bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Saturday, February 21, 2009

HaPPy BirtHDaY Papa..


Today is my birthday, but i feel not so happy...entahlah sebab apa..maybe kerana usia semakin tua hehe dan amal pula tak seberapa..beberapa musim ini misi asyik tergendala saja..tapi, fikir-fikir balik, itulah kehidupan...kadang kala apa yang kita impikan boleh dipenuhi dengan mudahnya, kadang kala pula..misi tinggal misi, masih ada usaha dan ruang yang harus ditekuni..

Setakat ini, papa feel happy dengan laluan yang telah papa telusuri, cita-cita yang dicipta sejak tahun pertama melangkah ke universiti telah berjaya papa kekalkan sehingga ke hari ini di mana kaki masih di dalam universiti...malah, kalau tiada apa-apa keperluan atau desakan, dalam seminggu..kaki ini hanya berlegar dalam pagar universiti saja...maklumlah, rumah dalam kampus hehe..

Diam tak diam..dah 35 tahun papa menghirup udara percuma di muka bumi ini, mula menjengah hiruk-pikuk dunia sejak 70-an, start belajar di era 80-an, ke universiti pada tahun 90-an dan bekerjaya hanya pada era 00-an...tak lupa berkahwin, di lewat pertengahan 00-an juga...kalau kira banyak gak yang papa dah saksi dan teladani, melalui zaman susah, zaman mudah dan zaman senang, zaman ke sekolah berjalan kaki 2 km semasa di tahun 1 dan 2 banyak memacu diri ini agar mengubah status diri dan keluarga...itulah kenangan yang pernah harungi kepayahan, keperitan dan kelenangan...banyak berjaya daripada gagal, namun..itulah, masih ada yang dirasa tidak dicapai especially bila dah berkerjaya dan berkeluarga...masih ada jer rasa sesuatu yang kurang lengkap, kurang sempurna dan kurang mantoppp..sebab tu today rasa macam tak berapa happy on my birth day..

so tiada kek birthday untuk papa for today huhu..tapi ibu mea sangat memahami, dalam keseriusan wajahnya kerana menjaga wish, mea dan papa..sempat gak dia masakkan sesuatu untuk papa...deng..de..deng..karamel...thanx ibu! okay la daripada beli kek, kut jadi macam aritu yang tak habis...maklum la penghuni rumah ni slim-melim semuanya, jumlah makanan diambil dicatu oleh selera masing-masing walaupun jumlah yang tersedia untuk dihadam cukup extra-vaganza..apa pun, syukur atas rezeki yang dimurahkan sejak januari aritu...

2 comments:

Anonymous said...

laaa...besday Ustaz ya..mintak maaf la agak lama x menjengah kerana hidup sibuk sket n emosi kurang stabil tempoh hari..saya ucapkan ustaz happy belated birthday. may Allah bless you always n not to forget your family as well...:)

Tinta Pendeta said...

Thank you Shahrill hehe..tk care!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin