bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Thursday, May 26, 2011

UniSZA


hai rindu ke ofis di unisza yang baru seminggu jer bertapa aritu...insyaAllah next week and in a month plus, papa akan berada di sana semula selepas tugas di sini setel..makna kata, minggu depan akan bermukim di kampung plak laa...maka kena tinggallah kebun-kebinku, anak-anak bayam yang semakin membesar (jiran tolong makan ya), wira yang tak boleh ikut (jiran tolong panaskan enjin ya), dan astro...alamak! sure ibu akan miss "siri desperate housewife"-nya...takpe ibu, you are not too desperate to watch ekk hehee...



esok last untuk penjadualan viva my master studen..hopefully dia dapat jawab dengan baik esok soalan-soalan cepumas drp para examiner. petang ni dah sms suruh dia datang rumah untuk melihat kat mana yang sepatutnya dia "aware" dalam tesisnya, untuk diberi penekanan...biasalah dalam pemeriksaan mana-mana kertas pun akan ada yang silap, tak lengkap dan kurang serba-serbi, cuma bestnya dalam tesis apabila kekurangan ini boleh dibaiki untuk mendapat lulus, sesuai dengan perana examiner untuk menunjukkan jalan yang betul (إهدنا الصراط المستقيم)..so baiki sajalah..jangan banyak soal, nescaya anda akan berada di jalan yang lurus semula, papa tumpang gembira saja hehee...anak perguruan kedua ni....

Monday, May 23, 2011

DeMo AMaN




dah pandai buat demonstrasi anak-anak papa...mungkin inilah cara mereka meluahkan rasa yang tersirat, setelah berkali-kali tidak diendahkan hehee....mea akan ditamatkan sekolah PASTI mulai bulan depan sebab tu dia mogok, maklum la nak balik bertapa kat kay tee lama sikit lepas ni, so untuk elak mengganggu persekolahan dan bayar yuran tanpa hadir..lebih baik mea menuntut dengan ibu plak la kat rumah...manakala awish seperti biasa nak gi jalan sokmo...tengah gi jalan dalam kereta pun sebut nak gi jalan lagi....awish...awish...

Saturday, May 21, 2011

MaKaN ApA



sedap demo makey tu..dok kelih belakey doh hehee...ambo nok citor bak makey ni skali...nak-nak ari kito makey..pagi, tengahari, petey dan maley...sumbak sokmo tapi dok tehey lamo, pah pah nok isi pulok...bakpo gak dok bulih suak skali pahtu kiro kenyey sapa ko buley depey pulok, dok la payoh abih maso ko makey jah..pahtu jimak jugok maso gi pasar, maso masok dan maso tunggu nasi turun ke peruk...macey ado jor loceng kabor bile taing nok keno isi peruk, kadang-kadang yer mari bunyi cerruk kat perut, ceyy doh tuu lapor doh tu saing...itu la tabiak hok dok leh nok kehel doh...kalu la maso makey ni kito isi dengan menaip, banyok doh kito boleh taip, cu congak kalu sari kito peruntuk 3 jey untuk makey dan kito ganti dengan naip..wehh, banyok kakloh doh buleh...mungkin 5-10 page buleh doh dengan analisis dan rujukey skali...kalu naip sajo, 30 page barrang jah tuu...kalu kiro tolok jugok maso kelih fb dan tengok csi, hawai 5-0 dan lain-lain...weh laaa koho banyok buleh naip..so insaf-insaf laa...isi la maso anda hok pekdoh sket heheee...ambo nok nasihak ke ambo jah ni...bukak sokmo pc tapi duk wat mende laing, pahni nok tengok maharajalawak pulok hi3....doh soh beng starang baroh doh....


.


okay, anda boleh betulkan semula kedudukan lidah anda. betul la kan, kalau dikirakan sebenarnya masa yang diberikan kepada kita 24 jam sehari ni sudah begitu banyak...dan mampu diuruskan kerja harian mengikut kemampuan dan upaya kita sebagai manusia yang juga perlukan rehat, riadah dan ronda-ronda...namun banyak peruntukan tersebut tidak kita allocate-kan dengan sewajarnya hingga menjadikan ada hari tertentu kita, berlalu begitu saja. kekadang terfikir di penghujung siang; apa yang dah aku buat hari ini? in term of kerja...in term of ibadat...in term of pengisian ilmu dan in term of happy family? so mari la ikut saya, kita mula menguruskan masa kite dengan baik dan terancang...amin.

Thursday, May 19, 2011

HaDiaH HaRi IbU




hari ibu dah berlalu...dan ibu turut mendapat hadiahnya, namun papa kata hadiah ibu ni mesti la bersifat kemasyarakatan, yang boleh diguna dan dimanfaati semua keh3...ibu pun senyum jer, maklum la ibu kan takkan jadi ibu tanpa adanya papa...so and so, takkan jadi ibu jika tanpa mea dan awish, so ibu adalah hak masyarakat rumah ini..maka hadiah ibu mesti bersimbolikkan pada kecantikan rumah ini, dan sempurna rumah ini menunjukkan kesempurnaan ibu - panjang justifikasi ni...maka inilah hadiah untuk hari ibu! [sila cari drp pic atas]


Terima kasih ibu mea dan awish....

Saturday, May 14, 2011

LeiSuRe



bayam...our latest product of plantation...ada yang segar bugar dan ada yang kureng naik or slow in growth...takpe la janji hidup...ini adalah aktiviti petang atau awal pagi kami, esp. me laa...sangat puas hati bila tanaman ni menghijau sebab papa suka tengok pokok sayur hijau, bila ia membesar dan berbuah lagi la, seperti berbuah-buah hati ini dengan usaha yang menjadi...harap dalam seminggu dua lagi dapat la dinikmati bayam ni...



actually sudut kebun ni ada beberapa usaha yang dibuat seperti terung. cili, kangkung, pisang dan lain-lain...kangkung dah nak kena buang dah sebab dan keras, sebab fasa lama dah...terung ni benihnya (anak sebenarnya) diambil drp rumah ayah long Dungun..dua pokok ni memang merimbun, ada sepokok macam 'stuck' apabila dipindah ke tanah...tanah kat rumah ni tak subur rupanya, so better kekalkan begitu laa...or nanti cari beg atau pasu besar lagi...yang turut dinanti akan hasilnya ialah kacang botol yang menjalar di tangga kayu sana...hopefully usaha ini juga akan dapat dinikmati before we fly far far away...


ini pula pucuk paku merah dan sayur kampung...menu klise bila balik manir, dibuat sayur kuning dan rebus ikan aya ibu dan cicah budu...pppeh, meleleh beb! sayur ni tak tanam la di sini, kat pasar pun takde kelihatan lagi berampur-baur macam ni...tepi highway sana ada nampak pucuk paku merah, kang papa berhenti kutip kang, ada set-set plus nak minta ratik kang, so tak payah la hehee...kalau kat kampung, inilah lauk sedap tapi murah sebab just petik dalam rok saja...





ini plak pokok mamang...hanya best dibuat jeruk, ini jugak menjadikan nasi yang dimakan berselera benor...kat kemaman banyak ni, cuma baru2 ni jumpa di pasar manir...so papa suruh ibu jeruk hehee...dulu masa kat UK papa selalu beli yang dalam botol produk thailand...tapi mahal la kat sana dalam 2 pound...itu la story sayur yang papa suka kali ini. laen kali papa cerita yang ibu plak suka...eh betul ke ibu suka sayur?

Sunday, May 8, 2011

DediKaSi untuk IbU...

Selamat hari ibu buat semua para ibu..termasuklah isteri papa, yang juga dipopularkan dengan panggilan 'ibu' oleh damia dan darwisy...ibu lah yang terdekat dengan anak-anak, bukan setakat diakui oleh al-hadith, malah globally menerima akuan ini...hanya 'ibu ayam' sahaja yang tidak patut menyambut hari yang istimewa ini hi3... Di sebelah ini adalah ibu papa yang dipanggil dalam kalangan kami dengan panggilan 'che' '..sebagaimana orang lain merase sayang dan mesra dengan ibu masing-masing, maka begitu jugalah kami, cuma masa kami bersama tidak lama, mungkin lama bagi abang yang tertua, tapi tentu dirase seketika oleh adik yang bongsu...pemergian che' memang mengejutkan semua, kerana tanpa sakit dan apa-apa, che' pergi mendadak begitu saja dalam keluarga kami...hanya dua adik-beradik teratas saja yang sempat berbudi pada che'...kerana telah bekerja, dan yang lain masa tu masih belajar, hidup yang masih susah dan tidak semudah sekarang...apa pun, al-fatihah dan ayat suci tidak lupa disedekahkan setiap kali selepas solat, semuge ajaran dan didikan che' akan diberkati dan diberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda...bagi kami, tak sempat nak hadiahkan bunga, apatah lagi baju atau kain setiap kali nak lebaran, nak bawa naik kereta jalan-jalan ke tempat-tempat menarik jauh sekali, nak bagi duit belanja beli lauk-pauk supaya makan sedap-sedap sebagai qada' zaman susah dulu takkan mungkin boleh dilakukan lagi...cuma doa daripada kami anak-anak semuge che' ditempat dalam kalangan hamba-Nya yang terdekat dengan-Nya, amin.
.
Now papa ada ibu mertua hehe...iaitu tokwan mea dan awish..ibu pada ibu dipanggil 'mak' oleh anak-anaknya semua..mak nampaknya berbeza dengan che', sebab mak dapat merase kejayaan anak-anak...walaupun 'berjaya' itu subjektif, namun pencapaian masing-masing dapat dikongsi rase dengan baik...persamaannya semua sayang kat anak-anak dia dalam bentuk yang tersendiri, dari kaca mata papa laa...especially bila tahu anak nak balik kampung, semua dah diplan...dari segi lauk, bilik dan pengisian...paling koman pun, ingatan pada anak-anak daripada orang tua dengan sebut nama anak, ambil tahu kerja buat dsb...norma la jika kadangkala berlaku gentle jelous jika ada anak utamakan sebelah satu lagi berbanding kuarga mak, itu norma dan akan berlaku pada diri kita semua juga suatu hari nanti, pengalaman orang tua takkan sama dengan pengalaman orang muda dalam mengukur kasih sayang ini...pada zaman moden kini, bestnyer seorang anak dapat dengar suara ibu sendiri pada bila-bila masa tanpa perlu bergerak jauh, zaman che' papa dulu h/phone belum ada..rasenya masa tu baru ada h/phone besar botol air yang studen tak mampu memakainya, nak telefon kena beratur kat public bawah asrama..itu pun jika telefon tersebut tak kong-kali-kong...leni banyak dah mudahnya, duk dalam toilet pun boleh nak call ibu..at least koman-koman seminggu sekali sure tak miss, itulah yang papa selalu syarahkan ibu mea/awish hi3...koman sangat dapat sms kat ibu masing2...cuma kalau che' papa ada, tak mungkin kut dia boleh baca sms sebab che buta huruf he3...apatah lagi nak balas, miss call mungkin boleh.....
.

actually papa ada sorang ibu lagi iaitu ibu tiri...tapi ini bukan spesis ibu tiri kepada bawang putih la...kami panggil 'mak yam'..alamak, gambo mak yam tak jumpa plak duk kat mana...sorry ek mak yam, mak yam banyak jaga ayah masa ayah sakit dan masuk wad selang sebulan sekali dulu...hingga terpaksa tutup sat bisnes jual pisang goreng hehee...khidmat makyam banyak digunakan semasa papa nak nikah dulu, maklum la 'orang tua' sebelah papa ramai yang 'pergi' awal...mak yam kini banyak duk kl doh sejak anak bongsu makyam kematian suaminya, yang pergi juga tiba-tiba dengan anak yang masih kecil...date kawin anak makyam ni just lewat sehari saja daripada date kawin papa...dan suaminya sangat muda lagi, tapi sekarang ni demam pun boleh bawa ke liang lahad, so hati-hatilah dengan 'demam' anda....itu la seorang ibu, demi anak-anak ibu sanggup jadi apa saja...adakah anda juga willing to do the same? tepuk dada, tanyalah hati....he3...

Monday, May 2, 2011

MuLa SaBaTIKaL

papa dah mula sabatikal..dan untuk fasa 1 ialah di unisza, so pada 2hb mei baru ni papa dah mengadap dekan, fpki untuk lapor diri dan hasilnya papa disediakan sebuah bilik yang lengkap dengan pc, internet dsb untuk bekerja...he3...ramai juga member lama dan senior sama ada di um atau di sementoji dijumpai di sini...





sebelah pagi papa ke ofis buat kerja seperti biasa, dang ke dok ni nak kejar 4 bulan ni untuk 4 bab...insya-Allah, kena struggle..dan aler ke petang, tugas bawa anak bini tubit jalan2..maklum la depa ni boring terkurung kat rumah jer [penatnye ambe]....ni sedang menikmati 'musang king' di pulau warisan, kay tee...ini adalah 'port' baru di bandar ganu yang baru kami discover yang berada di belakang china-town...dulu area ni adalah air, sekarang..ppehh nak jadi macam Melaka, nanti tentu akan ada cruise dalam alor kat depan sana tu...


haa...ini suasana malam, cuma area sebelah sini masih lapang, belum ada apa-apa plan sama ada rumput or taman or begapo dio...baru la nampak bandaraya pesisir air bila siap bahagian ni nanti...dan boleh la banyak sikit tempat for us nak santai...


wow intimnya...awish dan irfan...diperakui yang awish lagi ganaz, hingga irfan pun berbekas kena gigit kat awish hu3...anak papa! bekengg...dan pantang disekat kemahuannye...




once in a while, papa's big family will get together, either during special holiday or by creating our own holiday in order to unit among us...geger, gempak dan gempita mengisi suasana rumah peninggalan ini..kebetulan cuti hari pekerja kali nim dan ramai yang berkelapangan dapat balik iaitu 7 adik-beradik drp 9 orang berkumpul, maka sakan la.....masak, bungkus, cekah durian dll..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin