hujung minggu lepas, seperti biasa jadual ronda kota London...mulanya plan nak ke london tower bridge, tapi sebab silap direction yang diterima menyebabkan bas no. 15 tak jumpa cari...we all cari di oxford street rupanya bas tu start di trafalgar square hu3...so, papa ajak jer ahli rombongan naik bas no. 7 untuk ke British Museum hehee..okay la, nanti kena datang jugak, so datang awal drp plan asal...dalam ni banyak mumia purba zaman mesir, iraq, syria dll...ruang bangunannya sangat besar, tengok tiang jer la deh, besor macam pokok balak! di sebelah tangga ada lift simple untuk naik menggunakan wheel chair and push-chair, kelas gitu!
pastu jalan kaki jer ke next door building, kampus papa...wow! tak sangka keluarga kecil papa sampai jugak ke tempat papa bertapa dulu (2003), dulu keseorang je papa bergambar di sini and now sudah berempat...nanti salah sorang anak papa akan datang sini jugak untuk further study, dan setiap sorang lagi akan ke europe, ireland or middle-east buat engineering and medical hehee (berapa orang anak nanti ya?)...apa pun, jangan main kuat sangat ya anak2 papa, cepat pergi menelaah pelajaran! kurangkan tengok upin dan ipin...:)
pastu papa bawa diorang ke regent's park...santai dan lepak...dulu pernah sampai ke sini, now bawa diorang sebabnya tempat ni memang comel dan mendamaikan...lebih2 lagi cuaca yang elok dan tak berapa sejuk ni, all right la datang hujung minggu...ramai mat saleh pakat baring jer atas rumput di belakang sambil makan minum dan bercanda...dun skodem ekkk! mat saleh ni tak kira tempat kalu depa nak buang tabiat tuu, even dalam train yg padat pun beromeng selamba badak jer hu3...memang badak la depa nim hi3...terkejut ibu aritu!
antara penarik di sini ialah taman rose yang pelbagai kaler...kuning macam ni, putih, merah, pink, samor dll...bestnya kalau boleh wat balik rose-rose nim dan tanam keliling rumah, sure comel dan menawan garden kitorang nanti...sure jiran rapat pun nak anak pokok rose ni untuk di tanam di dalam pasu di porch-nye heheee....
sini di setiap taman dan tasik, mesti ada burung merpati, itik, angsa yang pelbagai spesis...jinak betul tapi 1 jer tak best, berak merata....awish geram nak naik bot dengan mea...takpe la ya, nanti semula la kita naik bot, tak mahal sangat just 3.50 pound untuk 20 minit, cuma kami mengejar masa sebab perut mula lapar untuk lunch, dan waktu zohor hampir luput...
haaaa...ada pun masjid di belakang sana (nampak tak kubah sejid tu?)..., inilah dinamakan ronda-ronda yang penuh keinsafan sebab diakhiri dengan solat zohor dan asar...nama masjid ni ialah masjid central london atau regent's mosque...actually, lepas univ. of london tadi nak datang masjid terus, tapi tersilap naik bas yang lalu ikut regent's park (no. 74), sebab tu la masuk ikut belakang ronda taman dulu...sepatutnya we all naik di jalan lepas selfridge & co kat oxford street tu (bus no. 274 or 82)...itu la perancangan dan kejadiannya...
No comments:
Post a Comment