bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Sunday, May 8, 2011

DediKaSi untuk IbU...

Selamat hari ibu buat semua para ibu..termasuklah isteri papa, yang juga dipopularkan dengan panggilan 'ibu' oleh damia dan darwisy...ibu lah yang terdekat dengan anak-anak, bukan setakat diakui oleh al-hadith, malah globally menerima akuan ini...hanya 'ibu ayam' sahaja yang tidak patut menyambut hari yang istimewa ini hi3... Di sebelah ini adalah ibu papa yang dipanggil dalam kalangan kami dengan panggilan 'che' '..sebagaimana orang lain merase sayang dan mesra dengan ibu masing-masing, maka begitu jugalah kami, cuma masa kami bersama tidak lama, mungkin lama bagi abang yang tertua, tapi tentu dirase seketika oleh adik yang bongsu...pemergian che' memang mengejutkan semua, kerana tanpa sakit dan apa-apa, che' pergi mendadak begitu saja dalam keluarga kami...hanya dua adik-beradik teratas saja yang sempat berbudi pada che'...kerana telah bekerja, dan yang lain masa tu masih belajar, hidup yang masih susah dan tidak semudah sekarang...apa pun, al-fatihah dan ayat suci tidak lupa disedekahkan setiap kali selepas solat, semuge ajaran dan didikan che' akan diberkati dan diberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda...bagi kami, tak sempat nak hadiahkan bunga, apatah lagi baju atau kain setiap kali nak lebaran, nak bawa naik kereta jalan-jalan ke tempat-tempat menarik jauh sekali, nak bagi duit belanja beli lauk-pauk supaya makan sedap-sedap sebagai qada' zaman susah dulu takkan mungkin boleh dilakukan lagi...cuma doa daripada kami anak-anak semuge che' ditempat dalam kalangan hamba-Nya yang terdekat dengan-Nya, amin.
.
Now papa ada ibu mertua hehe...iaitu tokwan mea dan awish..ibu pada ibu dipanggil 'mak' oleh anak-anaknya semua..mak nampaknya berbeza dengan che', sebab mak dapat merase kejayaan anak-anak...walaupun 'berjaya' itu subjektif, namun pencapaian masing-masing dapat dikongsi rase dengan baik...persamaannya semua sayang kat anak-anak dia dalam bentuk yang tersendiri, dari kaca mata papa laa...especially bila tahu anak nak balik kampung, semua dah diplan...dari segi lauk, bilik dan pengisian...paling koman pun, ingatan pada anak-anak daripada orang tua dengan sebut nama anak, ambil tahu kerja buat dsb...norma la jika kadangkala berlaku gentle jelous jika ada anak utamakan sebelah satu lagi berbanding kuarga mak, itu norma dan akan berlaku pada diri kita semua juga suatu hari nanti, pengalaman orang tua takkan sama dengan pengalaman orang muda dalam mengukur kasih sayang ini...pada zaman moden kini, bestnyer seorang anak dapat dengar suara ibu sendiri pada bila-bila masa tanpa perlu bergerak jauh, zaman che' papa dulu h/phone belum ada..rasenya masa tu baru ada h/phone besar botol air yang studen tak mampu memakainya, nak telefon kena beratur kat public bawah asrama..itu pun jika telefon tersebut tak kong-kali-kong...leni banyak dah mudahnya, duk dalam toilet pun boleh nak call ibu..at least koman-koman seminggu sekali sure tak miss, itulah yang papa selalu syarahkan ibu mea/awish hi3...koman sangat dapat sms kat ibu masing2...cuma kalau che' papa ada, tak mungkin kut dia boleh baca sms sebab che buta huruf he3...apatah lagi nak balas, miss call mungkin boleh.....
.

actually papa ada sorang ibu lagi iaitu ibu tiri...tapi ini bukan spesis ibu tiri kepada bawang putih la...kami panggil 'mak yam'..alamak, gambo mak yam tak jumpa plak duk kat mana...sorry ek mak yam, mak yam banyak jaga ayah masa ayah sakit dan masuk wad selang sebulan sekali dulu...hingga terpaksa tutup sat bisnes jual pisang goreng hehee...khidmat makyam banyak digunakan semasa papa nak nikah dulu, maklum la 'orang tua' sebelah papa ramai yang 'pergi' awal...mak yam kini banyak duk kl doh sejak anak bongsu makyam kematian suaminya, yang pergi juga tiba-tiba dengan anak yang masih kecil...date kawin anak makyam ni just lewat sehari saja daripada date kawin papa...dan suaminya sangat muda lagi, tapi sekarang ni demam pun boleh bawa ke liang lahad, so hati-hatilah dengan 'demam' anda....itu la seorang ibu, demi anak-anak ibu sanggup jadi apa saja...adakah anda juga willing to do the same? tepuk dada, tanyalah hati....he3...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin