Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Wednesday, May 6, 2009
JamBu AiR..
sebelum citer pasal jambu, wish nak enter frame dulu...cakkkk! good day every body..wish tak leh makan lagi jambu ni sebab gigi takde lagi huhu...tumpang gess yang ibu hadam la dulu...
pokok jambu air ni ada dekat blok K04 (siswi)..ni disedari sejak kes banjir kat aras 2 blok K03 aritu la..rupanya ada 2 pokok jambu kat hujung ni..memang kat desasiswa aman damai ni banyak pokok buah-buahan...selain jambu ni, ada mempelam, belimbing, betik, kelapa, hatta kelapa sawit pun ada hehe..
lebat buahnya..papa datang dengan mea petang semalam lepas mea datang kacau papa menaip, papa pun ke ofis asrama check surat kut-kut ada meeting last minute masuk..pastu depa kat ofis cakap pn. siti (ppa aman) bawa rajut pi ambil jambu..ermm..terasa gak la nak makan cicah kuah rojak...so pergi la sana sekali..memang banyak buahnya, kalau pelajar ada ni..dua blok K03 dan K04 ni boleh wat jamuan bawah pokok jambu ni hehe..
mea la yang suka sekali, digonggongnya sebiji walaupun papa dah cekoh untuk dia...kalau singgah kat r&r sg. perak atau tapah...biasa kita orang beli yang dah dikupas dan letak asam boi..ermm...yummi gak tuh hehe..papa terfikir, mungkin pokok jambu air ni juga akan ditanam di belakang rumah? sebab sekarang ni misi papa ialah menanam betik sekeliling rumah, hingga petang semalam..papa bilang dah ada 9 pokok anak betik yang berjaya ditanam yang tingginya setakat lutut baru...minggu depan boleh la makan buahnyer hehe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
wah.. sedapnya mea makan!
mintak sikit!
:)
boleh..mai ler hehe..
hmm, pokok betik jer??? sya ader mcm2 pokok kat umah..tp bkn sya tanam..mama yg tanam..sya tukang tunggu n mkn..haha
betik jer hidayah sbb kalau tanam yg canggih, kut nanti tak sempat merase dah resign jadi pen. pggawa hehe...tak baik kan, tak ikhlas!
haha..
Post a Comment