hari sabtu baru ni banyak sungguh majlis sempena nak kahwin, sama ada majlis pertunangan atau majlis langsungan kahwin terus...termasuklah jemputan yang papa dapat ialah di kay bee [doraemon]...tapi malang tak berbau la lauk gulai kawan papa tu sebab papa pun ada banyak jemputan di kay tee on d same day, so timbang punya timbang, tak pergi la ke kay bee...gambo atas ni ialah semasa majlis pertunangan bada di malamnya yang dibuat di rumah mcik ngah awish...
bergambo sebelum tetamu datang...siang tadi kat rumah mak long nong di teluk menara, punya la banyak majlis kahwin arini sampaikan jem jalan dari sekolah rendah teluk menara hinggalah simpang manir...ada dalam 5 majlis in between jalan ni...semua letak kon atas jalan, semua kereta parking tepi, semua orang nak pergi...alahai, tak jem bakpe...cuma kenduri di teluk menara tak ambil duit..buat kenduri kesyukuran...sepatutnya macam ni la tak ambil duit, sebab kenduri ni sepatutnya buat ikut mampu just as 'pemberitahuan', baru la berkat...bukannya bisnes nak dapat pulangan balik sebab beli daging, rempah, beras dsb...
ini pula set-set poyo yang bermaharajalela di majlis pertunangan ni...sampai berpeluh sakan masing2 menunjukkan kehebatan di hadapan ribuan tetamu...iyeke ribuan? takkan la noo...puluhan jer...bertunang kan sunatnya dibuat kecil-kecilan just untuk 'meletak tanda', sebagai coopp anda telah di'book'...ia tak sesuai dan tak sunat dibesar-besarkan sebab takut kalau tak jadi ke pelaminan...ermmm maka tahap kemalu-maluan itu tidaklah begitu terserlah di hati tuan rumah, gitu juga mengurangkan modal di bibir mereka yang suka memakai lipstik cap ketupat....
ini la bakal team yang akan disatukan dengan ber'izinkan wali akhir tahun ini...si cowoknya ini adalah guru di sabah, manakala si cewek [bada] anak sedare abang nan ni kerja di kay tee....ketemu melalui jodoh yang disuratkan Ilahi untuk mereka insya-Allah...tentu kami sekeluarga tak dapat attend walimah mereka di baru rakit bulan disember ni, takpe la...janji ikatan yang dipadu dapat diteruskan....Rasulullah s.a.w bersabda: "berkahwin lah kamu, beranak pinak la kamu, sesungguhnya aku berbangga dengan keturunanku yang anak-anaknya ramai". [aw kama-qaal]
2 comments:
adawiyah balik gok yer..rmai la kg..
ramai, tu dok campur org rumah laen lagi tuu...
Post a Comment