tengok signboard tau dah di mana ek, inilah pasar Kilburn...actually, jarang papa shopping sini sebab mahal jugak, serta rasanya depa ni ambik barang di Primark jugak (style penjaja kecil di Malaysia la yang ambil barang di Mydin hehee..)...cuma nak tunjuk depa jual pokok krismas untuk hiasan sempena hari natal yang kan menjelang beberapa hari lagi atas tuu....
kat depan bank ni banyak lagi pokok krismass dijual...esok dah nak krismass, hai boleh laku ke
mike? macam setambung lagi hihii...dok pekdah sungguh orang putih ni beraya...kalau malam lalu ikut rumah depa, boleh tengok lampu kelip-kelap yang dililit pada pokok ni di ruang tamu rumah mereka, jika dibuka langsir (nak nunjukk)...kat depan pintu juga ada lingkaran daun krismas yang membulat dengan lampu kelip-kelap juga, meriah juga....takpela...
lakum di-nukum, waliya-din...(bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku)
panorama sekitar bandar Kilburn, bandar terdekat dengan rumah kami...dari Willesden, kena naik bas no. 98 untuk ke sini...kat sini banyak lagi kedai untuk
shopping seperti kedai baju, kasut, argos, kfc halal dan kedai buku pun...
di Kilburn ni jugak ada Poundland...kedai golongan marhaen macam kami hehee, inilah kedai 1 pound (
everything 1 pound)...nak murah barangan, masuk jer sini...
actually, ada benda murah dan ada benda mahal....so beli la yang rasa murah, dan jangan beli kalu serre mahal...
as simple as that! biasanya stationary, dictionary, mainan budak2, certain coklat, cermin muka, maflar, glove, shower gel & ubat gigi baik beli di sini hehee...
ni plak...sekitar jalan-jalan naik bas, duduk depan tingkat atas...sambil ambil-2 gambar yang kelihatan lengang sehari sebelum xmast...eh ramai omputih ni dah balik kampung ker? macam kurang jer kenderaan arini...esok xmast semua pengangkutan awam
off, atau makna kata lain, tadok bas or train langsung...kuat giler omputih ni raya, kedai pun semua tutup...dengar citer, dulu ada pasaraya cina (wing-yip) buka...tapi dapat notis daripada
council suruh tutup...pendek kata, lumpuh la kita orang untuk berderap time ni...pun gitu, ada jugak kedai yang just buka separuh hari...seperti kedai daging or runcit...kang habis garam kan, tak serre la masak!
ni plak pekan Kensal Rise...sebahagian
spot penting juga bagi papa...ia menjadi tempat transit papa untuk pergi ke Public Record...naik bas no. 6
and get off di sini, pastu ambil
over ground train untuk menuju ke Kew Garden....di sini juga banyak kedai kebab hehee...tapi tak sebanyak di Kilburn laa...
jalan antara Picadilly Circuss dan Oxford Circuss...antara tempat yang sibuk untuk membeli-belah, juga jalan yang menghubung Oxford Street dengan Chinatown yang berada tak jauh daripada Picadilly Circuss...kawasan ni antara lokasi di tengah kota London, sebab tu macam-macam lampu dan replika sempena xmast bergantung-hayung di antara blok bangunan lama ni, bila malam maka bergemerlapan laaa....
as below;rasanya tengah bulan oktober dah pasang lampu ni...punya la semangat noo...alaa macam di negara kita jugak la, bila nak raya...apatah lagi kawasan ni adalah pusat shopping di Kota London...inilah dia Oxford Street....tahun ni banyak kerja-kerja baiki laluan pejalan kaki di sini, sebab tu ada pagar gitu-gitu tuuu....orang ramai sokmo di sini, rasanya tak pernah lagi lalu di sini dalam keadaan lengang tadok orang...entah dari mana mereka datang nooo?
gambar ni diambil pada 26hb. xmast atau dikenali
boxing day...hari ni paling ramai orang ke sini sebab semua pasaraya besar di sini mengadakan jualan murah sehingga 70%...kebanyakan baju
branded dan minyak wangi dijual dengan separuh harga...bukan macam di Malaysia yang 50% setelah dinaikkan harga lama (penipu punya!), di sini memang separuh giler....setiap minah omputih dan mek arab bimbit 3-4 beg besar masing-masing...puas hati giler depa borong...ada tu papa tengok depa borong minyak wangi sampai 10 kotak (pack pefume + shower gel)....giler punya borong, sampaikan certain rak minyak wangi kosong daripada shelf pameran...papa pun beli dua kotak jer dalam dok kagum tengok depa ni bershopping....bayangkan perfume yang harga 50 pound, dijual dengan harga 25 pound....yang 29 pound dijual 14.50 pound...Kak Esah citer, masa ni la dia selalu borong minyak wangi sama ada untuk dia dan anak-anak, atau untuk hadiah kat rakan-rakan (dapat hadiah 1 papa dan 1 ibu semasa
farewell lunch baru ni...hehee tenkiu K.E.)
disebabkan ramainya orang London serbu pasaraya pada
boxing day ini, kebanyakan gudang yang besar kena beratur nak masuk...sebelum buka, orang dah keliling blok beratur...my fren pukul 7 pagi dah keluar rumah untuk berebut
que ni sebab certain barang yang dijual murah giler2 ni tak banyak,
first come first serve laa...kat tepi dinding ni adalah orang beratur nak masuk Selfridges & Co...masuk Next pun kena beratur dan lain-lain laaa...guard hanya benarkan sekelompok tertentu masuk, sehingga yang lain keluar...baru kelompok baru dibenarkan masuk...sebab terlalu
pack, papa tak jadi beli baju ke budak2 ni sebab tengok
que nak bayar pun berbelit-belit panjang...sampaikan suasana dalam pasaraya hangat semacam, papa rasa selesa lagi duduk di luar walaupun udara sejuk berbanding di dalam shopping centre ni...terbalik, jika sebelum ni baik masuk shopping centre
to get warm by heater...tapi masa
boxing day, baik duk luar bangunan untuk hilang bahang hangat...papa rasa, ni mesti ramai yang datang shopping ni tak mandi pagi hehehee...
including me, ahaks!
tadi pagi, papa ikut mcik yah ke Asda (kat Malaysia macam tesco or giant laa)...beli pampers untuk awish yang kuat nau kencing di musim sejuk ni....laju jer salin pampers sehari-hari...sambil tu nak beli coklat dan teh untuk
souvenir buat balik Malaysia,
3 weeks to go! sempena jualan murah akhir tahun masih ada...dapatlah
save money sikit! kebetulan cuti xmast yang panjang hingga
new year...
our campus off from 23 dec to 2nd jan hu3....pun begitu, boleh jugak la papa ikut Mcik Yah kali ni ke sini, kalau tak..susah nak berkebetulan dengan jadual Mcik Yah
shopping and papa free...so tak payah la papa bimbit barang naik bas dengan hasil belian yang berat nanang nimmm....
haaa...sempat tadi
snap kaunter jual daging halal di dalam asda...
see, sape kata payah nak dapatkan daging halal di London...
so easy and it almost at every nook and corner....ada kaunter khas lagi yang diselia untuk staf pakistan
or arab yang domisil di sini...di dinding ada besar poster yang kehalalan produk di sini dipantau oleh agensi khas,
so dun worry!....papa biasa beli daging untuk
steak di sini, balik suruh ibu buat...
ermmm yummii....