Foto: London big-ben & house of parliament 2008
akhir-akhir ini kerik papa mimpi sampai di london, maklum la kepala ni banyak fikirkan persediaan ke sana, especially dalam memastikan kami sekeluarga mempunyai tempat tinggal yang selesa di sana nanti...untuk itu papa telah contact dengan 2 orang colleague yang sedang bersabatikal di sana untuk minta tolong depa meninjau rumah untuk kami...depa 2 orang pergi solo dan papa nak bawa famili... macam-macam feed back yang diperolehi khususnya kos sewaan rumah yang tinggi dan kontrak yang mengutamakan penyewa yang 6 bulan dan ke atas...kami nak ke sana 5 bulan sahaja, dan ini menyulitkan kelapangan landlord untuk deal dengan kami...universiti hanya beri 1000 pound sahaja sebulan, sedangkan kos sewaan sahaja dah menjangkau 1000 pound jugak, kos sewa mahal kerana pusat sabatikal papa adalah di zon 1 london...kos 1000 ini belum dicampur bil elektrik, gas, air, telefon, transport, food, laundry, dll...fuyoooo...masak mau difikirin untuk tambahan duit...ditambah lagi deposit 3 bulan yang bakal dipinta landlord, mana mau dicekau pound-nya sedangkan universiti bayar 2 bulan sekali...paling murah seorang kawan papa berjaya mendapat satu unit flat itupun dengan kos 900 pound..tapi..itu la, dengan lebihan elaun hanya 100 pound papa terpaksa berfikir 10 kali dan menolaknya...mana mau hidup maaa!
.
Kiri: Pcik Husin, Ali (bongsu), 2 cucu-nya & Makcik Yah
Last resort, papa gunakan talian hayat kedua dengan menghubungi tuan rumah yang papa menginap pada tahun 2003 dulu, semasa collect data buat Phd...luckily menantu makcik yah [Aju] bagitau dia menawarkan 400 pound sahaja sebulan kepada papa sekeluarga tapi untuk 1 bilik double-bed, tanpa makan [ibu kena masak sendiri]...makcik yah memang berbisnes bilik sahaja sama ada for long or short stay, dengan makan or tanpa makan...dia tiada unit rumah/flat/studio sewa..."dalam hati: murah dah nim!" papa contact terakhir makcik yah sebab dengarnya dia nak charge kawan papa dengan kos 60 pound semalam, tapi dengan papa, yang pernah menginap setahun di rumahnya dulu, yang nyaris jadi anak sedara sabitnya dan diakui anak angkatnya hi3...maka more discount given...tak boleh la free sebab dia biasanya guna duit ni untuk balik malaysia setiap tahun...so buat masa ni, papa confirm untuk tinggal di sini dulu, kerana ia bakal memberi lebihan kira-kira 600 pound sebulan yang tentunya dapat tampung pelbagai xtvt kami di sana, walaupun makan kena masak sendiri sebab makcik yah nak balik malaysia selepas raya nanti...tapi suami dan anak bongsunya masih ada, pakcik husin juga willing untuk menunggu kami di airport stansted [airport bagi tambang murah di sana] walaupun jaraknya hampir sejam dari kota london...lagi mujur, tak perlu kami menginap semalam di hotel stansted sebab dijangka flite kami akan landing pada jam 10 malam....itu la plan papa for now, hopefully segala planning bagi keselesaan dan perbelanjaan kami di sana akan mencukupi untuk 4 orang ini, semuanya akan ditindak-tanduk semula selepas mendiami rumah makcik yah nanti...dan didoakan ada lebihan untuk menjengah ke paris sat, di samping drive ke scotland seketika in november before winter sonata menutup motorway....