bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Sunday, May 10, 2009

PeKan RaBu di HaRi SaBTu


kelmarin, sabtu..out of the blue, papa ajak ibu ke Pekan Rabu, Alor Setar...siap-siap kejap and then vrooom jer...walaupun terfikir gak mulanya, "ermm..pekan rabu buka ke tak pada hari sabtu?"...hehe..itu nama jer laa..not really rely on sabtu jer kan, nanti kesian la peniaga-peniaga kat sini nak cari makan...sebenornya, tak tau nak cari apa kat sini? maybe kain...cuma yang paling jelas, nak tau apa kejadahnya yang ada sampai glamer nau pekan ni...even Mahathir pun pi sini..


yooo...ni on the way ke Pekan Rabu...gaya mea leni bila kuar jalan-jalan...bila duk dalam kete, bergaya kalahkan mak datin hehe...dalam kereta lening, mea sukar nau nak tidur, so apalagi...merayap situ-sini...sebelum sampai, terkezut gak bila tengok signboard ada 2 exit ke alor setar iaitu sama ada alor setar (utara) or (selatan)..huhu...so call la member sat tanya, "pekan rabu haaa...hang ambik alor setaq selatan, pas traffic lite, hang ambik kanan and teruih jaa..."...maka sampai la kami ke pekan rabu..


kat sini, mula-mula kedai yang disinggahi..mea dapat tudung "solehah"...ayu-nya anak dara papa hehe...sebagai untuk test fesyen, papa belikan 2 kaler dulu for mea hehe...untuk wish, ermmm...wish tak pakai tudung...takpe la wish..tunggu besar, papa belikan tengkolok nanti ahaks!


haa...meneroka sekitar kedai-kedai pekan rabu lagi..susunan dalaman kedai sini actually macam kat Pertama Complex KL...cuma bezanya kat sini satu blok jer...boleh katakan hampir semua kedai kat sini jual aneka tudung, baju sembahyang, baju kurung dan baju melayu yang dah siap, batik, songkok, kopiah, manakala tingkat bawah jual alatan nak kahwin macam bunga telur, etc..golok pun ada jual hehe...pendek kata, "macam-macam adaa.."


mea steady kat gerai ikan pekasam..so ambik hati mea kononnya, papa beli gak la ikan pekasam jenis lampam dan sepat setengah kilo...bukan apa, musim hujan akhir-akhir ni sedap gak belasah ikan-ikan ni sambil taruk limau nipis, bawang goreng dan lada sikit kat atasnya...kalau mea makan ni, mau tambah nasi macam ni hehe...


selepas chow dari Pekan Rabu, we all balik la ke selatan semula...berhenti solat kat R&R Gurun dan terkandas seketika kerana hujan lebat, tak leh nak pergi kat kereta...then, bila dah mulai reda..kami teruskan perjalan dan sekali lagi before kerabak jambatan, papa bawa singgah dulu sg. dua butterworth untuk merasa "mee udang"...haa...tengok tu, ibu mea tak sabar nak belasah mee udang..best tau! memang sini tempat mee udang glamer selain kat batu maung...


kat rumah, mea memang nak pakai jer tudung cinonit dia...tak sabar nak jadi kak solehah hehe..ni aksi dan cara mea bermain dengan wish..suka nau gosok pipi or kepala wish...sampai panjat ke atas walker adik untuk happy'kan wish...sabo jer la!

4 comments:

ROSHAIMIZAM said...

DEMO DOK AJOK KAWE DOH DEKAT JAH TU NGAN UMAH KAWE..

Tinta Pendeta said...

kawe bukan dok ajok, tapi nak gi ligan doh ke umah demo aritu tapi kut demo kejjut jaa hehe

Nan Nurhayati said...

comel benor mea pakai tudung..baguslaa kecik2 dah diajor pakai tudung..

(haiii...ke nk pkat mok ttua ni? :))

Tinta Pendeta said...

erm..aritu je mea ni kuat nau berlakon..maklum ler tudung baru, excited...
pahtu xmau dah die...huk3...
ingatkan leh gak nk tunjuk ke mok ttua balik kg nih..kui3 ...
- ibu-

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin