bayam...our latest product of plantation...ada yang segar bugar dan ada yang kureng naik or slow in growth...takpe la janji hidup...ini adalah aktiviti petang atau awal pagi kami, esp. me laa...sangat puas hati bila tanaman ni menghijau sebab papa suka tengok pokok sayur hijau, bila ia membesar dan berbuah lagi la, seperti berbuah-buah hati ini dengan usaha yang menjadi...harap dalam seminggu dua lagi dapat la dinikmati bayam ni...
actually sudut kebun ni ada beberapa usaha yang dibuat seperti terung. cili, kangkung, pisang dan lain-lain...kangkung dah nak kena buang dah sebab dan keras, sebab fasa lama dah...terung ni benihnya (anak sebenarnya) diambil drp rumah ayah long Dungun..dua pokok ni memang merimbun, ada sepokok macam 'stuck' apabila dipindah ke tanah...tanah kat rumah ni tak subur rupanya, so better kekalkan begitu laa...or nanti cari beg atau pasu besar lagi...yang turut dinanti akan hasilnya ialah kacang botol yang menjalar di tangga kayu sana...hopefully usaha ini juga akan dapat dinikmati before we fly far far away...
ini pula pucuk paku merah dan sayur kampung...menu klise bila balik manir, dibuat sayur kuning dan rebus ikan aya ibu dan cicah budu...pppeh, meleleh beb! sayur ni tak tanam la di sini, kat pasar pun takde kelihatan lagi berampur-baur macam ni...tepi highway sana ada nampak pucuk paku merah, kang papa berhenti kutip kang, ada set-set plus nak minta ratik kang, so tak payah la hehee...kalau kat kampung, inilah lauk sedap tapi murah sebab just petik dalam rok saja...
ini plak pokok mamang...hanya best dibuat jeruk, ini jugak menjadikan nasi yang dimakan berselera benor...kat kemaman banyak ni, cuma baru2 ni jumpa di pasar manir...so papa suruh ibu jeruk hehee...dulu masa kat UK papa selalu beli yang dalam botol produk thailand...tapi mahal la kat sana dalam 2 pound...itu la story sayur yang papa suka kali ini. laen kali papa cerita yang ibu plak suka...eh betul ke ibu suka sayur?
No comments:
Post a Comment