minggu ini, papa beralih untuk buat kajian di Public Record Office (P.R.O) , di Kew Garden. Untuk sampai ke sini, papa naik bas no. 6 sehingga ke Kansel Rise (tambang 1.30 pound), kemudian naik keretapi overground dan turun di Kew Garden (1.40 pound). Di Kew ni ada 2 tarikan, 1. taman pelbagai musim yang boleh dilawati dan 2. public record office (P.R.O)...untuk ke taman tu, nanti papa bawa ibu dan mea + awish...let me do the research first neh!
P.R.O adalah merupakan Britain National Archive, or kalau di Malaysia disebut Arkib Negara. Sesuai dengan nama arkib, bahan-bahan yang disimpan di sini adalah dokumen sejarah yang sebelumnya dikategorikan 'sulit' tetapi selepas 25 or 50 tahun, kategori ini dijadikan status 'terbuka/open' dan boleh dilihat/baca. Sesiapa pun boleh masuk di sini for free untuk 3 tahun keahlian, dengan buat kad sekejap jer dengan tunjuk i/c or pasport bagi buktikan nama, muka dan alamat adalah betul. Selepas tu swipe saja kad tu untuk masuk dewan penyelidik, order dokumen, book meja dan semak tempahan...sangat sofistikated dan percuma. Tengok tu, besar bangunannya dan ia memuatkan berjuta dokumen yang disimpan sejak tahun 1700 tahun, yang sebahagiannya masih disimpan dengan baik, sebahagiannya telah diawet supaya dapat dibaca generasi penyelidik hari ini.
So, apa yang papa cari di sini? good question hehee...di sini papa membaca dua rekod iaitu, rekod-rekod dariada Colonial Office (CO) dan Foreign Office (FO) yang mencatatkan segala peristiwa dan kejadian berlaku dalam senggang tahun 1850-1950, iaitu sejak sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu sehinggalah kedatangan Jepun dan juga kedatangan balik British dan era sebelum merdeka. Semua ini dicatat oleh penjajah dahulu mengenai keadaan di Tanah Melayu dan semua negara yang mereka pernah berada/jajah. Catatan yang dicari ialah berkenaan segala undang-undang, akta, perisytiraharan, penyelesaian kes, kedudukan mahkamah kadi, peranan Sultan, pengaruh kuasa penasihat lnggeris ke atas pentadbiran berdasarkan kes-kes tertentu, termasuklah insiden di Kuala Brang dan sebagainya di bawah keyword - pentadbiran undang-undang, hukum Islam dan statut yang digubal. Atas hujah ini, maka papa dibenarkan untuk bersabatikal di London semasa temuduga sabatikal usm hehee...
Haaa...ini antara dokumen yang papa tengok, rasanya ia berhubung segala akta yang pernah digazet oleh British pada tahun 1867-1870. Kandungannya masih baik, cuma kadang2 terbersin jugak dengan bau kertas lamanya....era ini merekodkan banyak undang-undang yg telah dilaksana di India (juga jajahan British) telah dibawa masuk ke Negeri-negeri Selat, yang kemudiannya diterimapakai pula di Tanah Melayu...di sini nak tempah rekod ni adalah melalui online dan kena tunggu 30-40 minit...berbeza di arkib negara di Jalan Duta or di arkib negara cawangan Terengganu yang order rekod memakan masa sampai 2-4 jam huhuu...pastu, order pulak secara manual khususnya di cawangan...dokumen pula tidak secara binding seperti ini dan ada yang hilang dan koyak....untuk murah, segala rekod ini papa guna kamera jadikan pdf fail dan simpan dalam komputer, sebab jika fotostat pihak P.R.O akan caj 42 pence sehelai (RM3.00)..Bagusnya, kamera dibenar untuk dibawa masuk untuk tujuan demikian secara percuma, dimana hal ini tidak diamalkan di Malaysia...so, Arkib Negara Malaysia kena follow la cara P.R.O nim dan berilah ruang yang mudah kepada penyelidik kite...1Malaysia!!! ini antara dokumen yg dicatat bila Inggeris datang ke Trengganu pada 1855, dan apa yg dilaporkan...
2 comments:
Assalamualaikum Dr, Saya akan ke kota london untuk data collection Phd thesis saya. Mohon email Dr untuk bertanya sedikit soalan.Email saya hhazura@gmail.com. Terima Kasih
wsalam Hazura, jasni@usm.my
Post a Comment