Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Tuesday, November 10, 2009
PeNUnGGu seTiA
petang tadi papa kena jaga exam, dah minggu kedua dah student usm sedang tekun menjawab soalan-soalan exam yang dipelajari selama ni dalam dewan kuliah dan bilik tutorial..now time to elaborate and explain everything, kalau sebelum ni asyik kena suap jer, now depa plak menyuap...boringnya nak tunggu tiga jam, papa dan 2 geng lagi asyik sembang dan sembang, lepas satu citer ke satu citer yang lain, tengok-tengok..haiyya..baru sejam masa berlalu huhuu...
bila exam ni macam2 perangai student ada, ada yg sepatut bawa kalkulator..pi tinggal kat bilik, sib baik ada pelajar yg bawa 2 kalkulator, leh pinjam..kalau tak, ko congak sendiri! hihii...ada yang angkat tangan, pi..pi..ingatkan nak minta kertas tambahan, rupanya nak tanya jawapan...boleh gitu? mungkin ada lecturer yang suruh angkat tangan tanya kut hihii...so, nasib la kalau papa nak tolong or tak, tapi biasanya hati kesian ni sentiasa membantu...apa pun, kalau dapat surat jadi pengawas exam, mesti tak suka...sebab boringgg...pastu hanya dibekalkan air kotak jer, patutnya bagi la air teh tarik, goreng pisang panas, ais krim, mee udang, sate bla..bla..bla..baru best dan berebut-rebut orang nak jadi pengawas...kakitangan sokongan dapat gak elaun RM25 per-sesi jadi pembantu peperiksaan, we all ni??? tu laa..sape suruh wat soalan heheee...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
dengar je exam..emmm menggerunkan...dah kejer pun tak lepas lagi nge exam...nasiblah labu...
nasib baik xagkat tgn tnye jwpn kat Dr..hihihi..
redha je mnjwb..
jiha...ni mesti exam PTK? kami tak kena tapi ada assignment for PTK..bantai jer la, setakat ni dah PTK5, alhamdulillah dpt IV
Diyana...hehee...rugi awak tak angkat tangan, sajer je saya tulis gitu! hehee...tak marking lagi!
sekarang nih ptk kami bukan saje exam bertulis tapi kene soal macam interbiu nak dapat kejer tu...kalu tak lulus jugak tunggu pekeliling next wujud baru leh amik sekali lagi itupun kalu terkandas...malasss lah nak amik, lagi susah sistem sekarang!jiha tgh usaha nak mintak keje di jabatan lain nih...huhuhu
mmg susah tgk staf pentadbiran yg kena sit for an exam, nak wat mcm mana starang..kalau tak, tak dpt melintang noo...aik! nak tukar jabatan, tukar selera pulak la ekk...takpe jiha, janji keje best!
mmg susah tgk staf pentadbiran yg kena sit for an exam, nak wat mcm mana starang..kalau tak, tak dpt melintang noo...aik! nak tukar jabatan, tukar selera pulak la ekk...takpe jiha, janji keje best!
jga exam leh amik gambar ek..hehe..
dasat..
saper nk maroh, aku ketua pengawas aritu hehee...
ada jugak budak Uni tinggal kalkulator..ingat budak SMK Lepar je...gitulah budak2 sekarang...tak sama macam kita dulu...mana ada kelas tambahan...SPM dapat 6 agregat gak...dok gitu Dr Jas..
sekarang dunia akademik terlalu dinamik dan cepat, master holders pun dah berriuk kan, apatah yg akan pegang phd holders...anak seawal usia 3 tahun dah amik tiusyen, nanti next 10 years ahead, janin pun dah diberi pendidikan awal hu3...maju..maju...
Post a Comment