bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, October 27, 2008

Demi tuGAs...


Selepas menunggu 'stand-by' dekat seminggu..ibu mea tetap tidak menunjukkan tanda2 akan bersalin, tempoh cuti yang dipohon pun sudah habis maka dengan berat hati terpaksa jugak la papa beredar ke penang semula...keseorangan mandu dari kemaman ke penang..jumpa studen aman damai kat highway jeli-grik menunggang juga as lone ranger...leh gok la dia papa ajak teman makan tengahari bersama-sama kat grik hehe..dalam pada itu kerisauan tetap ada di hati papa bila tinggalkan ibu di saat kesaratan ini iaitu jikalau ibu menunjukkan tanda-tanda, maka tentu papa tak sempat balik on-time menemani ibu dalam labour-room..tatkala itu, tokwan tentu akan ambil alih tugas papa...mesti kesian kat ibu sebab nak papa di sisi...kesian jugak kat mea sebab kena tidur bukan dengan ibu, dan bukan juga dengan papa...tapi takpe, mea dapat belajar plak tidur dengan cik nah! tapi kesian lak kat cik nah, sebab tidur mesti tak tenang lagi...


Sampai penang, ada sedikit malapetaka berlaku iaitu pokok kelapa yang membekal kelapa dan nyiur muda di belakang rumah telah tumbang baru2 ini..diberitakan oleh jiran, kejadian ini tidak disebabkan angin, ribut atau hujan..ia adalah serangan anai-anai...dahsyat noo anai-anai ni...malapetaka ini hanya merosakkan owning dapur jer..dapur plak harta usm hehe...so,nanti minta usm baiki semula la kut tempias bila hujan..semua sisa kelapa telah dibersihkan oleh jabatan pembangunan, cuma tinggal owning jer yang belum terbaiki...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin