[versi papa] Tengah papa berpeluh-sakan membasuh kereta-kereta di porch, ibu telah menyejukkan papa dengan berita abg. ma ada di penang...so, setelah dilakukan 'standing-meeting', kami sepakat menjemput ustaz ma 'and the gang' untuk makan tengahari di rumah, semua 'gang' ini adalah 'gang mmegang' la kat Taman Islam, Kemaman yang menyediakan pendidikan ala pondok moden. Bukan apa, berkat la rumah kami apabila bukan sahaja disinggahi oleh tetamu yang menjadi darah daging ibu sendiri, malah dari kampung ibu dan mereka pula ustaz-ustaz yang masyhur dalam mendidik anak bangsa tanpa memikirkan laba dunia yang begitu mementingkan ukuran gaji dan kemewahan...
kami sediakan lauk biasa-biasa jer berdasarkan bahan mentah yang ada dalam peti ais...iaitu gulai ayam pencen, goreng ikan temenung, sayur kobis goreng, telur dadar, sambal durian dan sambal bawang, dan air dua rasa hehee...alhamduliLlah, kaum lelaki semua menambah 3 kali! rupanya tekaan lauk yang disediakan 'menjadi'...tahniah kepada jurumasak walaupun yang mendapat pujian memasak-nye 'sorang jer' huhuu...hehee...kalau tahu 'main course' dibuat oleh siapa, sure semua tak percaye ! hehee..tau takpe..
.
[versi ibu] moning2 ibu tgh bace paper..tokwan call ckp abg ma ade kt penang..so ibu pon call la kekanda then ajak la dorang lunch kt umah..hasil meeting-dating ibu n papa terciptalah masakan yg dah diuraikan oleh papa..tp ade secret dat only ibu n papa know..hehe..
after lunch n solat n driver pun sempat berdengkur kejap, we all escort 'd gang' p memborong jeruk yang menjadi trademark penang ni haa...ibu pun borong same la, memndangkan stok kat umah dah zero..
skang ni umah dah sunyi balik seperti sediakala..begitulah bile sesekali sanak sedare n tetamu datang menjengah...walau letih tapi gumbire kerana keberadaan kami di sini dapat 'berfungsi' seadanyer.
3 comments:
knape plak cik fad rase sayu bace ayat akhir tulisan ibu mea kat sini? ;(
uhuks cik fad cepat emosi akhir2 ini kekeke..
uhukk3...
rileks cik fad..
jgn emosi2...
kalo rindu aku, nnt aku balik key..
hik3...
-ibu penang-
Untuk ibu mea tersayang......
Selamat hari ibu....... coppylah hadiah naimah di blog chekdee....jom sama-sama kongsi....heheheheh
Post a Comment