bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Thursday, August 26, 2010

Nak RaYa ker?



hari ni dah 16 ramadan, baru separuh ramadan jika kita memikirkan mengenai ramadan..tapi kalau kita memikirkan nak raya, kita akan kata 'dekat dah nak raya, just 14 hari lagi!". jadi sebetul sebenornya, anda fikirkan apa?
.
penulisan ni bukan nak berceramah tapi nak ajak muhasabah diri, khususnya pada saya. bila fikir-fikirkan macam kita masa-masa ni..semakin banyak fikir nak raya, daripada memikirkan semakin nak habis ramadan..apa tandanya kita memikirkan nak raya lebih?
1. mula buat kuih raya [atas ni kuih ibu buat, sedappp he3]
2. mula plan nak shopping raya
3. mula beli baju raya
4. mula berkira nak ke mana raya nanti
5. mula apply cuti [yg ni jgn kome lupa]
6. mula berkata, "kenapa lagu raya tak siar lagi ni?"
7. mula mencari tempat bayar zakat fitrah
.
dan apa tandanya kita kurang memikirkan ramadan yang dah nak pergi ni?
1. kurang memenuhi masjid utk isyak dan terawih [masjid pun dah kurang saf-nya]
2. tiada plan nak sedekah banyak-banyak
3. tabiat sebelum bulan puasa datang semula [eg. mengumpat]
4. baca al-Quran semakin slow dan tak banyak mana
5. kita rasa seronok nak raya! (maknanya seronok tak puasa)
6. kita tak sedih pada ramadan ni..
7. buka puasa ala kadar pun tak kisah daah...
.
jadi marilah kita manfaatkan separuh terakhir ramadan ni, sambil-sambil bersedia dengan hari kemenangan pada 1 Syawal yang kan menjelma..bukan nak kata salah memikirkan nak raya, tapi nak ajak lebih berat-ti ramadan yang penuh berlipat-ganda amalan ini berbanding bulan-bulan lain. sekian adanya.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin