Terfikir mengenai apa tanggapan anak-anak pada ibu bapanya, setelah mereka besar nanti? Adakah sama seperti yang difikirkan terdahulu untuk berbakti kepada mereka dan membalas jasa mereka. Bolehkah seorang ibu bapa menagih 'balas jasa' daripada anak-anak mereka? Tidak 'ikhlas' kah para ibu bapa yang gigih membesarkan anak2 tetapi akhirnya dilupakan, tidak boleh disuruh, diminta tolong dsb. Sekiranya ibu bapa menyebut usaha dan penat lelah yang telah dicurahkan dulu, adakah ibu bapa tersebut sebenarnya telah mengungkit tanggungjawab yang diwajibkan ke atasnya? Daripada satu segi ya, perbuatan 'mengungkit' telah berlaku, kerana dengan cara ini tindakan lampau di-rewind kembali, tetapi adakah ia sesuatu yang salah! Ia tidak lebih daripada nasihat-menasihati antara insan...atau menyedarkan akan tanggungjawab yang dialpa...
Daripada segi yang lain, tanggungjawab dalam kelarga bukan terbeban pada sebelah pihak saja, malah di atas bahu anak2 juga ada tanggungjawab ke atas ibu bapa. Tanggungjawab ini wujud secara bersaling (mutual) supaya ahli dalam sebuah keluarga dapat menjaga antara satu sama lain. Berasaskan dogma ini, situasi ini memperlihatkan bahawa ibu bapa telah berbudi dan anak-anak hendaklah membalas budi. Ini sebenarnya tidak lebih daripada dogmatik Melayu, kerana seolah-olah pembinaannya tidak diselitkan dengan pemberat sebagai satu nilai tanggungjawab. Maka lebih sesuai jika dipahatkan mutual practice ini sebagai tanggungjawab keagamaan, di mana setiap pihak bertanggungjawab dan memelihara ahli keluarga masing-masing.
Bagi papa, itulah harapan pada anak-anak...agar dapat belajar rajin-rajin dan dapat menjaga dan membantu kami apabila dah tua nanti. Maksud 'membantu' di sini ialah membantu apa yang patut mengikut kemampuan dan kelapangan masing-masing. Di samping mendengar nasihat, tunjuk-ajar dan disiplin yang diberikan bagi mencapai pengakhiran yang baik berdasarkan pengalaman orang yang lebih tua. Tinggal lagi, anak-anak yang dijaga dan dibela perlu mencipta kejayaan bagi dirinya sendiri, elak daripada berkhayal dan emosi tidak tentu pasal, sehingga akhirnya gagal menunjukkan apa-apa kehebatan diri. Tumpuan utama dalam fungsi ini ialah bagi membentuk diri anak-anak sendiri yang akan senang dan bahagia, tanpa bergantung sepenuhnya pada kejayaan ibu atau bapa masing-masing (seperti anak Dato' atau bangsawan dulu). Dalam hal ini, ibu bapa akan tumpang berbangga, dan bagi keluarga yang dah berjaya, tiada wang ringgit yang diharapkan daripada anak2 tetapi kebahagian dan kegembiraan mereka. Prinsipnya ialah mudah, hidup mereka maka ke atas merekalah yang bina dan fokus untuk destinasi seterusnya.
Bagi selain anak-anak, takkanlah harapan ini nak diraih sebagaimana ditumpu pada anak2. Takkan nak minta daripada adik-beradik dan ipar-duai kerana masing-masing mempunyai komitmen dan keluarga masing-masing, dan yang paling jelas keluar daripada konteks nuclear family (keluarga kecil - ibu bapa & anak-anak sahaja). Melainkan dalam kes adik-beradik yang menghidap penyakit tertentu, sebatang kara di usia tua dan kes-kes terpencil yang lain. Begitu juga dalam kelompok yang tiada hubungan yang boleh disandarkan seperti kawan-kawan dan jiran tetangga. Maka kelompok kedua ini tidak perlulah risau kerana jasa yang perlu dicurahkan tidak setara-mana jika diperlukan pada masa hadapan, atau tiada langsung, jika dibandingkan dengan anak-anak.
Dalam hal ini, jika disorot kembali pada erti keikhlasan, pemberian pada kelompok anak-anak tentu sekali mempunyai 'harapan' tertentu pada masa hadapan, berlainan pada kelompok kedua (adik-beradik, ipar-duai, rakan2 dan jiran tetangga) yang 'harapan' tersebut tentulah tidak seberapa. Justeru, jika tiada keikhlasan dalam pemberian awal yang dilakukan pada kelompok kedua, maka tidak diketahuilah apakah status jasa atau budi yang telah diberi tersebut. Mungkin kerana inginkan projek berbillion-dollar, saham dalam syarikat tertentu atau menjadi penjamin dalam pinjaman yang besar. Dalam kes yang lebih kecil, mungkin kerana mahu pertolongan tertentu seperti menjaga anak ketika umrah, haji dsb. Bagi rakan dan jiran pula, jangan ingat tiada jasa dan penghargaan yang boleh diberi, ada...misalnya tolong menjaga rumah, kereta, kebun, pejabat dan box surat... Pendek kata, dalam situasi hidup kite hari ini, ada sesuatu yang perlu diberi iaitu dalam konteks 'harga dan menghargai', cuma tinggal lagi ia diminta atau tidak, diberi atau tidak.
Kadangkala hubungan antara ibu bapa dan anak-anak 'tidak ngam' seperti ada 'gap' atau jurang yang merenggangkan mereka. Namun, ini tidak menafikan tanggungjawab mutual antara satu pihak dengan yang lain. Komunikasi yang berkesan tidak dinafikan kurang berlaku, hingga kadangkala menimbulkan persepsi negatif, ditambah lagi dengan kesumat dan kebencian di dalam diri, mungkin dorongan tujahan syaitan huhuhuu...apapun, langkah terbaik ialah membina komunikasi dengan baik, bukan main hambur sahaja...kerana jika api yang disembur..maka api jugalah yang bakal terpercik, terutama pada minyak yang sedang menggelegak, akibat penanaman wasangka yang dangkal sejak zaman-berzaman, dan dicatat di nota-nota kegemaran yang ditinggalkan merata-rata. Tentu banyak sumpah-seranah, cita-cita hidup dan rahsia percintaan monyet yang dimasukkan, berat-berat jika begini...
Eh...apa la yang papa cuba bincangkan pada kali ini. Mungkin sesiapa yang mengalaminya, mengetahui rasa tantang apa yang dibicarakan. I cannot include everyone out there! Apa nak cuba sampaikan di sini ialah, yang dalam hidup kita, ada kelompok atau rantai yang dibina bersama, yang menghasilkan tanggungjawab antara dua pihak, bukannya satu pihak sahaja. Cuma bezanya, tanggungjawab itu dilaksana sepenuhnya atau tidak, adalah bergantung pada keakraban dan penyuaraan kehendak dan masalah; juga bergantung pada kesedaran dan tanggungjawab. Memang kealpaan dan sikap tak kisah kadangkala berlaku, namun ia boleh disuarakan dengan pernyataan masalah (kongsi masalah) dalam bentuk yang sewajarnya. Oleh kerana itu, hubungan ibu bapa dan anak-anak pada sesuatu ketika boleh ditahapkan umpama hubungan rakan-sebaya (tanpa mengabai aspek hormat-menghormati), maka begitulah dalam situasi dan kelompok yang lain. Sikap selalu bertanya khabar, eg anak menelefon ibu bapa, adik menelefon abang, rakan menelefon jiran perlu selalu berlaku. Kalau tiada duit, buatlah miss call atau sms tanya khabar, bukan semata-mata minta duit sahaja. Pendeknya, membina kemesraan hubungan perlu berlaku dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, jika anda tidak cuba untuk menghormati orang lain, maka diri anda juga tidak akan dihormati. Begitu juga jika anda tidak suarakan keperluan anda, maka bagaimana keperluan tersebut akan dapat dipenuhi. Jika ada cita-cita untuk hidup tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain, maka tidak perlu untuk menyalahkan orang lain atas cita-cita yang cuba dibina itu, kerana itulah mind-set yang anda bina. Hiduplah sedemikian, kerana tentu sekali orang lain tiada akan menagih sesuatu pun dari anda, malu mata la beb.....jika anda memikirkan beratnya nak 'membalas jasa' maka anda tidak perlu risau, kerana kehidupan orang terawal telah dibina tanpa bantuan anda pun...tetapi sebaliknya berlaku dalam hidup anda. Bagi ibu bapa, seorang anak yang engkar..terdapat beberapa anak lagi yang tidak sedemikian. Takkan pada sebiji durian isinya buruk semua, insya-Allah ada lagi isi yang boleh dimakan, atau at least boleh dibuat 'tempoyak'. Justeru ingatlah sesiapa yang bergelar 'anak-anak' terutamanya....dan kelompok kedua, selepasnya...."belum apa sudah berkira!"