bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, May 17, 2010

1st InsPecTioN


pagi tadi, papa ibu, mea dan wish cilok sejam ke sg. dua, butterworth untuk inspection rumah baru kami hehee...dan yang paling gembira antara kami ialah dua orang budak ini laa...semua angle, pintu, lantai, mozek, cermin dll diperhati-tengok kut-kut ada yang tidak ada kepuasan dihati...turut mengekori seorang staf daripada pemaju/kontraktor untuk catat any defect yang dikenalpasti...


gembira mea duk dalam bilik air utama...terkejut kontraktor tu bila ibu komplen 'bath-tab' takde hehee...mea dan wish komplen nak 'jakuzi' sekali...papa memadai lepas untuk bersuci hehee...cuma bilik air di tingkat bawah yang dikomplen betul-betul sebab takde poin lampu...takkan mandi bergelap kut bro!
.

haaa...ni pemandangan dari dalam rumah, ermm...luas gak kalau dilihat semasa semua masih lengang ni...diberitahu, komplen ini akan dibaiki dalam masa 21 hari, dan jika puas hati boleh la masuk...dan daripada tarikh ini, ada beberapa bulan lagi jika masih dikesan defect...so, okay laa...tak sabar dah nak renovate serba sedikit! cuma yang paling tak gembira dalam kegembiraan ini ialah start bulan depan dah mula bayar penuh instalment ke bank huhuhuuu...


antara defect yang dikomplen, harap diperbetulkan segera sebab mea dan wish dah tak sabar nak masuk!

2 comments:

chekdenoor said...

Wah....bila nak masuk rumah baru ni...heheheheh.....nak g penang nanti.......

Tinta Pendeta said...

insyaAllah k.noor, lepas renovate pelan-pelan..we all duduk la, paling awal januari 2011 hehee...sebab nk study umah org laen wt ganer dulu n then tgu abis kntrak kat asrama ni dulu! hehee...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin