bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Thursday, December 22, 2011

DUIT UK



ini currency yang diperlakukan dengan nilai di UK...cuba perhatikan note £5 di atas, terdapat 3 bank yang keluarkan duit ini yang berbeza-beza iaitu Bank of England, The Royal Bank of Scotland dan Clydesdale Bank. Begitu juga note £10, yang berbeza tetapi 'laku' jika membeli-belah sama ada di England atau di Scotland...pekedai biasanya akan guna sejenis pen untuk 'toreh' atas note ni untuk pastikan sama ada ia tulen, atau palsu...jika tak berbekas, maka 'tulen la bang'...so, jangan terkejut kalau keluarkan duit kat ATM Bank of Scotland or Clydesdale Bank jika note yang keluar tidak sama dengan yang biasa dipegang. Begitu juga kalau ke Scotland, dan dapat change dengan note berbeza...dengarnya Ireland juga mempunyai otonomi untuk keluarkan note sendiri....takpe la, asal laku sudah!


Seperti yang dimaklumi, nilai £1 adalah bersamaan lebih kurang RM5.00 pada rate sekarang ni (2011). Jadi bila membeli-belah di sini, even though nampak tag harga barang macam murah saja, contohnya baju dan jeans kanak-kanak dalam £2 hingga £6, namun bila diconvert dengan Ringgit...lumayan juga, especially bila barang tu dijual mahal kat negara kita. Di sini, nak beli pakaian kena tengok tempat, ada yang murah..memang murah giler seperti di Pasaraya Primark...tetapi kalau di shopping centre, harganya mau sama saja seperti antara £15 hingga £100. Biasanya studen Malaysia yang nak simpan duit, akan ke Primark sahaja...ia seperti Mydin laa tapi lebih kelas darpada segi penampilan dan dekorasi dalaman, iaitu koman sikit jer daripada Marks & Spencer, Debenhams, House of Fraser dll...cuma orang terlalu ramai di dalam Primark, nak jalan or pilih barang pun susah...worth datang sini kalau nak beli baju sejuk, misalnya kalau di Winter Shop di Malaysia jual dalam anggaran RM300-450, di Primark baju yang sebanding boleh dibeli antara £25-£35 sahaja (equal to RM125-175)...berlainan kalau ke Harrods, pasaraya yang khas untuk golongan elit dan kaya...kat sini, kami beli gula-gula jer :)


Kalau mula-mula datang UK, setiap kali membeli-belah...kepala akan ligat mengira berapa amaun Ringgit yang akan atau telah dibelanjakan pada ketika itu...dan setiap kali begitu, aktiviti semasa membeli akan sangat la berkira...apa taknya, walaupun nampak sedikit yang dikeluarkan, namun hakikat tukaran dan perbelanjaannya adalah sangat besar. Misalnya, ais krim kon dijual dengan harga antara £2 hingga and £2.50 dengan satu scop ais krim saja, sangatlah mahal sebab itu dah bersamaan dengan RM10-12.50...sedangkan di Malaysia, baru RM1 saja, itupun kadangkala dapat 3 scoop ais krim....peliknya, harga £2.50 ini boleh dapat seekor ayam yang bersaiz kecil di kedai-kedai halal meat...atau separuh ayam panggang dan salad jika masuk kedai kebab pak-pak Arab (tapi di luar zon 1 dan 2 London) laa...


Di sini, kad kredit diterima dengan syarat yang rendah...siapa ada kad boleh belanja sakan...sebab pembelian dalam kadar £10 pun dah boleh guna secara kredit...ada mat salleh tores kad minta cash....papa tak pernah lagi dibuat sebab komisennya tinggi...di sini kad kredit UK pakai pin number, berbeza dengan Malaysia yang pakai sign...so ada tempat papa kena guna kaunter, tak boleh guna mesin sel-service sebab tak sesuai untuk kad...seperti pembelian di argos, asda dan saintsburry...best shopping pasaraya di sini, sebab ada mesin bayar barang sendiri...orang pun tak berani nak menipu...mesin pun senang jer terima duit sama ada siling atau kertas, berbeza dengan negara kita yang note kalau renyok sikit..daaaah direject jer duit tuu...ni citer bukan nak burukkan negara kite, tapi kena advance la..guna mesin yang canggih sikit next time in the future nehh....


Susu budak kat sini, papa guna susu saintsburry jer yang harga £1.61 untuk 400 gram. Actually ia adalag dried skim milk for any age, cuma nak jimat....tapi nampaknya, pipi awish dah tembam sejak minum susu nim...hehee.....Pampers pula beli kat jenama Asda kat pasaraya Asda (macam tesco la ada jenama sendiri) dengan 2 pack (44 nappy each) untuk £10. Itu la bila berada di negara orang, dengan elaun yang tidak sebesar mana...berdikit-dikit la dalam berbelanja...


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin