Gembiranya papa bila dapat sms daripada ibu menyatakan yang darwisy telah dapat discaj..terus papa-mea war-war'kan pada semua orang-orang kampung..masa tu jam kul 12.00 tengahari..masa tu gak pak long dungun ada datang skuarga..so, kena tunggu biar papa dan tokwan mea ke hospital ambil ibu dan darwisy...kat sini, mudah jer proses nak keluar tak seperti di Penang, kena sign situ sini..pi kat bangunan lain untuk bayar (sekalipun ada GL)...kat sini semua setel kat wad tu jer...
Darwisy ada lagi kuning tapi tak tinggi, bacaan 161...kalau 210 mesti dah kena tahan lagi kat wad..now ibu bagi ubat homeopathy sambil makan kapsul susu kambing, fully breast-feeding dan esok nak kena jemur under sun rise sekejap..semuanya supaya darwisy dapat dipulihkan daripada 'jaundice' ni...doakan agar ia tak menyebabkan darwisy kena masuk wad 2 semula huhu...
Papa, ibu dan mea ingin melahirkan rasa penghargaan la kat semua kat rumah kemaman ni yang bantu ibu mea dan darwisy selama 4 hari sebelum ni..khususnya cik nah, cik lah, pcik izami, pcik abg ma skuarga, especially bak dan mak, dan yang jauh-jauh di utara, selatan, timur dan barat yang tak tersebut yang senantiasa mendoakan kesihatan dan keselamatan ibu dan darwisy...
Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Friday, October 31, 2008
Thursday, October 30, 2008
Darwisy 24 Hours
Wajah adik mea dari dekat..ada iras siapa gamaknyer yer? cuba anda teka? hehe..nanti nama adik mea ni akan ada perkataan 'darwisy' hehe..tidur jer darwisy ni..arini ibu telah discaj and terus masuk wad tingkat 1 untuk temani adik mea..kalau nampak, dah ada sedikit tanda-tanda macam nak 'jaundice' (kuning)..hope tak la ketara sampai kena tahan wad lagi lepas ni..
tokwan sedang membelah mulut darwisy dengan kurma dan air zam-zam...mea jadi pembakar semangat hehe..semalam bukan main ketat peraturan kat wad kuarantin ni, sampai orang lain tak boleh masuk dalam wad ni except ibu dan bapa..today, semua pelawat bedal masuk jer...maybe nurse tak terlarang, iya la nak 'main' dengan orang kampung sini yang garang-garang hehe..
tokki sedang membisikkan kalimah keramat kat telinga darwisy nampaknya tu hehe...semuge darwisy akan dapat kecemerlangan dunia dan akhirat deh! go go chayyooo...
mea ahh..seperti biasa la..dengan buas dan happy go lucky-nya...papa datang nak jenguk ibu, tapi terpaksa jenguk mea lebih...habis satu wad ditelusuri mea...last sekali, masukkan mea dalam kod baby ni..tersengih jap, perasan kecik hehe..
Wednesday, October 29, 2008
Adik Mea Lahir
Adik mea..selamat dilahirkan pada 12.02 tengahari tadi, 29.10.2008 di Hospital Kemaman di sisi ibu..dan papa juga sempat balik menemani ibu semasa dalam labour room..baby boy dengan berat 2.8 kg..now, papa dan ibu dah mendapat sepasang anak...alhamduliLlah, semua doa dimakbulkan..ermm...so happy! amin dan terima kasih semua!
wajah riang seorang 'ibu' memangku anak, setelah berpenat lelah selama 9 bulan dan setelah menempuh saat-saat mencabar melahirkan baby dalam labour room..puas hati ya ibu! hanya yang melaluinya mengetahui betapa pedih dan sakitnya saat itu..sebab itulah syurga Allah letakkan dibawah tapak kaki seorang ibu..
semua gambar-2 ni diambil secara illegal sebab di hospital kemaman ni tak dibenarkan ambil gambar, pelik tapi benar! buat 2 hari ni, adik mea diletakkan dalam wad pediatrik akibat ibu dah leaking more than 24 hours..semoge takde apa-apa...so, ibu duk wad tingkat bawah, adik mea duk wad tingkat 1...kalau ibu discaj tengahri ni..ibu leh naik tingkat 1 untuk teman adik mea...tak payah la naik turun sokmo..
Tuesday, October 28, 2008
Mea RiLEks
Mea seperti biasa rileks jer walaupun ibu dah masuk wad..datang ziarah ibu dengan membuas segelinap ruang wad hehe...masa nak balik, selamba jer bye-bye kat ibu..ibu mea sekarang menunggu masa jer untuk melahirkan adik mea..papa still kat penang..malam ni papa balik la kemaman ekk, nak setel kan dulu kerja-kerja sebagai setiausaha seminar yang akan bermula besok..kesian kat semua geng urusetia...sorry, tugas untuk mea dan ibu lebih penting!
Urusetia drp usm dan jakim sedang menyusun fail untuk peserta dan pembentang kertas kerja esok..nasib baik papa dapat pengganti 2 sesi sebagai moderator..tenkiu!
Untuk relaks, papa balik dengan driver kali ni...lalu ikut darat jer sebab firefly ke kuantan untuk hari-hari tertentu sahaja..tak patut-tak patut!
Monday, October 27, 2008
Demi tuGAs...
Selepas menunggu 'stand-by' dekat seminggu..ibu mea tetap tidak menunjukkan tanda2 akan bersalin, tempoh cuti yang dipohon pun sudah habis maka dengan berat hati terpaksa jugak la papa beredar ke penang semula...keseorangan mandu dari kemaman ke penang..jumpa studen aman damai kat highway jeli-grik menunggang juga as lone ranger...leh gok la dia papa ajak teman makan tengahari bersama-sama kat grik hehe..dalam pada itu kerisauan tetap ada di hati papa bila tinggalkan ibu di saat kesaratan ini iaitu jikalau ibu menunjukkan tanda-tanda, maka tentu papa tak sempat balik on-time menemani ibu dalam labour-room..tatkala itu, tokwan tentu akan ambil alih tugas papa...mesti kesian kat ibu sebab nak papa di sisi...kesian jugak kat mea sebab kena tidur bukan dengan ibu, dan bukan juga dengan papa...tapi takpe, mea dapat belajar plak tidur dengan cik nah! tapi kesian lak kat cik nah, sebab tidur mesti tak tenang lagi...
Sampai penang, ada sedikit malapetaka berlaku iaitu pokok kelapa yang membekal kelapa dan nyiur muda di belakang rumah telah tumbang baru2 ini..diberitakan oleh jiran, kejadian ini tidak disebabkan angin, ribut atau hujan..ia adalah serangan anai-anai...dahsyat noo anai-anai ni...malapetaka ini hanya merosakkan owning dapur jer..dapur plak harta usm hehe...so,nanti minta usm baiki semula la kut tempias bila hujan..semua sisa kelapa telah dibersihkan oleh jabatan pembangunan, cuma tinggal owning jer yang belum terbaiki...
Saturday, October 25, 2008
Mea 3 Wajah...
Seksi...damia dan danial sedang memperagakan bentuk badan yang kepanasan di tengahari seolah-olah mempromosikan brand pampers masing-masing hehe...cuaca tengahari arini memang panas even though kat kedah dan penang kebanjiran...tapi sebelah petang tadi hujan...
Selamba santai...duk lepak atas kerusi tokki sambil makan biskut...
Baru sudah menangis...biasa la, paantang pintu terbuka...nak keluar jer...padahal baru balik jalan-jalan tadi...sedih la tuh!
Tunas Manja
Semalam mea pi shopping kat Tunas Manja, beli stok susu dan pampers...on the way nak keluar, we all dapat ais krim percuma...apa lagi,rembat ler! shopping di sini tak berapa best sebab mesti ada barang yang kehabisan stok...huhu...
On the wat balik, mea ke Hospital Kemaman ziarah sepupu mea..kak Nurul yang kena denggi berdarah, sian pulok kak nurul..cengkung sket...semalam darahnya dah mencair daripada 90 ke 110...doktor nak till 150 tahap kecairan baru leh discharge! semuge kak Nurul beransur sihat dan jangan lupa makan ubat..
Friday, October 24, 2008
Corat-coret
Mea sedang menuntut ilmu dengan papa sambil beramah mesra...ajar la sket mea membilang dan sebagainya, cuma mata mea ni alahan sangat dengan flesh hp ibu...maklum la mata mea masih bengkak menangis, masa ni dalam kul 5.00 pagi hu3..sabor je la nak ajak papa dukung! asalnya mea terjaga sebab batuk...
'pony tail' mea...okay doh leni..mea dah boleh ikat rambut hehe...tengok tv siaran iklan baru reda kemenangisan mea...masih dengan poyok (nangis)...
makan sata (kiri) dan otak-otak (kanan)...sedapnyerr...semuanya makanan yang berteraskan ikan! nak rasa..jom la mai ke Kuala Kemaman...ada banyak gerai yang menjualnya, fresh dan kualiti...kat KL dan penang pun ada esp. otak-otak cuma sedap dan penuh citarasa atau tidak jer...kalau kat kampung ni, ppehhh...yummie!
Wednesday, October 22, 2008
Mesra Mall
"Hai, kawan-kawan! arini mea nak bawa kalian ke Mesra Mall kat Kemasik"...hari ni, semalam dan kelmarin heboh dalam radio duk promosi mesra mall ni iaitu pusat shopping yang baru dibuka kat sini, dalam 20 minit drive dari umah tokki/tokwan mea..so, kunci kereta dah ditangan mea...giant pun ada sini cuma lum buka lagi...kedai-kedai lain dah buka, so mea nak ajak la papa jalan-jalan sini sambil beri ibu ruang untuk pusing2 dan ronda2 sehingga penat hehe
"suit tak hand-bag ni dengan mea, papa?" ho..hooo sempat lagi mea try beg tangan sambil ibu tengah memilih idaman hatinya tapi tak jumpa pun...mea dulu jumpa yang mea suka! mula-mula mea heret jer beg tu...tak sesuai betul!
sini pun ada toy'r'us...dan mea memang minat bola..jumpa jer terus kelek dan pegang wat pusing semasa window shopping dalam toy'r'us ni..
anak patung pun besar2..tapi mea memang kurengg minat kat baby-doll ni..maklum la orang yang ganas dan lasak..minat bola jer
Tuesday, October 21, 2008
Klinik Gong Limau
Pagi ni ibu mea ke Klinik Ibu dan Anak, Gong Limau, Chukai Kemaman seperti biasa..rutin seminggu sekali bila dah masuk bulan terakhir pregnant ni..papa dan mea gi hantar pastu balik semula sebab mea lum mandi..pas minum susu mea tidur balik, papa pun hampir tertidur balik hehe..menurut nurse, ibu mea akan bersalin bila-bila masa sahaja, sebab kandungan dah memang turun ke bawah benar..tiada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka hehe..aritu mak bidan pun cakap begitu! dia kata takde ruang lagi untuk kepala baby 'ogeh-ogeh' hehe..papa pun memang nak suruh ibu bersalin segera dalam minggu ni, leh la papa temani ibu masuk labour room nanti..bagi kata-kata perangsang dan semangat juang untuk melahirkan baby baru kami...sebab tu semalam papa ajak ibu jalan-jalan ke pasar malam..nanti petang nak ajak lagi untuk ronda-ronda dan pusing-pusing sekitar Chukai ni biar 'mudah beranak' hehehe...semuge dipermudahkan-Nya, Amien.
Monday, October 20, 2008
Mea Ingat-ingat Lupe
Petang semalam papa selamat sampai di Kemaman..mea turut keluar tengok siapa yang sampai, tapi mea ingat-ingat lupa kat papa hu3...sambil tersengih dan malu-malu mea sembunyi belakang ibu..papa nak pegang pun mea mengelak, lari sembunyi di sebalik ibu hu3...kesian papa, dah beratus kilometer papa drive, baru 2 minggu berpisah...tapi mea dah hampir melupakan papa huwaaa...malam baru la okay, and pagi ni bertambah okay...tapi itu la nak citernya, petang semalam...papa rasa ralat sekali hehe...(macam merajuk jer)..hihi..tapi papa tak marah kat mea, mea kecik lagi..selalunya kalau papa call hanya bercakap dengan ibu, mea tak leh nak cakap...faham pun dok rasanya..nanti besar lain la ekk...selama papa cuti ni, harap ibu dapat bersalin segera hehe...nanti minggu depan papa nak kena attend seminar yang dianjurkan tu plak, no more holiday!
Sunday, October 19, 2008
Mission to Kelantan
Welcome to Kelate mu...
Sukad Fasa 1...game yang mula-mula start ialah skuasy jam 8.30 pagi dan juga game yang paling lewat habis..hampir kul 10.00 malam..ia diadakan di USM Kubang Kerian sendiri..di mana pasukan Aman Damai masuk final dengan berjaya memenangkan pihak lawan (Desa Jaya) dengan 0-3 hehe..pun begitu syabas berjaya ke peringkat ini!
Acara futsal wanita diadakan di Gelanggang Real 7, Pasir Tumboh, dalam 10-15 min drive dari USM Kubang Kerian..pasukan Aman Damai berjaya ke peringkat suku akhir dan juga memenangkan lawan dengan sepakan penalti...hebat doh tu!
Acara bowling plak dijalankan di bangunan Perdana Kompleks sebelah Hotel Perdana yang jauh gak dari USM-KK...hampir pusat bandar...di sini pasukan lelaki berjaya dapat tempat ke-9 dan pasukan wanita di tempat ke-11 daripada 12 desasiswa hehe...okay gak ni, ahaks! at least not the last team hehe...
Lepas habis misi di Kelate, papa bergegas ke K. Trg lepas solat subuh tadi untuk ikuti Konvensyen Harta Pusaka di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man...terlewat sehari sebab seminar ini dijalankan serentak dengan sukad, so takpe laa...janji dapat gak sertai...lagi pun papa ada sumbang 1 artikel untuk prosiding konvensyen sini...boleh kumpul mata SKT for this year! :)
Friday, October 17, 2008
Sukad Fasa 1
Today papa-mea akan ke Kelantan pasal Sukan antara Desasiswa (sukad) fasa 1 yang diadakan di sana...usm kubang kerian plak akan jadi tuan rumah, depa tak puas hati asyik depa aje kena mai penang, dia nak orang penang plak pi sana huhu...papa ajak 2 orang student wat teman borak dalam kete, sorang bendahari MPAD (majlis perwakilan aman damai) dan sorang exco fizikal (tukang wat air kut nanti hehe...dua-dua oghe kelate dan dua-dua berlainan jantina hehe...semalam semasa lawatan ke blok 1, 2, 3 dan 4 (10.30 - 12.30 am) papa dah sembang dgn boss pasal cuti papa and telah mendapat green light utk kelik ganu after that, hoorey! boss baikkkk....yg sgt memahami papa mea kebujangan ni ahaks!
Laa ni kat ofis tunggu jamuan hari raya school ni, lambat nau nak start kul 12...dah la arini ari jumaat...wat la awal, papa plan nak bertolak ke kelate pun masa tu...kena sampai kat rumah tamu usm kelate tu before 10.30 mlm ni...dan laa kut sebab papa mandu slow jer! tak caya tanya cik nah dan kak long yang experince balik raya dengan papa-mea aritu...hehe...semoge perjalanan ini selamat, amin, bismilahi majreehaa wa mursaaha
Laa ni kat ofis tunggu jamuan hari raya school ni, lambat nau nak start kul 12...dah la arini ari jumaat...wat la awal, papa plan nak bertolak ke kelate pun masa tu...kena sampai kat rumah tamu usm kelate tu before 10.30 mlm ni...dan laa kut sebab papa mandu slow jer! tak caya tanya cik nah dan kak long yang experince balik raya dengan papa-mea aritu...hehe...semoge perjalanan ini selamat, amin, bismilahi majreehaa wa mursaaha
Thursday, October 16, 2008
Mea weh...
Wat naper tu haaa...mea weh! hehe...mea lening memang diperakui telah rapat benar dengan tokki, cik nah dan cik lah serta tokwan...hai, risau papa...risau kut mea akan tidak rapat dengan papa nanti...kut mea lupakan papa...kut papa balik nanti buka pintu, mea wat selamba jer tanpa terkam-terkam...isyhh, tak leh jadi ni hihi...so next week papa kena pulihkan semula ingatan mea kat papa...hehe...apa macam pun papa nak balik kampung lepas misi di Kubang Kerian...walaupun terpisah baru 2 minggu, terasa jugak bila dah terbiasa berkeluarga ni...dulu masa bujang tak terasa apa-apa walaupun keseorangan terkontang-kanting hehe...itu la kelainannya, ingat la tu sape-sape yg bujang hehehe...
Wednesday, October 15, 2008
Habis kelas...
arini adalah kelas terakhir untuk semester ini..habis dah kuliah dan tutorial semua, syukur! tapi marking assignments belum start lagi huhu...ada dekat 180 assignments semua ni nak kena baca dan bagi markah, sempat ke tak tak tau lagi untuk disiapkan dalam masa 2 minggu ni...hopefully sempat la...tapi ini tak bermakna papa-mea leh relaks, kerja-kerja seminar masih ada especially yang remeh-temeh..tadi dah setelkan pasal tempahan buku cenderamata, sijil dan name-tag...okay la...kerja lain, artikel untuk isdev tak siap lagi huhu, gitu jugak marking tesis phd sutir tu..dan la kut nanti ekk...
semua ni bukan apa, sebab papa-mea plan nak balik kemaman seminggu next week till deepavali hehe...lama tuh entah la boss kasi ke tak...esok kena ke Kelantan plak sebab Sukan antara Desasiswa yang akan diadakan di USM Kubang Kerian...hujung minggu ni ada Konvensyen Pusaka kat Pulau Wan Man, K. Trg..ermmm maknanya nanti main ulang-alik KB-KTr ajer laa...pastu cuti-cuti Malaysia jumpa mea...ermmm dah hampir 2 minggu papa berpisah dengan mea dan ibu, apa agaknya ekk progress mea arini...dengarnya semalam mea dah pandai azan hehe...itu la bila kawan dengan tokki...takpe la pompuan pun ber'azan...hehehe...
Tuesday, October 14, 2008
Mea Mek Lasak
Mea ni kaki memanjat betul, kerusi malas tokki pun cuba dipanjatnya, kesian tokki kena jaga mea kut jatuh..letih la tokki...nasib baik papa duk jauh, kalau dak..kena doh katok sutir dua hehe...tapi mea ni tak serik punyer...panjat mea panjat...
dah penat..maka minum dulu! dengarnya now mea minum air roxelle...bagus la, dapat la cairkan sikit bahan buangan tuh..next week papa balik kejap ek hehe...tak boleh nak celah lagi untuk balik...
Monday, October 13, 2008
MHI TV3
Papa mea masuk TV3 arini hehe (tenkiu ibu-mea sebab ambik gambo papa)..glamer la seposen! tapi tak best sangat sebab masuk atas dasar 'promosi seminar' bukan atas sebab bincang "bidang kepakaran"..apa pun lega, maka lepas la beban jadi s/u seminar, lepas ni orang lain pulak akan muncul di TV1 dan radio Penang hehe...walaupun muncul dalam jangka masa 15 minit saja, ia melibatkan kos yang bukan sedikit sebab papa-mea datang berdua dari Penang, tidur pulak semalam di KL..entah la padan ke tidak, ahh tak kisah la nooo...janji dah kuar tv hehe...
sampai kat Sri Pentas lebih kurang kul 7.00 am tapi ikut turn kul 8.30 am baru muncul, before tu kena la touch-up sket kasi kulit ceria hehe..semasa menunggu tu..ermm gabra semacam jer walaupun bukan ada apa pun, nak kata nak kena jawab soalan exam, bukan exam pun hehe....apa pun ini la pengalaman on air hehe...lepas ni kalau nak jemput lagi, ermmm tak payah la...kesian kat toilet kena banyak kali pergi hehe...
Sunday, October 12, 2008
Mea dan Mini TOT
wah..wah..mea dapat gi jalan dengan cik nah dan cik lah, ibu citer mea sangat hepi sampai tepuk-tepuk tangan girang..bagus la, mungkin mea pun boring asyik terperuk dalam rumah, tambah lagi dikhabarkan yang cuaca kat kemaman leni panas dan hangat jer..release la tension mea kalau macam ni, tak la meragam dan menangis selalu, sambil tu dapat berbaik dengan cik nah dan cik lah...tenkiu c.n dan c.l
Pagi ni, papa-mea hadiri mini tot (temasya olahraga tahunan) bagi mencari bakat-bakat atlet baru untuk desasiswa aman damai bagi kejohanan olahraga yang akan diadakan semester depan. Banyak gak acara dadakan seperti tarik tali, balapan, lontar cakera, rejam lembing, lompat jauh, lompat tinggi dsb. Papa jadi pemerhati jer sebab kalau papa masuk lumba lari..nanti semua akan kalah, maksud papa kalahkan papa hehe...
Saturday, October 11, 2008
Jalan-jalan Cari Kasut
Arini papa ke Bukit Jambul mencari kasut hitam..ni nak cari ganti pada kasut hitam yang kena curi before raya aritu hu3, baru lagi kasut tu...lain kali curi la kasut ser lagi yang dah koyak tapak tu, boleh papa-mea halal kan ajer...kasut tak hitam ada doh cuma nak kena la ada kasut hitam bagi tujuan majlis rasmi, lebih-lebih lagi nak pakai masuk TV3 isnin ni kalu takde aral melintang ke Damansara Utama tu hehe..iyer la, kan jadi tak formal pulok kalu pakai kaler koko, kelabu or samor..papa mea dijangka akan muncul dengan my boss dalam Rancangan Malaysia Hari ini untuk promosi Seminar Fiqh yang bakal dilaksanakan hujung bulan ni...
Sebelum tu, pergi dulu umah felo aman damai..kak nik..kerana ada rumah terbuka, menunyer nasi kerabu..maklum la kak nik ni orey kelate mu..kena la wat masakan tradisi asal usul dia, baru ada imej kelate eventhough duk di Penang..sedap dia wat tapi papa dok tambah la..nanti apa kata penaja pulak ekk! hehe...malamnya ada BBQ kat aman meraikan peserta dan komiti variasiswa dulu...
Friday, October 10, 2008
Mea dan Jamuan Raya!
Semalam mea dilaporkan sangat nakal apabila telah mengacau tokki ketika solat sunat..biasanya mea apabila papa dan ibu solat just akan bermain sekitar sejadah sahaja, tetapi semalam mea telah bertindak dengan melebihi batasan apabila menyuapkan tokki dengan botol airnya ketika tokki sedang tahiyyat akhir...pemurah tul mea semalam hehe..so tokki apalagi, terbatal la solatnyer dek karenah anak papa ni...sian ke tokki kena solat lain! Bergaya dengan stokin kuning yg cik Lah baru beli...tenkiu C.L...cik Lah ada citer pasai mea dalam blognyer!
malam tadi desasiswa aman damai mengadakan majis bacaan yaasin, tahlil dan jamuan hari raya...tahlil diadakan kerana kematian seorang pengusaha kafe kat sini yang meninggal dunia ketika tidur pada malam idul fitri yang lalu, iaitu mak cik som...dan selepas itu diadakan terus majlis jamuan hari raya...oleh kerana hujan, ramai pelajar tak hadir walaupun sate, rendang, nasi himpit, agar-agar dan nasi goreng cukup untuk kira-kira 500-800 orang...jadi, ramai la yang bungkus daripada student hingga la penggawa pakat bungkus, iyer la nak elak membazir...malam ni ada lagi jemputan rumah terbuka dan gitu juga esok hari, ada dua tempat esok tuh!..ini tanda yang baik ni di mana bermulanya episod makan percuma di merata rumah orang hehe...sayang mea tadok nak teman papa, gitu juga dengan ibu...semalam mea dapat gak duit raya daripada boss papa, suker mea! nanti papa deposit dalam Tabung Haji ekk...
Wednesday, October 8, 2008
Kesunyian...
Keseorangan jer papa lor ning...hanya bertemakan laptop, tv dan astro jer...nak sembang takde geng dah hu3 untill jawap phone or make a call...call mea, mea tak boleh bercakap lagi...takpe la, cakap dengan ibu hehe...setiap hari papa mendapatkan laporan mea daripada ibu, dua atau tiga kali sehari...adat la kan...setakat ni, mea dilaporkan masih liat nak bergaul dengan cik nah, tokki dan tokwan...maybe lepas seminggu dua lagi okay la kut...
ni gambo mea arini yang papa dapat daripada ibu tadi tru mms..masih mengganas dan membuas anak papa ni, atau sebenarnya mea tolong ibu kemaskan almari yang lama tak diuruskan...maklum la nak duduk lama gak kat kampung tu...jangan lupa kat penang dah la ibu dan mea...ahaks!
bila dah bujang, semua kerja kena wat sendiri termasuk la basuh baju...sebelum ni harapkan ke mem jer...sendiri mau ingat la ekk hehe...semalam pun papa masak sebab mulanya nak beli lauk jer, tapi bila sampai kafe semua makanan dah licin (lepas raya ni orang cepat lapar kut..) maka no choice terpaksa usahakan sendiri! nak jadi citer, pagi tadi semasa hangatkan lauk semalam, sampai kering lauk tu keperangan sebab ralit duk tengok astro "orang minyak" hehe...dengar bunyi berdesir jer drp dapur...
besar doh pokok bendi papa-mea...semuge koho besar dan berbuah..papa bukan suka sangat pun makan kacang lendir ni, tapi mata ni suka tengok pokok hidup dan membesar, rasa macam berjasa semacam jer hehe...
sebut pasal berjasa ni, ingat kat rambutan yang ditanam oleh tokki mea kat kampung...ermm rambutan acu mula nak merah masa balik raya baru2 ni..sedap tul dapat makan and petik terus, duk plak depan rumah kat Manir..apa lagi petik jer la...mea pun sangat suka makan mok tang sampai batuk-batuk! itu la jasa bila bercucuk tanam...walaupun tuan yang tanam dah takde, jariahnya hidup dan dinikmati oleh anak-menantu..cucu-cicit...cuit-poit..etc...
Subscribe to:
Posts (Atom)