bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Friday, May 22, 2009

Nasi MinYAk juMaAT


Arini ibu sakit pinggang lagi, sian ke ibu...so pagi tadi papa masak nasi minyak la hehe..buat yang mudah jer, letak minyak, letak nasi, dan kalerkan dgn sirap hehe, maka jadi la nasi minyak pagi style terengganu...biasa kalau ari jumaat papa kena makan berat sebab lepas jumaat nanti baru jumpa nasi, mesti lapor kan...kang tengah khutbah or solat kang lapor perut, tak khusyuk plak jadinya...

pastu papa panggang ikan pekasam, mesti sodap...ingat dulu semasa duk kat tengah sawah padi semasa musim mencerut (menuai), ini la bekal yang dibawa untuk break kul 10.00 pagi hehe...tapi masa tu nasi minyak merah putih dengan ikan mamba, ikan mamba ni ialah ikan kering yang dipanggang, tapi tak la kering sangat ikan tu..hawa-hawa kering jer, so tadi bila dipanggang ikan pekasam tu, taste dia sama la..cuma terlebih masin sebab tak rendam air lama sangat...all in all, lepas dah breakfast yg heavy sket...tengahari ibu diluluskan off duty, so papa nak beli nasi arab yg dijual oleh pak-pak arab tepi masjid...dulu pernah beli, so nanti pas jumaat papa beli...sedap gak rasanya...lemak dan enak...

kat usm ni, nak tengok pak arab ramai masanya ialah selepas solat jumaat..berriok-wok duk glabut kat gerai set-set dia jual...selain nasi ada roti arab, kurma, yogurt, dll made in arab!

2 comments:

chekdenoor said...

papa mea....ani sakit pinggang..cam kak noor dulu kot...... kalau sakit macam nak patah-patah pinggang tu..... kena cuba minum air kosong...untuk minggu pertama...kena minum satu hari 3 liter...banyak tu..... asyik kena g bilik air jer ...tapi lepas tu sure baiknya.

cubalah

Tinta Pendeta said...

insyaAllah akan dicuba, tenkiu k.noor!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin