Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Saturday, May 16, 2009
HujUNg miNGgU
hujung minggu kali ni kami sekuarga duk relaks jer kat rumah, serelaks gaya yang wish tunjukkan ni hehe..minggu lepas papa ada gak surf dan plan nak ke bukit merah tapi kansel la dulu...papa tengah kursus ni, masih pening dengan tugasan kursus yang perlu disiapkan dan mea pula demam lagi start malam tadi...
so sejak pagi mea merengek jer minta dipeluk dan dipangku...ni mungkin sebab dia ikut papa petang semalam ke belakang, tolong 'tengok' papa alih anak betik huhu, kena la ketik dek nyamuk 3-4-5 tempat...mungkin sebab ni la kut..wish okay jer sihat dan segor mettor..
ini la tesis tuk arab yang papa kena semak...aritu dah siap satu, mari plak yg lain...now duk score nak siapkan cepat sebab 2 minggu lagi cuti sekolah, papa dah ambik cuti beberapa hari...dengarnya banyak agenda kat kampung yang telah diplan oleh saudara mara, sama ada acara makan-makan biasa dan ada juga acara makan nak kahwin hehe...so papa kena baca cepat tesis ni dan buat report mengenainya, tak boleh la nak citer tesis saper ni sebab rahsia hehe..cuma setakat papa baca, papa rasa tesis ni tak sampai merit untuk level phd..komang sangat...rasa pelajar b.a. leh tulis lebih baik..apa pun, kena baca biar habis dulu untuk putuskan calon phd ni layak lulus ke tak...di samping papa, ada 2 orang lagi jadi pembaca/examiner, nanti resultnya macam court la..kalau 2-1 lulus la...walaupun pening kepala dan beccor mata baca teks ni, universiti bayar lain sebagai saguhati kepada examiner ni, ialah kut-kut tertambah power spek hehe...maka lepas la duit isi minyak nak balik kampung nanti hehe...
ini la tugas lecturer, merangkap guru..selamat hari guru diucapkan kepada semua guru yang drop by kat laman ni..cuma ramai saudara mara ada tanya papa, kenapa universiti cuti [papa] tak cuti balik kampung? huhu...kat sini la yang lainnya, yang tak bestnya...guru kalau cuti sekolah mesti cuti jugak, tapi lecturer masih kena bertugas...tapi masa ni la rasa seronok sebab kurang gangguan dari pelajar hehe, kadangkala rimas gak kalau selalu pelajar datang ke bilik, tapi kalau tak datang langsung rasa sunyi pulak hehe...masa ni biasanya pelajar phd dan master akan ramai datang berglewok...masa ni jugak lecturer terkejar masa nak siapkan research yang ada, sediakan paper untuk present kat mana-mana tempat di dunia ni, baca draf-draf tesis, plan kursus-kursus baru, pi kursus mana-mana, tulis artikel untuk jurnal dan buku serta kemaskini nota-nota kuliah...pendeknya, banyak lagi kerja lain selain mengajar huhuhu...ini la tugas kami, we serve for the best of the nations, ceewah! amien.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
selamat bercuti di dalam kampus. hehe. ustaz, sekarang ni pun cikgu-cikgi tak cuti pun kalau skolah. kene mai gak skolah jage sekolah + handle tuisyen. dok umah cuti lelame pun boring gak kan. Ahha..
mu ble nk blik kg?
org sem kn cuti..haha..
aku nk jumpe wish lak nih..
muzem...tul tu, cikgu sekarang kena kerah jer wat keje time cuti pun, takpe muzem..hasilkan the very good product esp kalau nak hantar ke usm...senang we all ajar hehe..selamat hari guru juga untuk anda!
sepu...aku balik 1st week of jun, setakat ni okay lagi...tak tau kut ada program last minit hu3
Post a Comment