bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, May 24, 2010

TRavEL to CaMBoDia


pengembaraan ke cambodia mendebarkan jugak on the way apabila turbulent menggegarkan jugak airasia yang sememangnya kocik, hingga masing2 rase kecut tika flite menurun elak angin semacam tika roller coaster menurun hehee...kecut jantung dibuatnye! jadualnye, turun di siem reap then menuju ke phnom penh, sambil singgah jap di kampong cham di mana letaknya majoriti komuniti melayu dan islam...

Bandar Siem Reap

bandar siem reap dari udara...kebanyakan tanah di sini ialah sawah padi dan beras di sini sedaaap, setanding beras wangi tapi membujur macam herba-poni taj mahal...cuma kelihatan tiada sistem pengairan spt taliair yang baik, so pertanian sukar untuk 2x setahun...


mendarat di siem reap's international airport...yang pakai jersi biru muda kat belakang tu adalah team ini, cuma papa jer tak mboh pakai hehee...masa ni mengantuk lagi sebab flite kul 7.00 am tadi (penerbangan 2 jam), kul 3.30 am dah sampai lcct hu3...masa sini lambat sejam drp malaysia.


Angkor wat di Siem Reap..panasnyer suhu di sini dalam 42cc, terik bangat! air yang diminum terase habis sekejap jer..inilah kebanggaan cambodia...dengar citernya, asal dulu angkor wat ni adalah kuil hindu dan kemudian menjadi kuil buddha...hingga kini, buddha kuasai dan adalah agama majoriti di sini (87%)..ia menjadi perkara sensitif orang sini jika dipermainkan.

Kampong Cham

Masjid al-Mubarak, Bu'baen...bila papa tanya studen madrasah kat sini dia sebut pup'ang..entah la mana yang betui...dalam kampung ni terdapat 46 buah keluarga muslim, semuanya miskin-miskin sahaja sebagai pesawah dan petani...


pemandangan di perkampungan di kg. bu'baen ni macam di Malaysia in 70's or awal 80's, masih bertanah merah dan rumah sebagiannya dibuat daripada kayu dan buluh. Di sini ada program sikit dengan masyarakat Islam di sini, antara usm, majlis belia dan komuniti melayu sini...orang Islam di Cambodia ada dalam 9% dan sekitar cambodia ada lebih kurang 600 kg muslim kalau tak salah maklumat setiausaha mufti kemboja yang turut hadir...sambil dinasihatkan, sebarang sumbangan kepada mereka hendaklah melalui pejabat mufti supaya tidak dibolot oleh orang yang berkepentingan...


ini juadah yang disediakan orang kampung ni, bukan menyusahkan sebab kami bayar dulu kos before datang he3, menyelerakan gak dengan sup ikan (ala ikan haruan), gulai daging, ikan bawal goreng asam, itik goreng dan lain-lain...sementara di bandar seam reap dan phnom penh, we all makan di kedai mamak dan kedai muslim yang kebanyakannya berasal dari Malaysia atau salah seorang orang Malaysia tapi kawin orang sini..so tak miss la masakan ibu sangat! cuma jangan lupa, ada menu spesel jugak di cambodia ni macam di Kampong Thom yang terletak antara siem reap dan phnom penh ada sebuah market yang jual makanan exotic ni...


inilah makanan spesel yang dijual di spider market...jenis goreng-goreng saja, spider, cengkerik, burung, anak ayam, katak, kumbang dan spider hidup pun ada hu3...papa merase jugak cengkerik nim, rasanya macam udang goreng, siap bawa balik lagi 4-5 ekor untuk ibu, mea dan wish untuk rase hehee...secetong harganya 2000 riyel or equal to setengah dollar.

Bandaraya Phnom Penh

Di Phnom Penh, we all ke universiti ni..kat sini studen ada dialog sementara papa and the gang gi lepak kat cafe sambil sembang dengan orang-orang di phnom penh ini...most of them berpendapatan purata USD1-2 sehari, kesian. Kat sini matawang yang digunakan ialah dollar (USD) dan riyel (tempatan). Biasanya, dollar la...sebab kalau penjual, depa beli barang2 pun dengan dollar!
.

sketsa di bandaraya phnom penh....selagi boleh muat, 4 orang pun jadik! driver saja yang wajib pakai helmet ...itulah Phnom Penh (sebut 'peng') yang dibagitau banyak 'corruption'...if you pay, you can get through! betui ka...entah laa...


tak lupa ziarah wakil negara kite di Malaysian embassy..ada sesi temubual bersama Duta Besar dan pegawainya, banyak diberitahu peranan Malaysia dalam membantu membangunkan Cambodia, termasuklah dalam pembinaan Nagaworld yang ada produk ala casino royale hu3...


turut melawat tuol sleng genocide museum yang asalnya adalah sekolah, kemudian ditukar menjadi penjara dan tempat siksaan...ini adalah gambar mangsa-mangsa yang dibunuh oleh regim pol-pot..mereka diambil gambar sebelum dibunuh dengan kejamnya, demi elak kerugian peluru, ada mangsa dicangkul, tikam, siksa dan sebagainya...masih kedapatan kesan darah dan sempat berjumpa dengan mangsa tahanan yang menceritakan kekejaman regime khymer rouge dulu...di mana pol-pot mengamalkan 1 pandangan mao-tze-tung supaya membunuh semua golongan menengah (yang cerdik dan terpelajar) bagi memastikan pemerintahannya berkekalan lama..




lewat petangnye...kami dibawa menelusuri sg. mekong yang wujud dari pertemuan 4 batang sungai iaitu sg. mekong, sg. tonle sap dan sg. basaac...di sekitar sini bandarnya kelihatan okay sikit, comel dan tersusun..ada kawasan yang padat dan sedikit tak kemas...macamana tak kemas, haaa korang kena mai tengok sendiri laa..

Lensa dan Panorama
di sini pemanduan adalah left-hand drive...selamat memandu!






6 comments:

Wasatiah Gurlzz said...

Dr, kiter boley mkn cengkerik eik?

Tinta Pendeta said...

boleh, buka mulut..suap, kunyah and yum..yum..yummm..telan. setel. heheee...

saiful said...

best..jln2...hehe..

Tinta Pendeta said...

bab jalan2 mmg best, bab nk bayor uhuuhuuuu...tunggu travel free lak ke franfurt n manila, yeyeaaah..

chekdenoor said...

Wah.... jauh berjalan... luas pandangan ....tambah pengalaman.... bestnyerrrr

Kami adalah rancangan nak balek kemaman sabtu 5hb ni...... jom balek sama-sama......ada fancy cookies untuk keluarga meawish di rumah kak dah.......

Tinta Pendeta said...

k.noor, hajat dihati mmg nak balik tp cuti papa dibekukan start 29.5-26 jun hu3 sebab ada penginapan besar2-an di hostel usm...nk balik kenduri kawin pak sedare tiri mea pn tak dpt...nmpaknye, mea mengidam jer la dari penang hu3

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin