Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Thursday, February 5, 2009
DarWisH & DamIA
mula-mula pasal darwish...sejak ada dua anak ni, leh la nak banding antara anak pertama dan kedua...menjaga darwish paling senang sebab darwish paling mudah tidur...sekejap ajer dia akan tertidur especially dalam zon selesa la...susu cukup, pampers bersih...apa lagi, tidur la dia...kelmarin semasa ke klinik untuk suntikan bagi bulan ketiga, darwish sempat layan tidurnya...berbeza sangat dengan kakaknya!
kat depan tv pun, darwish tidur ajer...even kalau ada iklan, iyer la kan..mana wish pandai lagi tengok iklan...mea kalau dengar iklan, yang nak tidur pun akan terbangun...so, hati2 dengan iklan...segala gaya iklan mea akan cuba nak ikut especially iklan yang ada menari huhu....anak ustat ni! subhanaLlahhh...
ni gaya mea bila nak pi mandi...ikut gaya ibu pakai tuala bungkus rambut hehe...maklum la rambut mea semakin panjang ler ni...papa ingat nak erong sikit rambut mea agak nampak fotogenik hehe...
malam kelmarin, maksu mah mea ke Kuantan rumah makcik yah...tujuannya nak kerja kat sana pulak...setelah hampir sebulan cari dan tunggu kerja kat Penang gagal...maksu mah cuba nasib ke Pantai Timur semula, makcik yah dah risikkan kerja kat sebuah klinik di sana...maka hilang la pembantu ibu untuk jaga darwish dan mea...bagi papa, lepas ni takde lagi ruang tamu yang kemas bila bangun tidur pagi2...maksu mah ni suka kemas ruang tamu bila orang dah tidur, maklum la orang muda ni suka tidur lewat...papa dan ibu, mea dan wish suka tidur awal....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
heheheh....Damia tu cam kakak aisyah jer.......
iyeker?nakal ekk...
anak lelaki memang mcm tu..supo anak kawe smp lo ni pun suka tido,bapa borek anak rintik...
yor lor ko demo? betul..betul...betul (ipin)
Post a Comment