bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Tuesday, October 4, 2011

Menu MaLAySia

Entri kali ni nak citer pasal makan...sebab makan itu penting, tanpa makan perut akan lapar dan segala kerja tak boleh nak buat. Lumrah siapa yang mula-mula datang ke tempat yang berbeza time yang besar macam di London ialah, perut yang selalu berbunyi, berkriuk-kriuk...nak kata lapar, tidak lapar, nak kata tak makan, memang makan sokmo, tapi perut dalam 2-3 minggu pertama memang selalui bergesel antara angin dan makanan, entah la sebab apa? maybe time perut bekerja berubah jugak ke 7 jam lewat daripada biasa...plus menu dan rempah yang sedikit berbeza, maybe laa...


ni restoren menu malaysia terbaru di oxford street ni (kwsn city centre), so sesiapa mengidam tomyam, nasi lemak, laksa dan segala masakan panas segera ada kat sini, dilabel halal dan ramai la muka malaysia dalam ni waima melayu, cina or india...so kalau perut selalu sangat bergeseran tu, kena la mari sini kut...ratenya dalam 3.50-7.50 pound sejuadah, boleh la bagi mereka yang tak boleh nak masak masakan malaysia di hostelnya, dan asyik ratah chicken cottage, kebab or briani arab jer, maka sebulan or 2 minggu sekali boleh la menjengah di sini...



ni plak restoren yang lebih lama dan glamer, situasinya di luar sedikit drp kwsn city iaitu edgware road (arab street)...dulu nama restoran ni ialah 'mawar', but now menjadi 'melur'...papa belum masuk ke dalamnya kali ni (melur) sebab dengarnya tokeh melur skrg ni cina, dulu semasa bawah mawar tokehnya orang melayu kedah di maan dia jual 3 lauk + nasi putih = 5 pound... tapi yg ni tak banyak nasi berlauk tapi lebih pada masakan panas...masa papa singgah sini masa nak tukar bas, harga menunya boleh tahan mahal terutama kangkung goreng belacan yang berharga 7.50 pound...lauk2 lain seperti tomyam dll just 3.50 pound jer...memang sebenornye harga kangkung segar mahal kat sini, sebungkus dalam 3.50 dan berbeza dengan rege sawi yang baru 2.00 pound or kacang buncis dan bendi yang boleh dapat dalam 1 pound...yang paling murah ialah bawang besar kuning yang 1 beg plastik jala tu just 1.60 pound...macam tak caya! itu la bawang yg kami guna menggantikan bawang besar/kecil merah.


ni plak bukan di mana2 restoren tapi masa jamuan di rumah aju beberapa minggu dulu...laksa penang dan pulut rendang, dan kek coklat...sempena apa tak tau jamuan, maybe sempena we all baru datang masa tu (baru 2 minggu sampai)...gitu juga minggu baru ni aju ajak makan lagi dengan nasi tengahari...murah tul rezeki, ibu pun pernah masak nasi ayam semasa diorang datang rumah...tukar2 la wat makan sesama kite semasa di sini sambil tukar2 resepi...sini ayam murah saja, seekor baru 3.50 pound, biasanya kami beli 3 keping bahagian peha dan dada (drp seekor ayam yg dipotong 4) dengan harga 3.50 pound laa....


ini kebab yang papa makan tengahari tadi (lunch) semasa ke British Library, harganya 3.99 pound tapi kalau kat sekitar rumah just 2.50 pound, beza sedikit harganya sebab beli di tengah pusat bandar iaitu di zon 1, sekitar rumah murah sket sebab berada di zon 3...apapun belasah jer, asyik makan nasi jer hehee... nak habiskan ni, mene'eh kekenyangan....

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin