Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Tuesday, March 3, 2009
TraVeloLita to SaBah Bah...
mea sedang tolak troli...pagi tadi mea skuarga awal-wal dah sampai airport bayan lepas to catch flite to kota kinabalu hehe...papa ada tugas di sana dan mea, wish serta ibu datang bagi sokongan kat papa...semoga papa dapat bentang paper-nya dengan sukses...
dalam flite tadi wish dan mea bergilir-2 wat perangai, menangis tadok ubat huhu...susah nau kalau nak tidur, sampai sorang pasenger kat belakang seat kita orang pindah seat ke tempat lain, pindah la mea & wish tak kisah hehe...oh..ya, now airasia dah ada nombor seat...ermm okay laa, tak lah ada setengah penumpang tu berebut2...macam takut kena berdiri jer, mentaliti terburu-buru akibat banyak makan al-bab kut huhu..
hotel kita orang kat 1 Borneo...ia macam 1 Utama la...shopping complex yang member kat sini kata like mid-valley, giant pun ada...leh la beli makanan nak kunyah sikit semasa bertapa dalam bilik...sat lagi lepas maghrib kawan papa nak ajak pi pasar malam kg. air tapi tak pasti lagi wish & mea larat, sebab sejak sampai tengahri tadi mea lum tidur lagi, asyik main on-off lampu jer huhu...puas tutup semua langsir dan lampu ajak tidur, tapi masih meng'kelawar huhu...wish follow gak perangai mea...mangsanya papa dan ibu tak leh tidur gak la huhu....
Dan ini waktu solat kat sini...awal sejam lebih kurang drp penang...
Tarikh Hari Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
03-03-2009 Selasa 5:11 6:27 12:30 15:46 18:29 19:39
04-03-2009 Rabu 5:10 6:27 12:30 15:45 18:29 19:39
05-03-2009 Khamis 5:10 6:26 12:29 15:45 18:29 19:39
sambung citer...lebih kurang kul 8 pm...member papa pun sms dan mereka telah tunggu di pizza hut kat 1 Borneo ni...jadinya, dinner we all di sini la seadanya, tenkiu kat shah & jiha yang dah bayar dulu bil...susah2 ajer...hehe
anak jiha & shah...darwisyah (semacam nama wish) seronok makan kek dan mushroom sup, darwisyah ni sebaya dengan mea, cuma mea tua dari segi bulan...namun darwisyah lebih cepat bercakap dan makan pun selera...suami isteri ni kerja kat lkim, sorang asal ganu dan sorang perak, blog mereka pun ada dilinkkan kat sini
unlike darwisyah, mea kat pizza ni just 'bawa hal dia' dengan menukarkan air pepsi papa menjadi pepsusu...dengan dia tambah mushroom sup ke dalam air ni huhu...makan sikit pun tak! macam mana la nak besar...
after that, shah & jiha bawa we all ke pasar malam kg air kat town...jauhnya dalam 20 minit la dari 1 Borneo ni...di sini banyak dijual kristal, mutiara dan baju t'shirt...ala petaling street or jalan tar jer laa...mungkin, pasar malam ni sesuai dengan jiwa wanita yang suka aksesori hehe...so let ibu choose la...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Semuga berjaya dalam pembentangan kertas keje tu..... bila pulak nak bentang kertas keje kat jogyakarta....boleh ler tumpang tengok-tengok kat aisyah kita tu....... rinduuuuuu bangat kat dia.... ukhussss
berjaya sokmo hehe...insya'Allah kalau ada seminar di sana, tentu papa akan register awal2 hehe...
Post a Comment