bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, December 5, 2011

ULaM & SaYuR...





koleksi untuk masak bila-bila masa iaitu daun bawang dan daun kesom (layu doh..), kat sini daun bawang murah sangat, dalam 4 ikat 1 pound...sekali beli, terus membiak..lagi dan lagi...best gaul untuk telur dadar...manakala daun kesom tak tahan dengan cuaca sejuk, mula2 mencambah gak akarnya, pastu daunnya terus kering dan mati...hu3, dah 2x ke China-town dan wing-Yip tapi tak terserempak dengan jualan sayur nim...kesian ikan patin (kat wing-yip dilabel pangasius - nama saintifiknya) yg menunggu geng untuk dimasak, mesti tak bangkitlah bau tanpa-nya...


ini daun bawang yang ditanam di belakang rumah, mulanya punya la semangat untuk mengusahakan area garden belakang rumah mcik yah ni, tapi malang tak berbau, ada petualang rupanya...2 ekor kucing jiran, warna hitam bulunya tebal....jahat punya kucing mat salleh...diberaknya sekeliling pokok yang papa tanam nim...sampai tak termakan daun ni hu3..."sampai hati kau kucing, jangan ingat nak membaja ekk!"...so terbiar la pokok ni, daun bukan main segar lagi walaupun dibungkus kedinginan winter...namun untuk dikerat dan makan jauh sekali bila terjadi begini...



haaa..ni plak ialah kacang botol (pantai timur) atau disebut juga kacang kelisa (penang) merupakan ulam kegemaran papa...gemar makan sebab ia crunchy, dan boleh makan begitu tanpa perlu dimasak...ada sesetengah orang suka goreng berlada, or sayur lemak putih, aghhh...tak sedap la wat gitu! best makan berlaukkan budu, nyum..nyum......hi3...kat rumah di penang, papa ada tanam sebelum fly ke sini dan dengar ceritanya ia dah berbuah sakan..mesti melintang-bagai-rimba di atas pagar antara rumah papa & rumah jiran...mesti jiran marah nanti, tapi jiran kami belum masuk rumahnya...malah hutang pagar pun belum bayar lagi kat papa, (berani kau nak marah he3)...apa pun, very lucky sebab minggu lepas papa jumpa ulam ini kat china-town di sini..punya la happy sampai borong dua (ingatkan 10 tadi!)...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin