Wasatiah Gurlzz said...

leh jer..family sya ader dusun kat Jalong, sg siput...leh jer bwk Dr. g mkn durian..huhu

Tinta Pendeta said...

ooo..iyeker, nanti julai ni kalau sya kena kem sg. siput tu, leh la singgah rumah awak ekk hehe (tak malu ni..)

Wasatiah Gurlzz said...

ok..no prob...biler Dr. nk g sna nnti, bg tau arr kat sya...boleh arr Dr. jln2 g umah sya...huhu..

Carlos Valderama said...

Cinta Alam Kelimat ni kat Kampung saya. Nak pegi situ mesti lalu depan rumah saya. Sungai kat situ, dulu masa zaman kanak2.. tempat saya mandi & main sampan, menjalan & taut ikan.

Tinta Pendeta said...

oo..kalau tau gitu, leh saya dan geng singgah umah awak shaiful...hi3, tapi 2 siri pimpin yg saya ikuti semua kena pi yan...tak lagi alam kelimat!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin