bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Saturday, December 24, 2011

Jum'At PraYer at LonDoN



ini gambar sekitar tempat sewaan kami, iaitu Willesden High Road...jalan utama, menjadi laluan bas ke banyak destinasi...di London Halal Meat ini la (signboard hijau gelap) kedai biasa kami dapatkan stok halal bagi ayam, daging or kambing...ia milik Pakistani dan kalau nak beli paratha yang sejuk beku pun boleh di sini, bawang besar dan buah2 limau, epal & pesimons (pisang kaki)....then, selang satu kedai tu, yang ber-signboard biru tu plak...



haa yang tulis Darul Ta'alim Cultural Centre ni adalah juga sebenarnya surau/masjid di area sini, musolla yang terdekat dengan rumah sewaan...kelihatan di luar ia seperti lot kedai biasa, tetapi di dalam..especially pada hari jumaat, haaa...padat dengan orang. first time cari masjid ni memang tak perasan, bila tanya mamak jual ayam tu baru dia tunjuk, ingatkan kedai cyber cafe sungguh...rupanya sikit sangat yang cybernya...di belakangnya saf yang bersusun...



memang design dalam lain....di negara kafir kan, nak buat guaner...so, papa kebanyakannya datang solat di sini, sebabnya terdekat, khutbahnya boleh faham dan panjang sedikit dengan isi yang menarik...khutbah pertama biasanya dalam bahasa arab dan khutbah kedua pula dalam bahasa inggeris, masjid ni kecil saja...sebab itu kalau datang lambat...sure, kena solat kat tempat letak kasut hu3...tapi papa tak pernah lagi...makmum di dalam ni kena squeezze giler time nak dirikan solat, ramai beb...so kalau rajin dan rasa nak berjalan jauh sikit, papa pergi ke masjid pakistan..masjid brent centre, tempat solat idul-adha aritu...



haaa....ni baru masjid betul, atas ada kubah lagi...warna hijau plak tu kubahnya! luas, karpet tebal dan bilangan safnya plak banyaaaaaak...cuma, ceramah sebelum khutbah dan zikirnya dalam bahasa urdu., bila tuan syeikh tu bercakap di depan macam cerita hindustan bila depa bersyair, merdu dan syahdu., tapi sepatah haram pun tak faham hi3..nehi fahem-hee...cuma kalau nak selesa iktikaf jer baru papa ke sini....masjid ni bermazhab Hanafi...sebut mazhab ni, bukanlah nak bezakan cara solat...tapi nak citernya, waktu solat di sini juga berbeza ikut mazhab, terutama waktu zohor, asar dan isyak...subuh & maghrib waktunya sama sebab tubit dan terbenam matahari = tak beza mana...tetapi waktu-waktu lain yang berdasarkan bayang dan garis merah, ia berbeza besar...biasanya waktu solat mazhab Syafie awal sejam or setengah jam daripada waktu Hanafi...kalau asar syafie (winter time) pukul 1.36 pm...asar Hanafi adalah 2.36 pm....waktu solat jumaat di musim sejuk di sini juga berbeza....biasanya masjid2 di sini akan solat jumaat pada jam 1.00 or 1.15 pm walaupun waktu zohor dah masuk sejak 11.50 am lagi (syafie) dan 12.30 pm (Hanafi)...sebabnya depa tunggu orang Islam rehat daripada bekerja (1.00 - 2.00 pm), lain la dengan Malaysia yang rehat awal pada hari Jumaat, cuma di Malaysian Hall di sini lain...



ni Malaysian Hall di Bayswater, waktu solat jumaatnya awal iaitu sebaik masuk waktu solat...lebih kurang jam 12.00 pm...kekadang delay sikit bila ada Sultan atau Kerabat Raja mari...so tunggu vvip ni mari (sokmo lagu tu deh!)...di sini dewannya dibuat tempat solat jumaat., kalau raya dibuat solat raya...di samping itu, ada juga bilik sewa tapi untuk short stay, rasanya maksimum duduk 3 malam saja...pastu kena check-out (tak boleh stay lama)...dan ada sebuah kafe menu Malaysia juga di sebalah dewan solat ni...normally ia menjadi tumpuan student dan orang Malaysia yang rindu pada lauk-pauk dan kuih-muih Malaysia...sebut jer nak makan apa, insya-Allah ada kat sini, tapi harga dalam pound la yer...satu lagi, kalau rindu nak jumpa ramai muka Malaysia....datang la di sini..ber-riokk-wo' orang Melayu...terasa macam duk kafe di Malaysia jer rasenya...hehee...


ini la dewan solat jumaat di Malaysia Hall...kalau sesiapa pernah datang ke Malaysian Hall lama yang berdekatan dengan Marble Arch dulu (now tutup sebab tempoh pajakan sewa dah habis), dewan solat di situ lebih besar...rasanya dalam 3 kali ganda luas dewan ni...kat Bayswater ni kecil sangat, dan jika melimpah orang ramai datang...maka dihampar sejadah di sepanjang siar-kaki di dalam blok ini....sempit sengoti. Papa baru sekali datang sini ikut Pcik Husin, tuan rumah...dia selalu solat jumaat di sini...tapi papa tak berapa selesa solat di sini, sebab tu, lepas sekali dulu terus papa tak ikut lagi, sebab utamanya papa rasa no point duduk sini tapi masih dengar khutbah dari Malaysia...baik den balik duduk Malaysia saja...papa minat kelainan dan sentuhan international hehee...iyer tak?








3 comments:

Imran@Copenhagen said...

Kat sana nampak macam senang nak cari surau atau masjid. Tak macam kat copenhagen ni, susah sket. Khutbah jumaat pun dalam bahsa turki.

Tinta Pendeta said...

senang hanya di London, tapi di luar kota...dengarnya sukar jugak melainkan di pusat bandar. :)

icered said...

bro tolong share skit info pasal malaysia hall ni,sya bercadang nk nite stop 2 mlm kt malaysia hall sblm ke brussel...adakah malaysia hall friendly tempatnya tuk org malaysia kalo walk in kt sana???

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin