Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Wednesday, July 16, 2008
ProJek KebuN PiSanG
petang, selepas waktu keje..sebagaimana disepakati penghuni kawasan perumahan ni..we all start beroperasi memindahkan anak-anak pisang tanduk ni untuk disusun dan ditanam semula sekitar kawasan rumah ni..sebelum ni, umah mea menjadi the only rumah yg memiliki pisang ni, semalam baru papa-mea tebang yang terkini dan bahagikan ke beberapa jiran, dapat la sebuah rumah dalam 2-3 biji...besar-besar buahnya, berat isinya rasa melebihi sesikat pisang emas...so dengan mengadakan projek pindah dan tanam semula ni, selepas ni setiap rumah akan ada pokok pisang tanduk, di samping menambah nilai hijau pada persekitaran, sesuai dengan slogan usm yang lestari alam hehe...mula-mula papa-mea tolong tengok jer and then, baru pegang cangkul untuk tanam 3 anak pokok lagi tambahan (dapat kumpul 16 anak pokok semuanya)...hai, larat ke nak makan nanti...ibu mea boleh la buka warong jual pisang goreng pasni...
cuba tengok bandingan pisang tanduk dan pisang berangan, semalam suku pisang tanduk goreng leh makan 3 orang hehe...kebetulan ada studen mai, ajak pakat belasah la pisang ni...durian dalam gambo ni plak hok beli kat pasar malam tadi, kebetulan ada orang jual longgok 5 biji RM10...so, apalagi..papa beli la, leh la wat pulut durian, sambal poyok and excetra-excetra...
sambil kaum lelaki berusaha menyelerakkan kedudukan anak-anak pisang ni, mea dan ibunya mengambil kesempatan meronda dan melakukan latihan jalan kaki..masih huyung-hayang anak papa berjalan..takpe mea, practise make perfect! so..itulah agenda daily yang mea sentiasa buat kini...mea tak mampu lagi nak berdebat macam agenda daily wat kat anwar dan mat berri...and today ibu-mea miss sekejap favourite citer ezoranyer untuk join the crowds kat luar rumah...takpe la, kekadang bersosial dengan jiran tetangga amalan muhibbah dan murni, mengeratkan lagi silaturrahim! mea pun dapat menambah kawan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wah best nyer ....bersocial sambil menikmati hasil kebun...... amalan yang baik
hehe...jiran sepakat membawa berkat, alang2 kerja sekali...
Post a Comment