bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Tuesday, June 21, 2011

ArKib NeGaRa T'GaNu



inilah tulisan jawi handwriting yang membelehkan mata papa minggu ni, maklum la minggu ni ialah minggu arkib bagi menggali khazanah sejarah silam terengganu yang termuat dalam fail-fail tahun 1930-1950-an...bertempat di tingkat 12, papa bertapa sungguhti menela'ah fail demi fail...ada fail yang lengkap dan ada yang tidak...rezeki la jika ada fail mendedahkan cukup maklumat yang dikehendaki untuk penulisan papa...tadi beberapa kes pembahagian pusaka, tidak sembahyang jumaat, tidak puasa ramadhan, syarahan tanpa kebenaran dan termasuklah kes khalwat dan zina ditelusuri, penyelesaiannya kebanyakannya adalah mudah dan ringan sama ada secara nasihat, denda maksima $20.00 atau disuruh nikah...terjumpa 1 kes jualan tanah yang hanya dijual dengan harga $12.00 sahaja pada 1950-an, kalau la papa ada di sana pada waktu itu, tentu ber'ekar-ekar tanah dah kubeli hi3...iya la, harga ayam seekor sekarang pun dah RM17.00-19.00, bezanya 60 tahun dulu!



untuk hilang beleh mata, kena gak sesekali tenung luar tingkap...pemandangan dari tingkat 11 wisma persekutuan, fuyooo luasnya kubur...patut la jalan yang di tengah tu dinamakan jalan pusara, 2 kaum berjiran rupanya di sini dalam mendiami alam barzakh masing-masing, entahkan nikmat entahkan azab yang dihadapi mereka di bawah sana...itulah janji Allah yang pasti, lambat atau cepat semua akan masuk ke dalam, melainkan orang hilang (mafqud) yang tidak berkubur! selamatkah mereka daripada azab kubur?? Baca lagi.

2 comments:

Wasatiah Gurlzz said...

boleh pengsan sya nk baca tulisan jawi tuh..hahaha

Tinta Pendeta said...

itu la yg buatkan slow reading tu, pelbagai macam senget, sambung, bunga dsb pada tulisan2 tu hu3...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin