Selamat hari ibu pada ibu mea & wish...hai, pepagi bebenor dah ke Chendor Beach...selebrek hari ibu di tepian pantai hehee...papa tadok hadiah spesel utk ibu melainkan membawa ibu berjumpa ibunya sendiri di kampung! rasanya 'spesel' la tuu...to feel great as ibu ialah dengan melihat ibu sendiri, dapat pahala tatap wajah ibu gitu jugak bapa...macam mana dulu susah payah membesarkan anak-anak maka now 'ibu' merasa sendiri walaupun baru dengan 2 anak...bayangkan mak membesarkan 10 anak! so, hayati dan hargai sementara sempat...ini kerana berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
termenung panjang mea, mungkin menghayati tugas berat yang menantinya sebagai ibu kira-kira 25 tahun lagi...banyak kisah dikisahkan dan kisah untuk dikongsi bahawa Rasulullah SAW pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:
"Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan. Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman. Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan. Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran. Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan."
Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu." – (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)
- Al-Fatihah utk arwah bonda papa yg kembali ke rahmatuLlah pada 1996/ dan ayahanda 2005.
2 comments:
pembetulan:
bonda kembali ke rahmatullah pd 14 nov 1996.bkn 1997.
aik, sudah tukar ka?, tq.
Post a Comment