bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, August 23, 2010

SedeKAH RamaDaN


[Nekbat-hasil sedekah ci lah dan cik nadiah kpd kami-many thanx]
.
lepas subuh tadi adalah giliran papa bagi tazkirah ramadhan di masjid, papa pun seperti biasa akan mengalami morning sickness la macam orang pregnant hu3...before and after sahur...akhirnya, berjaya melawan aura negatif yang cuba menghasut agar papa escape jer daripada menjalankan amanah ini. Antara intisari apa yang cuba papa bincangkan untuk manfaat silent reader of this blog ialah:

.

kita semua tahu ramadan adalah bulan dilipatgandakan segala amalan

maka marilah kita gandakan usaha untuk mengejar yang berlipat-lipat itu

dengan bersedekah kerana sabda Baginda saw:

sedekah yang paling afdal adalah di bulan Ramadan.

jika sebelum ini kita tak pernah bersedekah,

maka marilah kita bersedekah.

jika sebelum ini kita dah pernah bersedekah,

maka marilah kita banyak2kan sedekah di bulan ini.

jika sebelum ini kita dah banyak bersedekah,

maka marilah kita banyak dan banyak dan banyakkan lagi sedekah.

untuk bersedekah ini,

ia tidak semestinya dengan cash,

malah ia boleh dengan memberi makan, beri minum,

beri nasihat, berkata-kata dengan baik, nasihat-menasihati,

bagi salam, buang gangguan di jalanan, ringankan tangan, tolong-menolong,

belanja ahli keluarga, menanam pokok dan buahnya diberi makan manusia dan haiwan dan sebagainya. Sebagai memulakan sedekah,

saya suakan;

assalamualaykum wrh. wbt.

2 comments:

chekdenoor said...

hmmm..... sedekah nasihat..... kekadang niat kita baik...tetapi telah disalah ertikan....so...macam mana ya..... heheheh....

Kisah ini sering berlaku kan.... so...kekadang chekdee malas nak nasihat orang.... biarkanlah mereka belajar dari pengalaman sendiri.....

cam mana pendapat papa dan mama meawish.

Bila nak datang berbuka puasa di prima villa?? ....jomlah ....nak dapat pahala ni...hehehehe

Tinta Pendeta said...

Kak Noor,
betul tu..kekadang persepsi yg telah ditanam oleh si-penerima nasihat sangatlah negatif, beranggapan diri dah sempurna hingga tak mau terima nasihat ikhlas, tapi ini tidak menghalang si-penasihat utk mendapat pahala sedekah, itu la jihad menentang yang mungkar hehee..

jauhnye nak gi buka pose sana, apa kata pos?hahahaaa....tentu k.noor dan a.wan dpt bersedekah dgn banyak hari2...at least kat staf, kami akan cuba juga membanyakkannya...selamat berpuasa dan berbuka. tq

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin