kaler koko ialah perjalanan pergi (north bound) dan kaler merah ialah perjalanan balik (south bound)...perjalanan pergi jauh sedikit sebab ia dilakukan tanpa bantuan gps yang mulanya 'menggila' sehingga menyebabkan kami kerugian 2 jam di motorway...sebab ia membawa kami ke kawasan perkampungan mana ntah hu3...so, co-pilot terpaksa bertugas membaca peta untuk menghala ke scotland, alhamdulillah papa ada beli buku peta sebagai langkah alternatif...
kerana kesulitan ini, maka kami sampai lewat ke edinburgh dan hampir-hampir kena denda sebab check-in lewat (after 2200 time). Hotel yang dibook di sini rupanya hanya bilik 3 katil dan bilik air di luar yang terpaksa share dengan bilik2 lain, mujur ada 3 bilik saja yg share so taklah jemm pada pagi hari esoknya...bestnya perjalanan ke scotland ialah pemandangannya, maklum la negara orang maka tentu la pemandangan juga lain daripada biasa...yang biasa bagi orang, adalah luar biasa dan menarik bagi kite as foreigner nim...
sepanjang motorway dari selatan ke utara dan kembali ke selatan nim, dengan lorong jalan sehingga 4 lorong, tiada 1 penny pun dikenakan bayaran tol...malah plaza tol pun takde sepanjang lebuhraya yang bukan main luas nim...cuma harga diesel di sini lebih mahal drp petrol, mungkin akibat tiada subsidi drp kerajaan seperti di Malaysia...kereta volvo yang disewa juga menggunakan diesel, not petrol...
kias angin besar ni banyak terdapat on the way ke scotland....esp. area bukit-bukau...kelihatan cantik jer bila ia berderet di sekeliling bukit-bukau tuu...
di tepi pergunungan scotland ada beberapa kotak kuning yang berisi pasir dan garam diletak di kaki-kaki jalan...nak tahu untuk apa? ia adalah untuk mencairkan salji dengan cepat sekiranya salji turun, kerana ia boleh menyebabkan jalan licin...semasa kami travel ni ada bawa bekal 2 bungkus ayam masak kicap, lauk ni la yg kebanyakan dimakan sepanjang 3 hari nim apabila tak jumpa kedai nasi briani di edinburgh dan fort william...di glasgow baru jumpa...
di edinburgh, kami ronda bandarnya sekejap...terjumpa sebuah kedai menu Malaysia iaitu Kampong Ah Lee..seperti namanya, maka pengusaha dan tukang masaknya adalah suku sakat ah lee la gamaknya, tak tahu la halal ke tidak sebab kami tak pergi jenguk pun...cuma cari kedai kebab saja sebab yakin la sikit kehalalannya...harga kebab di edinburgh ni adalah termahal jika dibandingkan dengan glasgow dan london, tak sangka harga di london adalah paling murah...maybe akibat bilangan komuniti muslim yg lebih ramai di london berbanding 2 bandar di atas...di edinburgh juga kami sempat meninjau castle-nya dan university of edinburgh sebelum menghala ke kawasan pergunungan dan tasik (loch) di sekeliling pergunungan ini...
perjalanan edinburgh ke fort william ni mengambil masa lebih kurang 3 jam dan melalui jalan-jalan kampung dan lereng gunung yang memukau pandangan. beberapa kami berhentikan kereta untuk bergambar dan ada juga yang terpaksa buat u-turn untuk kembali ke lokasi yang kami rasakan perlu berhenti takut kempunan nanti hehee...di fort william, hotelnya cantik sikit cuma sempit hehee...di sini disediakan breakfast percuma so kami makan roti, jem, planta dan omellete, telur separuh masak...kira okay la buat alas perut.
antara kemuncak di pergunungan ben navis...darwisy menangis tu hehee...sebab kesejukan dah plus dia terduduk atas lopak air akibat tiupan angin kuat yang menolak-nolak kami...rasa macam nak terbang..bestnyerrrrr, so dia mungkin rasa sejuk punggung (berpampers) yang tentunya rasa seperti ais memenuhi punggung...lepas tu terpaksa la kami turun cepat-cepat...
track ke puncak...bye-bye puncak, sayang rasa dah kena turun...memang sejuk giler dengan angin berais yang dirasa...biasanya di sini akan ada salji bila betul-betul winter sampai...kami datang awal sangat ni hu3, kalau tidak leh main ski....hujung sana ada gondola for people yg nak main ski ais...tapi maybe akhir disember or awal januari sure penuh memutih di sini...kami naik gondola juga untuk ke atas ni dengan kos 11 pound seorang, tak gayat seeprti yang dirasa di langkawi kerana tiang gondola di sini rendah-rendah saja, cuma beberapa kali gak ia terhenti kerana tiupan angin sejuk yg kuat....
teringat semasa di sini, kami belum solat zohor dn asar...terfikir nak ambil wuduk kat tasik ni tapi takut kami akan menggigil dan tak boleh solat, maklum la suhu sejuk giler...alhamdulillah, bila drive beberapa ketika terjumpa kawasan rehat (services), boleh la kami ambil wuduk dengan air panas dan solat di area parking sebelah kereta...hampar surat khabar elok2, pastu letak sejadah kat atas....tengok kompas kiblat then, Allahu Akbar....
2 comments:
good info.
Best baca pengalaman ke Scotland.
Kawan-kawan jangan lupa singgah kat our Malaysian BnB. Penginapan Malaysia, pagi-pagi makan nasi lemak.
http://www.jomscotland.blogspot.co.uk/2015/10/penginapan-di-glasgow.html
Post a Comment