bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Thursday, August 26, 2010

Nak RaYa ker?



hari ni dah 16 ramadan, baru separuh ramadan jika kita memikirkan mengenai ramadan..tapi kalau kita memikirkan nak raya, kita akan kata 'dekat dah nak raya, just 14 hari lagi!". jadi sebetul sebenornya, anda fikirkan apa?
.
penulisan ni bukan nak berceramah tapi nak ajak muhasabah diri, khususnya pada saya. bila fikir-fikirkan macam kita masa-masa ni..semakin banyak fikir nak raya, daripada memikirkan semakin nak habis ramadan..apa tandanya kita memikirkan nak raya lebih?
1. mula buat kuih raya [atas ni kuih ibu buat, sedappp he3]
2. mula plan nak shopping raya
3. mula beli baju raya
4. mula berkira nak ke mana raya nanti
5. mula apply cuti [yg ni jgn kome lupa]
6. mula berkata, "kenapa lagu raya tak siar lagi ni?"
7. mula mencari tempat bayar zakat fitrah
.
dan apa tandanya kita kurang memikirkan ramadan yang dah nak pergi ni?
1. kurang memenuhi masjid utk isyak dan terawih [masjid pun dah kurang saf-nya]
2. tiada plan nak sedekah banyak-banyak
3. tabiat sebelum bulan puasa datang semula [eg. mengumpat]
4. baca al-Quran semakin slow dan tak banyak mana
5. kita rasa seronok nak raya! (maknanya seronok tak puasa)
6. kita tak sedih pada ramadan ni..
7. buka puasa ala kadar pun tak kisah daah...
.
jadi marilah kita manfaatkan separuh terakhir ramadan ni, sambil-sambil bersedia dengan hari kemenangan pada 1 Syawal yang kan menjelma..bukan nak kata salah memikirkan nak raya, tapi nak ajak lebih berat-ti ramadan yang penuh berlipat-ganda amalan ini berbanding bulan-bulan lain. sekian adanya.

Monday, August 23, 2010

SedeKAH RamaDaN


[Nekbat-hasil sedekah ci lah dan cik nadiah kpd kami-many thanx]
.
lepas subuh tadi adalah giliran papa bagi tazkirah ramadhan di masjid, papa pun seperti biasa akan mengalami morning sickness la macam orang pregnant hu3...before and after sahur...akhirnya, berjaya melawan aura negatif yang cuba menghasut agar papa escape jer daripada menjalankan amanah ini. Antara intisari apa yang cuba papa bincangkan untuk manfaat silent reader of this blog ialah:

.

kita semua tahu ramadan adalah bulan dilipatgandakan segala amalan

maka marilah kita gandakan usaha untuk mengejar yang berlipat-lipat itu

dengan bersedekah kerana sabda Baginda saw:

sedekah yang paling afdal adalah di bulan Ramadan.

jika sebelum ini kita tak pernah bersedekah,

maka marilah kita bersedekah.

jika sebelum ini kita dah pernah bersedekah,

maka marilah kita banyak2kan sedekah di bulan ini.

jika sebelum ini kita dah banyak bersedekah,

maka marilah kita banyak dan banyak dan banyakkan lagi sedekah.

untuk bersedekah ini,

ia tidak semestinya dengan cash,

malah ia boleh dengan memberi makan, beri minum,

beri nasihat, berkata-kata dengan baik, nasihat-menasihati,

bagi salam, buang gangguan di jalanan, ringankan tangan, tolong-menolong,

belanja ahli keluarga, menanam pokok dan buahnya diberi makan manusia dan haiwan dan sebagainya. Sebagai memulakan sedekah,

saya suakan;

assalamualaykum wrh. wbt.

Friday, August 20, 2010

CobaaNn...


tiada kata yang dapat diungkap...
bila motor di depan dari sebelah kiri berdecung laju..
sedangkan kereta yang berderet di depan memberi laluan..
kami semua terpana...mea menangis,
kelihatan di side mirror di belakang kami bumper tersadai!
nasib baik 2 studen pompuan tiada apa-apa..
motornya pun okay huh3
lajunye kamu?
nasib baik aura negatif papa tidak banyak..
dapat terima dengan persepsi positif,
sekalipun jauh di sudut hati ini,
hiba mencengkam.

Tuesday, August 17, 2010

DuGaaN RamaDhaN

semalam papa dan ibu diuji oleh darwish dengan aura negatif apabila dia dengan tidak semena-mena daripada dalam bilik air, yang sedang main air dengan kak mia, tiba-tiba keluar masuk bilik solat dan mencangkung serta telah melepas 'seketul granit kunyit'-nya atas karpet sebelah sejadah huhuu...memang high class tempat dia membuang, padahal lubang toilet sebelah jer...
.
masa tu papa dan ibu sibuk di dapur sediakan untuk juadah berbuka...papa masak mee, ibu buat air he...tapi wish pi 'buang air' huhu...sabar-sabarr..

Monday, August 16, 2010

AsuHaN RaMaDhaN suPaYa PoSiTiF

Ramai setuju ramadhan adalah bulan asuhan,
tapi masih tak membinanya dalam jiwa,
apa yang dilakukan hanya 'puasa',
iaitu TAHAN MAKAN dan MINUM sahaja,
bagaimana dengan,
menolak AURA NEGATIF,
menolak segala sesuatu yang maksiat,
atau yang membawa kepada maksiat,
atau yang mencambahkan jiwa maksiat,
sedangkan,
semua setuju berkata,
bulan berkat sudah hadir,
bulan rahmat datang lagi,
maka,
marilah mencari redha dan rahmat Ilahi,
menambah amal dan iman,
janganlah biarkan,
pencarian itu tidak seberapa,
keberkatan yang dicari alpa,
dalam mengasuh diri,
membina AURA POSITIF,
supaya tumpuan ibadat adalah lebih holistik,
apa itu holistik?
tidak difahami dan dipraktisi,
hasilnya 'plastik'....

MARILAH SAMA-SAMA,
bersangka baik sesama kita,
membina persepsi positif dalam pergaulan,
bekerjasama dalam satu barisan,
bermuafakat dalam capai persetujuan,
senyum dalam merungkai kesulitan,
lapang dada dalam sebarang keputusan,
hormat-menghormati dalam kepimpinan,
nescaya akan berjaya,
menolak segala AURA NEGATIF,
yang bisa meruntuh jalinan,
kasih sayang,
dengan manusia,
dengan Allah.

Friday, August 13, 2010

Ramadhan yg BerKaT

alhamdulillah kami berjumpa lagi ramadhan yang penuh keberkatan, arini dah 3 ramadhan dan arini la rasa ada ruang sedikit untuk menaip di sini...tiap-tiap hari before macam 'penuh' jer walaupun tidaklah sepenuhnya sangat! ini kerana selain ke kelas, minggu ni acap sedikit uruskan kes 'rumah baru' yang sesekejap perlukan barang, perlukan pilihan dan keputusan daripada owner untuk tentukan design dan structure, ada juga perlukan wang tambahan hu3..sampaikan minggu ni kami sampai lagi ke PB kerana urusan ini hehee...bukan apa, harga di sana murah dan menawan walaupun terpaksa berdecung dalam sejam lebih kurang to get there.
.
Dan seperti biasa, selain tujuan kelas dan ofis, iaitu apabila ke area lain yang bukan bersangkutan dengan tugas kerja, papa akan angkut semua isi rumah untuk join bersama sambil bawa 'jalan-jalan' especially dua orang budak tu laa...now, pantang aja papa pakai baju dan seluar, both of them akan bertempek la dengan papa, supaya dibawa bersama he3...seronoknya penangan gi 'jalan' dengan papa...sure akan dapat ice cream! dan akhir minggu ni, papa akan bawa semua berbuka di hydro majestic menikmati buka puasa dengan bbq dinner...wow hebat...wow...wow hebat (slogan sorak amandamai)...ada orang kata berbuka puasa di hotel ni membazir, tapi bagi papa tidak, sebab bukan papa yg bayar tapi desasiswa yang bayar kih3...akan tidur juga semalam sebab ada bengkel exco perwakilan pelajar desasiswa aman damai yang baru di sana...itu la saja.

Sunday, August 1, 2010

PaRiT BunTaR



arini tak plan pun nak ke PB..tapi entah macam mana selepas dapat sms daripada menantu orang PB, rasa nak menjengah sekali ke sana. maka selepas survey something di area bagan ajam (Butterworth), papa terus berdecung ke PB, ambik exit PB tapi balik ikut Nibong Tebal. Saje nak merase exit baru walaupun rasanya jauh sket..oleh kerana arini adalah hari ahad, maka banyak kedai tutup. sekian, terima kasih.
.
Hehee..apa nak citer sebenarnya ekk...saja la bawa mea yang selalu 'nak gi jalan'...seronok dan tenang jer bila masuk area kampung sedikit, itulah yang papa banyak miss sejak duduk di kl dan penang (pulau) nim...hopefully bila stay di sg. dua nanti, ketenangan dan keharmonian persekitaran itu bisa membuatkan relax sket 'kepala' ni..
.
oh ya, sesiapa nak datang penang, starting 3-8 Ogos ada pesta konvokesyen di usm ini..papa tak terlibat apa pun, aritu ada dapat call suruh ambik satu slot untuk baca doa (nasib baik pilihan) tapi papa tolak sebab tak larat nak duduk dalam dewan selama 3-4 jam tu hu3..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin