paling best bagi papa ialah melihat kehijauan alam, dan best lagi alam yang bernama kebun esp. kebun sayur...ppehh...hijau dan segar dan menjadi, terasa macam berbaloi-baloi...ini adalah kebun mak teh di tetambah, macam-macam ada dengan nenas, bendi, kacang panjang, sawi, kangkung, pisang dll...boleh katakan, nak makan untuk lauk harian lepas laa...dan tak payah la nak beratur kat tesco, giant or mydin hyper mall untuk timbang, itu paling leceh selepas que untuk cari parking...kadangkala niat nak beli terpaksa dibantutkan kalau tengok que yang panjang...kalau tanam kan senang, retus jer mana yang nak...dulu kerajaan ada syorkan untuk ramai menanam sendiri di laman rumah certain sayur bawah gagasan bumi hijau (tapi bukan kat porch laa), ini antara lain akan terselamatlah daripada segala penyakit dan virus seperti virus e-coli yang geger diperkatakan...
petang semalam plak kami ke kertih sat kerana menjenguk lisa [surihani] yang demam, ini kali kedua kami ke sini...dan sempat la menghadiri ceramah politik sat yang diadakan berdekatan kertih ni, tak sangka diluluskan kerajaan tempatan....ceramah oleh beberapa tokoh ternama dan tersohor ni sebenarnya ditonton melalui vcd saja, so tak payah la disiasat lanjut di mana? dan bila? heheeee...berbalik pada point asal, lisa [surihani] dan umi dan abahnya demam, dan ada juga yang sakit mata (itu boleh berjangkit tu)...maka ibu mea pun berkecamuklah nak ziarah...menyahut kesunatan dalam agama, kelaziman dalam masyarakat dan kepatutan yang perlu dalam berwaris...sesuai dengan naqal daripada Ummi Salamah, katanya, Rasulullah bersabda bermaksud: “Apabila kamu menziarahi orang sakit.........., hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya malaikat mengucap amin terhadap apa-apa yang kamu katakan itu.” (Hadis riwayat Muslim)...bangun pagi tadi, ibu kata matanya plak nak sakit hu3...harap itu tahi mata saja yang mengusiknya...hi3
2 comments:
lisa (surihani)?..nii pelakon ke Dr?..hehehe
takde la..my niece...
Post a Comment