bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Thursday, June 9, 2011

Mee GoReNg



mee goreng basah...akhirnya pagi tadi kami dapat breakfast di kedai makan mat nawi & mat sarip ni, orang kg teluk menara yang berniaga di pulau kambing kay tee...masyhurnya mee goreng ni menyebabkan kami cuba datang dan setelah percubaan kedua baru lah dapat merasanya, mee goreng plus keropok lekor yang semuanya panas-panas...kedua adik beradik yang berniaga ni pun masih mengenali papa sebagai 'orang kampung' dan rupanya anak mat sarip pun sedang belajar di usm...itu la tak jumpa plak tahun lepas semasa pendaftaran desasiswa, maklum la papa masa tu bertugas di aman damai...


apa istimewanya mee goreng ini? istimewanya sebab ia rasa seperti mee goreng hehee...resepi turun temurun daripada kg teluk menara manir...kat kawasan lain tak dapat rasa macam gini, gitu jugak kalau ibu mea try buat...ia jadi rasa mee goreng chukai not mee goreng manir hahaaa...apa pun rasanya, kalau ate makan tak baca doa tak berkat jugak nooo...kadangkala, orang tua makan baca basmalah jer..anak-anak pula yang disuruh baca doa makan sampai habis...sepertinya lagi tua, amal lagi kurang...padahal patutnya sebaliknya. titik.



2 comments:

saiful said...

sedap ngat..nanti bw sy plok deh..

Tinta Pendeta said...

buleh, tp mu byr...hi3

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin