hai rindu ke ofis di unisza yang baru seminggu jer bertapa aritu...insyaAllah next week and in a month plus, papa akan berada di sana semula selepas tugas di sini setel..makna kata, minggu depan akan bermukim di kampung plak laa...maka kena tinggallah kebun-kebinku, anak-anak bayam yang semakin membesar (jiran tolong makan ya), wira yang tak boleh ikut (jiran tolong panaskan enjin ya), dan astro...alamak! sure ibu akan miss "siri desperate housewife"-nya...takpe ibu, you are not too desperate to watch ekk hehee...
esok last untuk penjadualan viva my master studen..hopefully dia dapat jawab dengan baik esok soalan-soalan cepumas drp para examiner. petang ni dah sms suruh dia datang rumah untuk melihat kat mana yang sepatutnya dia "aware" dalam tesisnya, untuk diberi penekanan...biasalah dalam pemeriksaan mana-mana kertas pun akan ada yang silap, tak lengkap dan kurang serba-serbi, cuma bestnya dalam tesis apabila kekurangan ini boleh dibaiki untuk mendapat lulus, sesuai dengan perana examiner untuk menunjukkan jalan yang betul (إهدنا الصراط المستقيم)..so baiki sajalah..jangan banyak soal, nescaya anda akan berada di jalan yang lurus semula, papa tumpang gembira saja hehee...anak perguruan kedua ni....
No comments:
Post a Comment