Ramai setuju ramadhan adalah bulan asuhan,
tapi masih tak membinanya dalam jiwa,
apa yang dilakukan hanya 'puasa',
iaitu TAHAN MAKAN dan MINUM sahaja,
bagaimana dengan,
menolak AURA NEGATIF,
menolak segala sesuatu yang maksiat,
atau yang membawa kepada maksiat,
atau yang mencambahkan jiwa maksiat,
sedangkan,
semua setuju berkata,
bulan berkat sudah hadir,
bulan rahmat datang lagi,
maka,
marilah mencari redha dan rahmat Ilahi,
menambah amal dan iman,
janganlah biarkan,
pencarian itu tidak seberapa,
keberkatan yang dicari alpa,
dalam mengasuh diri,
membina AURA POSITIF,
supaya tumpuan ibadat adalah lebih holistik,
apa itu holistik?
tidak difahami dan dipraktisi,
hasilnya 'plastik'....
MARILAH SAMA-SAMA,
bersangka baik sesama kita,
membina persepsi positif dalam pergaulan,
bekerjasama dalam satu barisan,
bermuafakat dalam capai persetujuan,
senyum dalam merungkai kesulitan,
lapang dada dalam sebarang keputusan,
hormat-menghormati dalam kepimpinan,
nescaya akan berjaya,
menolak segala AURA NEGATIF,
yang bisa meruntuh jalinan,
kasih sayang,
dengan manusia,
dengan Allah.
No comments:
Post a Comment