bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Tuesday, July 1, 2008

Sekitar LonDon, EngLand


As I wrote earlier, kat london ni..papa tinggal dengan geng, kak ju & abg zul...so inilah K. ju dan anak-anaknya...abg zul gi keje...so, as people yg dah hidup kat sini, sekolah pun kena la kat sini...budak-2 ni punya english, fuyooo pekat giler dgn eksyen u.k susah nak tangkap apa depa punya cakap!


3 srikandi genit sedang mengatur asas di kota london...jangan hilangkan identiti timur ya girls...ni gambar ari jumaat aritu kat sekolah mereka!


Today sekali lagi papa gi teman k.ju hantar khalid [dah masuk kelas dulu], aina dan aini ke sekolah...bergaya sket kat sini hehe...'ayn yg kecik sekali tak sekolah lagi..


Kak ju dan sorang lagi ibu dari Malaysia sedang bincang progress anak masing-2 kat sekolah ni...mungkin jugak pasal politik kat Malaysia yg semakin panas dan panas...macam2 gaya aina dan aini...pantang cakap nak ambik gambo terus bergaya like nak silat...whatever la...


Selepas tu, misi papa seterusnya ialah meronda Kota London with bas, papa-mea beli 1 day bas pass for £3.50..dgn ada bas pass ni, papa leh naik mana-mana bas dalam zon 1-4 bebas, so daripada Dollis Hill, papa ambik bas ni di depan Food Land..bas 98 or 6 akan pi ke Oxford street...bas 260 ni just wat temeng, ia pergi ke brent cross rasanya, laluan lain...




Trafalgar Square...kat sini jumpa keluarga Malaysia yg datang melancung...sibuk bergambar dari pelbagai penjuru...sama la dgn papa-mea ni, bersembang-2 la kejap dgn depa...mereka menginap di rumah mcik siah [kensal rise] iaitu kawan mcik yah, mereka satu kuarga rupanya dgn mcik siah...papa pernah jumpa dia dulu 2003...mcik siah keje kat heathrow wasenya dan suami mcik siah ni dulu bawa train/tube, jgn tak caya..org Melayu pun leh keje bawa tube kat London ni..


Bendera Malaysia megah berkibar di bangunan penggalakan pelancungan Malaysia sebelah Trafalgar Sq. ni..


Istiadat ringkas pertukaran pengawal...mereka sedia utk bertukar posisi antara pasukan merah dan hitam, kat sini start 11.30 dan 3.30 kalau summer...winter kul 10.10 jer..




Pengawal berkuda menuju Buckingham Palace...


Papa juga datang jenguk istana Ratu Elizabeth di Buckingham Palace...ramai orang lain datang nak tengok istiadat pertukaran guard kat sini...ramai pelancong serata dunia ni, papa pun suruh pelancong jepun amik gambar ni hehe...tst...tukar suka sama suka, dia amik gambar papa, papa amik gambar dia...fair la kan..


pastu papa jalan2 ke arah Sungai Thames...biasa la pemandangan di sini iaitu pondok telefon merah as trademark London, Big-Ben (jam besar) dan parliament house...


London-eye...kalau naik atas ni boleh tengok seluruh kota London, papa pun tak naik lagi...tak rasa penting sangat, lain la kalau papa nak rancang bandar ni nanti hehe


sekitar Picadily Circuss..naik bas sightseing ni senang kalau saper nak gi tempat2 terpilih...bas ni akan bawa keliling bandar London, bayar sekali jer, boleh turun dan naik semula dgn tunjuk pas sehari tu laa...bas dia ada banyak! papa dok naik sekali pun lagi sebab mahal gok dengarnya dalam £12 (harga 2003), now tak pasti...


sale..sale...summer sale! musim panas memang akan ada sale...kalau tengok, memang murah pun pakaian sini, papa sempat la masuk dalam Lilywhite ni...habis jugak dalam £10, bukan apa...ambik hati dah dia jual murah he3


ini la antara sekitar bandar London...bangunannya nampak lama tapi expensive..pound kan mahal, masa papa tukar aritu £1 = RM6.47 huhu...so, lu pikir la sendiri!


ini sebahagian kedai di cina-town, dulu papa suka mai ke sini esp. kalau nak beli maggi dari Malaysia, mcik yah selalu kirim rempah kari adabi..kicap habhal kipas udang pun ada kat sini...even 'jeruk mamang' ada tapi buatan Thailand hehe...durian, rambutan, langsat pun ada kalau masuk time dia...pendek kata, sediakan duit sahaja, semua barang boleh dapat..


pemandangan atas bas, lajur ni adalah lanjutan bond street dan oxford street...kiri kanan shopping centre atau kedai beli...bayar, then belah...tengok2 pound dah kurengg hu3


Dalam jalan-jalan sambil shopping ni...tiba sebentar di University of London, kat Russel Square, baru la orang panggil jalan2 papa ni adalah jalan2 akademik hehe...sempat lagi gi universiti dulu...sign board ni baru buat ni, dulu takde...


sebelah bangunan University of London adalah bangunan SOAS (school of oriental and african studies) tempat papa study sambil wat research dulu tahun 2003...kat sini library-nya penuh buku dan kitab arab, kalau compare dengan liibrary kat usm dari segi kitab2 arab, kalah la usm, kalah mati beb...hu3, pensyarah mat salleh di sini juga mahir arabic, maklum la mereka kan orientalis, expert yang tahu ilmu-ilmu timur such as Islam, tahu jer tapi iman takde laa...ini la dinamakan hidayah! sebab tu kena syukur selalu pada Allah SWT noo...tau takpe!


On the way untuk ke soas ni, kebiasaannya mesti akan lalu British Museum..esp. kalau sape yg pi dengan bas no. 7 dari Oxford Street...papa dah masuk sekali dulu muzium ni, luas dan ada mumia di dalamnya...kali ni, dok dangg masa nak menjengah lagi, cukup la lalu jer..ni pun okay doh papa lalu hehe...


Di samping tempat pelancungan, pendidikan dan pentadbiran...kat tengah bandar London jugak ada tempat hok dok berapa molek, seperti kedai berkenaan sex ni...rasanya ada 3..4..kedai lagu ni...kat Soho pun ada...papa tahu-tahu gitu jer hihi...



Sempat jengah sat ke Pasaraya Harrods, milik Dodi al-Fayed..bapa kekasih Lady Diana, Puteri Wales..pasaraya ni bukan saja besar, tapi ada kelas....kalau selekeh2 tak leh masuk...barangan dia pun lebih mahal...tapi tu laa...tetap ada pelanggan!


Dalam jalan-jalan dan shopping ni, tengok time dah kul 5.oo pm lebih doh...kena balik doh sebab mcik Yah ajak makan kat rumah dia petang ni, nak rai'kan papa yang nak balik esok doh...so, terus catch bas no. 6 yg kebetulan lalu...bas kat sini dalam 3-4 min sebuah, dun risau...bas ni lalu ikut edgware road (kawasan pak arab) dan di sini jugak terletak Restoran Mawar, yang meneydiakan juadah masakan Melayu Malaysia...papa dok dang nak berhenti doh, just snap dari atas bas jer...nak cepat ke rumah mcik yah, janji kul 6.00 pm kat rumah dia di Harlesden Road...


Papa naik tingkat atas..penuh orang dalam bas, maklum la lepas waktu keje, tadi mula2 papa-mea naik, kena berdiri gok sat..bestnya bas kat london ni...ia ada bgtau nama tempat kat skrin depan atas tu ketika sedang menuju/berhenti...so jgn risau kalau sape takut sesat, or terlelap seketika..sampai jer setiap stop, suara rakaman akan memberitahu...tapi jgn la tido mati noo...tak aci jugok laa...


Best mcik yah amsak nasi minyak...inilah menu yg the best semasa duk umah mcik yah dulu...papa-mea mesti tambah 2 kali la kalau lauk ni hehe, tapi badan maintain tambah2 pun hehe...tapi sian mcik yah dan aju, kena makan kat dapur jer..maklum la orang pompuan hehe, kena makan sorok-2 tapi jangan makan banyak sangat nooo...esp k.ju tu hehe, nanti excess luggage nak balik nanti hahaha...jgn maree...


Ini gambar keluarga mcik yah...dari kiri pcik husin (now bawa mini-cab jer...dah pencen), Ali (anak bongsu)+ 'ayna dan 'ayn (anak aju..cucu laa) dan mcik yah...ni duduk-duduk ni sambil sembang selepas masing2 dah makan, kekenyangan...tenkiu mcik yah dgn masakan yg tip-top...lain kali leh mari lagi makan free hehe...


Ini pulak keluarga aju dan abg zul, serta 4 orang anak mereka, khalid, nur'aina, nur'aini dan nur'ain...tenkiu jugak for the warmest reception and hospitality to me during the visit! selamat berangkat pulang bercuti di K. Pilah Malaysia 13hb. Julai ni...mai la umah mea kat Penang, sure kita orang akan sediakan masakan yg sedap juga nanti tapi tempahan dari kedai mamak hehehe..


sedang sembang tu, ternampak dari tingkap...rupanya kat belakang rumah mcik yah ada pokok epal laaa, nanti dah besar dan masak boleh la papa datang picking hehe...Ali tolong simpan utk abg ekkk hehe...thats all at London!

1 comment:

Prof. Noor Aini Abdul Rashid said...

Assalamualaikum
Saya tertarik dgn statement tinggal di rumah Mak Siah. Saya dulu pun pernah menyewa beberapa bulan di rumah tersebut sblm pulang ke Malaysia. Sesiapa tau Alamat atau no phone Kak Siah dan En Mat?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin