Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Tuesday, March 10, 2009
SouthWard JeMm
tak pernah lagi papa terlibat dalam jemm yang sadis seperti malam kelmarin ketika menuju ke KL, hampir 4 jam kereta just mengengsot-engsot antara tapah/sungkai ke slim river huhu...line yg hanya double menjadi tripple..perjalanan yang disangka 4-5 jam menjadi hampir 12 jam, sampai banyak kereta terpaksa mengalah ke tepi lebuhraya untuk rehat dan tidur...termasuklah papa, akhirnya terpaksa mengalah bila jam hampir menunjukkan 2.00 pagi dan mata sudah terlalu 'beleh' (macam tak leh nak buka dah!), tambah pula..risau kut tersondol kereta di depan seperti yang berlaku kat kereta line sebelah, so baik papa tidur sekejap sementara tunggu jalan clear...
mulanya takut gak nak berhenti tepi-tepi highway yang bersemak jer, tapi bila banyak kereta dah berderet-deret parking kat tepi sampai macam parking kat giant/tesco time nak raya maka rasa takut tidak lagi, malah ramai duk bertenggek kat tepi kereta bercakap-cakap sambil menghisap rokok...bila terkejut kul 4.00 pagi,...masya'Allah! kereta masih berderetan dan jemm masih berlaku..nak buat camner..papa pun masuk line semula sebelum hari semakin cerah dan jalan semakin crowded huhu...kami sampai di Taman melewati hampir 6.00 pagi huhu...(lepas exit slim river baru okay)
sebelum menempuh keadaan sukar pada malamnya, petang tu cuaca okay jer...siap ada pelangi petang lagi..jalan pun clear and smooth..
cuma ada la hujan sikit bila nak masuk ke perak khususnya bila berhenti rehat sat kat R&R Gunung Semanggol...actually papa bukan bersendirian, papa bawak ibu, mea dan wish sekali...nasib baik masa kejadian tu, mea dan wish nyenyak tidur diulit sang aircond..cuma ibu jer duk sengguk-sengguk kat belakang sambil temani papa main gear, clutch, brek..(ni nak kena cari kereta otomatik cepat ni!)...selepas habis bengkel di bayview petang tu..lebih kurang pukul 5 ptg, we all balik rumah sat sebelum keluar semula jam 6.30 petang menuju ke selatan...berjalan jer sekeluarga ni, maklum la ada jer tugas yang perlu diselesaikan segera..rasanya sejak balik sabah aritu, belum rehat sepenuhnya lagi kat rumah ni huhu...
elok gak la berhenti kat R&R ni, dapat la mea betulkan urat-berurat dia selepas serba tak kena bila duk lama dalam kereta...yang kelakarnya, semasa mea temani papa solat kat sini (sebab ibu jaga wish)...mea siap solat sekali ikut papa dan bila papa takbir, mea terus sujud (menelentang)hehe..tak khusyuk pulak papa bila tengok aksi mea ni! sabau jer...
mea ajer...asyik-asyik gambor mea....mungkin sebab gambar wish belum betul-belum menjadi lagi kut hehe...nanti papa masukkan banyak2 gambar wish ekk...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
demo nak gi mane niee??kan time tu ore kelik KL..mesti la jem bee..be samrt,manage your journey ahakksss
esok tu maulid-ur-rasul laa, tapi otw balik penang pun, ada jer yg beratur sebelah hala ke KL...maybe kereta dah banyak sangat...itu pun, plus nak naikkan tol lagi hu3..
Post a Comment