Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Sunday, May 31, 2009

baLIk kaMPUng


"jom balik kampung!"...ini la co-pilot papa petang jumaat kelmarin bila papa, ibu, mea dan wish chow balik kampung...ermm..lamanya tak balik, rindu serindu-rindunya! papa ambil cuti seminggu 7 hari hehe...ada ker seminggu 9 hari?hehe..perjalanan kali ni ialah melalui kulim, baling, grik, jeli, jerteh, setiu dan naanaa..naanaaa...ganu kite...dalam 8 jam lebih baru sampai, ponat pilot! kat sini lepak-lepak dulu, then lepas 3 hari baru balik kemaman plak, kg ibu..3 jam travel from kay tee..


treler balak terbalik kat highway grik-banding..habis separuh jalan, yang paling takut ialah balaknya...rasanya masa xcden ni berlaku dah sejam lebih kut bila we all sampai sebab ambulans baru sajer bawa drivernya ke spital..cuma bomba ada di belakang kereta kami, ingat bomba laju tapi rupanya we all lagi laju, ahaks...mungkin bomba nak kerat balak-balak tu kut...ini la yang papa takut kalau selisih atau follow lori bawa balak...ialah, teringat citer jins shamsuddin tu "esok masih ada?" ke "esok utk siapa?", tapi isunya "esoklah" bukan "balak" kekeke...


hari ni, we all ada 2 lokasi 'makan gulai' yang perlu dihadiri..1 former studen papa yang nikah dgn adik pada adik angkat papa di binjai berambu, padang midin..dan 1 lagi kenduri sebelah sedare ayah papa yg jauh jugak jarak pertaliannya di tasek tebakang, tapi sebab ada ajakan daripada mak tiri papa untuk ke sana, papa gi la sebagai memenuhi tanggungjawab ahaks! lagi pun lama tak beramah mesra dgn mak tiri papa ni...


masa ni mea tengah beramah mesra gak dgn kengkawan baru kat tempat kenduri pertama, tengok tu wish sedang 'dicuri' orang..ada ke patut sorang ibu tu mengaku wish tu 'anaknya!'..hehe..sabau jer..sebelum tu wish dibawa ke atas rumah dan papa dan ibu makan kat bawah, then bila ke atas rumah, pergi la kat wish yg sedang dipangku oleh sorang wanita, bila duk kat sebelah wanita ni, dia dgn ramahnya ala bergurau menkhabarkan 'ini mak dia!' ibu ingatkan die tanye ibu..hehe ibu sengih je la smbil angguk..sampai dua kali die cakap then baru die sedar yg ibu ni la ibu sebenor..pastu gelak besar ler...

Thursday, May 28, 2009

TengahARi taDi


tengahari tadi wish dah boleh merangkak dua tiga langkah, tangan wish sebelah kanan dah kuat, cuma tangan sebelah kiri masih dok rok...kaki dah kuat dah tunjal..maybe dua tiga hari ni pas exercise sokmo, wish akan semakin expert laa..nanti, mesti ligat la wish ni, mesti hardly to handle...pasni ibu kena pastikan wish dalam walker la mandatorily!



tengahari tadi juga desasiswa aman damai buat majlis perpisahan meraikan khidmat bakti Pn. Siti Rokiah yang dinaikkan pangkat ke Pen. Pengurus Asrama (PPA) Kanan dan akan bertugas di desasiswa tekun plak start 1 jun ni (minggu depan la)...so aman damai akan terima orang baru, tetapi PPA jugak yang now berkhidmat kat desasiswa saujana..kira re-shuffle la antara PPA sebab ada kalangan PPA yang naik pangkat dan ada yang bertukar tempat biasa jer..selamat maju jaya di tempat baru diucapkan..so tengahari tadi papa makan nasi hujan panas la walaupun kat rumah ibu dah masak nasi tak hujan hehe...maknanya, studen aman pasni berurusan dengan orang baru la bila masuk semester bulan julai ni...dengarnya lebih muda dan mungkin tak cengih noo..

Wednesday, May 27, 2009

WiSH ke KliNIk


petang semalam papa dan ibu bawa wish ke klinik untuk cek berkala, just timbang dan berat wish baru menjangkau 6 kg lebih sikit, rasanya just beza 0.2 kg berbanding last two months...peningkatan tak ketara, tapi okay la...nurse pun dah suruh bagi makan "moi" (bubur nasi), actually ibu dah cuba bagi nestum dah start minggu lepas lagi, cuma wish ni asyik 'menyembur' nestum yang masuk ke mulutnya..habis la muka dan lengan orang huhu...pandai dah reject ni, tapi dia tak nangis...mungkin dia ingat gitu la permainannya...

pastu, ke Tabung Haji sat sebab nak kemaskini akaun mea dan wish...duit wish yang dihadiah sejak lahir aritu belum di-bank-in lagi...ada dalam setengah ribu duit wish leni..wah duit mea sekarang dah ada RM2,000 lebih dah hehe..pandai menabung ekk...boleh la papa pinjam wat beli motor kapcai sutir...tapi duit wish sket baru sebab baru start wat akaun, papa pun baru potong duit untuk penuhkan akaun wish pulak..pasni leh la tengok akaun sape banyak duit, leh ibu dan papa pinjam kalau ada apa-apa emergency...haaa..pasni kalau nak gi melancong, duit korang akan diambil ekk hehehe...(berkirenyer papa ni!-kata mea)[mea kat kolam ikan kat Tabung Haji Bayan Lepas, papa bawa ke sini sebab asyik bercakap dan menjerit bahasa jerman dalam bank]

Saturday, May 23, 2009

Pi nGURut IbU..


ibu menonong cepat jer ke rumah tukang urut 'mak caq' yang berjaya ditemui di sg ara..papa baru teringat kat mak caq ni bila recall masa bujang dulu, papa pernah cari rumah sewa area sini dan hampir2 sewa bahagian atas rumah mak caq ni..so teringat la dulu yang mak caq ni citer dia juga tukang urut, jadi tawakkal datang pagi tadi..maka 'bingo'..tepat sekali, tapi tadi mak caq dah dibook orang, so petang baru mak caq sms kata free...kat sini ibu diperiksa dulu urat-urat yang bersimpul dan bermasalah, then setelah discover..mak caq syorkan urut seluruh badan dan bertangas (gunakan bara api macam bersalai)..ermmm masak la ibu kena 'servis' at mak caq tadi..rasa-rasanya papa, mea dan wish tunggu dekat 3 jam huhu...start kul 3.00 till 5.50 pm..tu tak masuk time keluar rumah dalam 2.30 hu3..



mea dan wish tengok tv9 isi masa semasa tunggu ibu duk dalam inkubator cum bilik mengurut..dalam sejam pertama okay lagi, mea tergedik2 melayan kartun dan iklan, sementara wish melayan alas tikar rotan baru..after that, ehemm..papa kena buli hu3..mea mula nak main kat luar rumah dan wish plak nak dukung huhu...


haa ni dah malam...mea ralit duk tengok tv sampai tak sedar 'pampers' terdedah..ni boleh jadi skandal ni kalau dapat kat papa'razzi, nasib baik papa'mea dulu dapat gambor ni hehe...getah seluar dah longgar, ni mea nak bagitau secara tersirat ke papa ni suruh beli seluar tidur baru hehe..kan mea kan? malam ni mea dan wish tidur awal terselepok depan tv..maybe keletihan tunggu ibu tadi...ibu dah segar dah, sakit belakang tak rasa lagi, dah boleh tunduk...syukur!so misi berjaya...lain kali boleh datang lagi, bayarannya pulak berpatutan...

Friday, May 22, 2009

Nasi MinYAk juMaAT


Arini ibu sakit pinggang lagi, sian ke ibu...so pagi tadi papa masak nasi minyak la hehe..buat yang mudah jer, letak minyak, letak nasi, dan kalerkan dgn sirap hehe, maka jadi la nasi minyak pagi style terengganu...biasa kalau ari jumaat papa kena makan berat sebab lepas jumaat nanti baru jumpa nasi, mesti lapor kan...kang tengah khutbah or solat kang lapor perut, tak khusyuk plak jadinya...

pastu papa panggang ikan pekasam, mesti sodap...ingat dulu semasa duk kat tengah sawah padi semasa musim mencerut (menuai), ini la bekal yang dibawa untuk break kul 10.00 pagi hehe...tapi masa tu nasi minyak merah putih dengan ikan mamba, ikan mamba ni ialah ikan kering yang dipanggang, tapi tak la kering sangat ikan tu..hawa-hawa kering jer, so tadi bila dipanggang ikan pekasam tu, taste dia sama la..cuma terlebih masin sebab tak rendam air lama sangat...all in all, lepas dah breakfast yg heavy sket...tengahari ibu diluluskan off duty, so papa nak beli nasi arab yg dijual oleh pak-pak arab tepi masjid...dulu pernah beli, so nanti pas jumaat papa beli...sedap gak rasanya...lemak dan enak...

kat usm ni, nak tengok pak arab ramai masanya ialah selepas solat jumaat..berriok-wok duk glabut kat gerai set-set dia jual...selain nasi ada roti arab, kurma, yogurt, dll made in arab!

Thursday, May 21, 2009

SaKiT beLAKanG


arini ibu mengadu sakit belakang tika papa balik lunch tadi, maybe tersalah tidur..tapi pagi tadi okay jer...papa rasa mungkin ibu dukung mea dan wish dengan silap skill kut...especially mea yang kadangkala minta didukung walaupun berat sudah melampaui bagi kami ibu-papa yang kategori "S" ni...kena faham-faham la mea..lain la dengan wish yang masih kocik..


kekadang jugak mea ni akan terjah jer atas orang bila duk sonok landing atas karpet or sofa, dia main terjun dan ligan jer...gitu gak atas katil..semua ni papa rasa boleh bagi effect kat ibu dan papa yang masih bersaiz tadi (S) hehe...so, papa nasihat ibu suruh hati-hati bila nak mengangkat, kalau berat jangan angkat, heret jer...hehe...gitu gak kalau tengah landing tu, watch out mea! bahaya si semek tuh! sian ibu, kena tolong urut ni..kat sini mek tadok untuk hantar ibu gi mengurut, ada papa jer, papa pun papa laaa....tapi tadi bila urut ibu, mea pun gi buka perut dia minta diurut ratik, siap baring lagi sebelah ibu, tunjuk perut dia huhu!

Wednesday, May 20, 2009

KareNaH..


berebut nak duk atas papa..mea la mengada-ngada..actually papa baru balik keje dan wish yang duk depan tv tergedik-gedik nak suruh diambil, so papa ambik la dan pangku sambil minum petang...cuma mea yang suka dengki kalau papa ambik wish, saje nak tumpang gak punggung dia...


haaa...ni group tugasan kursus ptk papa, we all tengah brainstorming nak kembangkan idea yang sedia kembang-kuncup hehe...nanti we all kena bentang proposal research depan bapak-bapak profesor and convince them to give us more markah hehe...hopefully, dapat la aras IV untuk mara ke depan lagi...

Saturday, May 16, 2009

HujUNg miNGgU


hujung minggu kali ni kami sekuarga duk relaks jer kat rumah, serelaks gaya yang wish tunjukkan ni hehe..minggu lepas papa ada gak surf dan plan nak ke bukit merah tapi kansel la dulu...papa tengah kursus ni, masih pening dengan tugasan kursus yang perlu disiapkan dan mea pula demam lagi start malam tadi...


so sejak pagi mea merengek jer minta dipeluk dan dipangku...ni mungkin sebab dia ikut papa petang semalam ke belakang, tolong 'tengok' papa alih anak betik huhu, kena la ketik dek nyamuk 3-4-5 tempat...mungkin sebab ni la kut..wish okay jer sihat dan segor mettor..


ini la tesis tuk arab yang papa kena semak...aritu dah siap satu, mari plak yg lain...now duk score nak siapkan cepat sebab 2 minggu lagi cuti sekolah, papa dah ambik cuti beberapa hari...dengarnya banyak agenda kat kampung yang telah diplan oleh saudara mara, sama ada acara makan-makan biasa dan ada juga acara makan nak kahwin hehe...so papa kena baca cepat tesis ni dan buat report mengenainya, tak boleh la nak citer tesis saper ni sebab rahsia hehe..cuma setakat papa baca, papa rasa tesis ni tak sampai merit untuk level phd..komang sangat...rasa pelajar b.a. leh tulis lebih baik..apa pun, kena baca biar habis dulu untuk putuskan calon phd ni layak lulus ke tak...di samping papa, ada 2 orang lagi jadi pembaca/examiner, nanti resultnya macam court la..kalau 2-1 lulus la...walaupun pening kepala dan beccor mata baca teks ni, universiti bayar lain sebagai saguhati kepada examiner ni, ialah kut-kut tertambah power spek hehe...maka lepas la duit isi minyak nak balik kampung nanti hehe...

ini la tugas lecturer, merangkap guru..selamat hari guru diucapkan kepada semua guru yang drop by kat laman ni..cuma ramai saudara mara ada tanya papa, kenapa universiti cuti [papa] tak cuti balik kampung? huhu...kat sini la yang lainnya, yang tak bestnya...guru kalau cuti sekolah mesti cuti jugak, tapi lecturer masih kena bertugas...tapi masa ni la rasa seronok sebab kurang gangguan dari pelajar hehe, kadangkala rimas gak kalau selalu pelajar datang ke bilik, tapi kalau tak datang langsung rasa sunyi pulak hehe...masa ni biasanya pelajar phd dan master akan ramai datang berglewok...masa ni jugak lecturer terkejar masa nak siapkan research yang ada, sediakan paper untuk present kat mana-mana tempat di dunia ni, baca draf-draf tesis, plan kursus-kursus baru, pi kursus mana-mana, tulis artikel untuk jurnal dan buku serta kemaskini nota-nota kuliah...pendeknya, banyak lagi kerja lain selain mengajar huhuhu...ini la tugas kami, we serve for the best of the nations, ceewah! amien.

Friday, May 15, 2009

OvER fLOw...


haa..teka siapa hehe...ini wish la...jangan ingat awek lain plak! wish suka sakan semalam dapat try tudung kak mea..nak wat guaner, kak mea jual mahal tak mau pakai so ibu mea pakaikan wish jer, ahaks! as innocent boy, wish menurut jer! mentang-mentang la wish tak reti nak tepis or smash..


sejak kelmarin, tangki air dalam siling atas over flow...air mencurah-curah ikut laluan air dalam tandas bilik utama dan sebahagiannya meresapi siling bawah area tangki..terkejut! tapi pengalaman dulu sekali menyebabkan papa tahu di mana kepala paip ke tangki yang tersembunyi dalam siling bilik air, so rukah la kejap untuk tutup..pastu pagi tadi baru report ke uppu (unit perumahan dan penginapan universiti)untuk segera mai baiki..


lepas setengah jam, ada staf uppu mari tengok kat mana yang bermasalah...pastu dia panggilkan kontraktor datang mai ejas kat mana rosak...sebagaimana dakwaan, memang over flow ni sebab pelampong tak berfungsi dan valve rosak..cuma dia baiki dulu tanpa ganti lagi, sebab ini prosedur universiti..kalau ikut papa, suruh ganti jer...


ini la kesan pada rumah mea dan wish...kat tingkat atas air menitis hingga ke bawah...so, tadah baldi..


air menitis sampai ke bawah...bangun pagi tadi sampai lencun dan basah sebahagian tangga...nasib baik tak banjir macam dulu...

Sunday, May 10, 2009

SoLaT...


Rasulullah bersabda yang bermaksud: Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang ketika umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka enggan melakukannya ketika umur mereka sepuluh tahun. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud.

Seorang penyair berkata, maksudnya: Adab itu bermanfaat semasa kecil, ia tidak memberi faedah lagi ketika telah dewasa. Dahan yang lembut mudah teguh bila dilentur...dan akan menjadi keras (tidak lembut) bila ia telah menjadi kayu.

PeKan RaBu di HaRi SaBTu


kelmarin, sabtu..out of the blue, papa ajak ibu ke Pekan Rabu, Alor Setar...siap-siap kejap and then vrooom jer...walaupun terfikir gak mulanya, "ermm..pekan rabu buka ke tak pada hari sabtu?"...hehe..itu nama jer laa..not really rely on sabtu jer kan, nanti kesian la peniaga-peniaga kat sini nak cari makan...sebenornya, tak tau nak cari apa kat sini? maybe kain...cuma yang paling jelas, nak tau apa kejadahnya yang ada sampai glamer nau pekan ni...even Mahathir pun pi sini..


yooo...ni on the way ke Pekan Rabu...gaya mea leni bila kuar jalan-jalan...bila duk dalam kete, bergaya kalahkan mak datin hehe...dalam kereta lening, mea sukar nau nak tidur, so apalagi...merayap situ-sini...sebelum sampai, terkezut gak bila tengok signboard ada 2 exit ke alor setar iaitu sama ada alor setar (utara) or (selatan)..huhu...so call la member sat tanya, "pekan rabu haaa...hang ambik alor setaq selatan, pas traffic lite, hang ambik kanan and teruih jaa..."...maka sampai la kami ke pekan rabu..


kat sini, mula-mula kedai yang disinggahi..mea dapat tudung "solehah"...ayu-nya anak dara papa hehe...sebagai untuk test fesyen, papa belikan 2 kaler dulu for mea hehe...untuk wish, ermmm...wish tak pakai tudung...takpe la wish..tunggu besar, papa belikan tengkolok nanti ahaks!


haa...meneroka sekitar kedai-kedai pekan rabu lagi..susunan dalaman kedai sini actually macam kat Pertama Complex KL...cuma bezanya kat sini satu blok jer...boleh katakan hampir semua kedai kat sini jual aneka tudung, baju sembahyang, baju kurung dan baju melayu yang dah siap, batik, songkok, kopiah, manakala tingkat bawah jual alatan nak kahwin macam bunga telur, etc..golok pun ada jual hehe...pendek kata, "macam-macam adaa.."


mea steady kat gerai ikan pekasam..so ambik hati mea kononnya, papa beli gak la ikan pekasam jenis lampam dan sepat setengah kilo...bukan apa, musim hujan akhir-akhir ni sedap gak belasah ikan-ikan ni sambil taruk limau nipis, bawang goreng dan lada sikit kat atasnya...kalau mea makan ni, mau tambah nasi macam ni hehe...


selepas chow dari Pekan Rabu, we all balik la ke selatan semula...berhenti solat kat R&R Gurun dan terkandas seketika kerana hujan lebat, tak leh nak pergi kat kereta...then, bila dah mulai reda..kami teruskan perjalan dan sekali lagi before kerabak jambatan, papa bawa singgah dulu sg. dua butterworth untuk merasa "mee udang"...haa...tengok tu, ibu mea tak sabar nak belasah mee udang..best tau! memang sini tempat mee udang glamer selain kat batu maung...


kat rumah, mea memang nak pakai jer tudung cinonit dia...tak sabar nak jadi kak solehah hehe..ni aksi dan cara mea bermain dengan wish..suka nau gosok pipi or kepala wish...sampai panjat ke atas walker adik untuk happy'kan wish...sabo jer la!

Thursday, May 7, 2009

ViRus dan jaTUh KaTiL..


habis komputer r.a (research assistant) yang bekerja untuk geran papa terkena serangan virus...bila 'on' jer pc ni then jadi restart balik..gitu la dari pagi sejak mamat tu nak mulakan kerja harian dia..then, papa panggil technician datang..setelah technician ni gonjengkan cpu and ambil hard-disk wat pi 'scan' kat pejabat dia..bila dia datang balik pasang, still problematic ni jadi lagi..puncanya ialah bila r.a papa ni guna pen-drive personal dia kat cpu ni...sememangnya pen-drive luar ni 'bahaya' kalau main sumbat jer kat mana-mana pc...papa memang tak benarkan kalau studen nak cucuh kat komputer ofis or laptop papa...hancuss jadinya nanti...bagi kes ni, harap jangan la sampai kena format sebab banyak fail r.a ni dah taip, nanti rugi duit geran papa wat bayar dia selama ni huhu...so esok technician tu akan merawat lagi...nasib baik usm punyer hehe...walaupun duit geranku huhu...



haa..ni telatah wish, yang sekarang ni asyik nak bergelak ketawa jer...pagi tadi anak papa ni jatuh katil lagi huhu...papa dah risau dah sejak semalam bila sedang elok semalam papa masuk bilik, wish menyondol ke atas bantal yang dijadikan pagar katil...so pasni, bila nak keluar bilik kena angkat wish sekali la takut jadi lagi..setakat tengahari, wish okay jer..takut gak kut ada side-effect...ini la anak jantan papa yang akan mewarisi kehenseman papa nanti hehe...apakah?

Wednesday, May 6, 2009

JamBu AiR..


sebelum citer pasal jambu, wish nak enter frame dulu...cakkkk! good day every body..wish tak leh makan lagi jambu ni sebab gigi takde lagi huhu...tumpang gess yang ibu hadam la dulu...


pokok jambu air ni ada dekat blok K04 (siswi)..ni disedari sejak kes banjir kat aras 2 blok K03 aritu la..rupanya ada 2 pokok jambu kat hujung ni..memang kat desasiswa aman damai ni banyak pokok buah-buahan...selain jambu ni, ada mempelam, belimbing, betik, kelapa, hatta kelapa sawit pun ada hehe..


lebat buahnya..papa datang dengan mea petang semalam lepas mea datang kacau papa menaip, papa pun ke ofis asrama check surat kut-kut ada meeting last minute masuk..pastu depa kat ofis cakap pn. siti (ppa aman) bawa rajut pi ambil jambu..ermm..terasa gak la nak makan cicah kuah rojak...so pergi la sana sekali..memang banyak buahnya, kalau pelajar ada ni..dua blok K03 dan K04 ni boleh wat jamuan bawah pokok jambu ni hehe..


mea la yang suka sekali, digonggongnya sebiji walaupun papa dah cekoh untuk dia...kalau singgah kat r&r sg. perak atau tapah...biasa kita orang beli yang dah dikupas dan letak asam boi..ermm...yummi gak tuh hehe..papa terfikir, mungkin pokok jambu air ni juga akan ditanam di belakang rumah? sebab sekarang ni misi papa ialah menanam betik sekeliling rumah, hingga petang semalam..papa bilang dah ada 9 pokok anak betik yang berjaya ditanam yang tingginya setakat lutut baru...minggu depan boleh la makan buahnyer hehe...

Tuesday, May 5, 2009

MenAIp saJER..

2 hari ni duk rumah jer..lagi pun cuti research dah lulus bila check online semalam..tapi duk rumah tak la bermakna cuti duk rilek..sebut pun cuti research maka den pun pulun melaporkan research la...sebab baru perasan, sebahagian aktiviti collect data selama ni banyak yang belum dihasilkan dalam bentuk written document, nanti bila orang nak, nayaa..papa dah ada sorang research assistant yang duk menaip pasal geran hartanah pusaka tu..biarlah dia taip banyak2 yang tu..tapi sebab ada beberapa geran, maka boss pun kena la menaip jugak, lagi pun hanya kita tau apa dan bagaimana flow report yang kita nak..


setakat ni papa masih dapat selamatkan diri dari mea untuk menaip, dengan naik slow2 ke tingkat atas..sebelum tu kena pasang dvd jim jam sunny dulu yang mea suka tengok, apakala ralik tu..papa chow slowly dengan kerjasama ibu..rasanya dah lebuk dok dvd tuh, asyik pasang sokmo..malam pun kadangkala tengah orang syok tengok movie, mea suruh pasang jim jam sunny huhu...minat nau walaupun dvd yang sama...lekat banyak kali jugak sebab sokmo-2 pasang...sehingga ke tengahari ni kira selamat la dan mea tak sedar, sebab kalau tak dia akan panjat ke atas...kemaskini..dekat pukul 4 ptg kantoi dengan mea apabila papa bersin, mea tengah main kat bawah apalagi..terus naik cari babaaa...huhu

semalam mea muntah banyak atas katil sebelum tidur huhu..tak tau sebab apa, tapi tubuhnya masa tu memang panas macam nak demam..sebelumnya, berceloteh bahasa jermannya la sambil pergi sebelah ibu ajak bercakap...tup-tup then, jerit dan muntah..habis cadar kena tukar..pastu cakap lagi, before slowly tutup lampu biar dia cool..wish pun sama sukar nak tidur...

Sunday, May 3, 2009

HuJAn JeRr..


hujan dan angin yang berlarutan sejak maghrib hingga pagi tadi menyebabkan sepohon pokok pisang tanduk tepi rumah dah tumbang..sayangnya tak sempat berbuah, pokok sebelahnya bila-bila masa dah boleh makan..papa dah try tongkat tadi tapi tumbang ke sebelah situ plop huhu..pagi tadi jugak 1 blok siswi k03 kena pindah ke k04 sebab banjir, bukan banjir tingkat bawah tapi tingkat atas sebab air tangki overflow..ini kerana tekanan terlalu kuat apabila ramai studen dah kurang guna air (balik kampung)..so dalam kul 7 pagi guard dah call ajak pi jenguk dengan staf yang lain, kesian sebahagian studen yang ada aktiviti terpaksa tukar bilik dan blok takut elektrik shock...


malam tadi, papa ajak mea dan wish main bola..petang tadi beli sebiji lagi bola..now ada 3 biji bola untuk mea dan wish main..nak nak ajar mea dan wish supaya jadi sportman ratik, baru sihat..kata pepatah Arab, al-aqlus salim fil-jismis salim..akal yang sihat berada dalam fizikal yang sihat...amin..akibat main kuat, maka mea lentok terlena awal sebelum masuk ke bilik lagi..biasa susah nak tidur, kalau masuk bilik..siap main lompat2 lagi atas katil...

TeTaMu KaMi..


Tetamu kami ialah a.lie sekeluarga..kak hani, dini, fatiha dan mak kak hani, tania (takde dalam view)yang datang dalam 8.20 malam...papa dan mea gi amik depa depan masjid usm sebab rumah ni depa tak kenal lagi, dulu a.lie dan kak hani pernah mai umah kitorang tapi masa duk apartmen kat batu uban sana (jalan pantai jerjak)..tekun masing2 tengok buletin utama..


ibu mea plak tak tau nak masak apa, so papa cadang yang sedia masak hehe..pizza..bila a.lie call dia on the way, we all pun calling-calling abang pizza hehe...sedang elok, after a.lie and family sampai kejap, our order pun turut sampai hehe...tapi kesiannya, tengahari tu pun depa ni makan pizza gak dah...dan mea as usual, paling sibuk seolah2 nak makan semua lebih2 lagi bila tengok air gas...


petang sebelum tu...papa ajak mea, ibu dan wish ke tasik aman bagi ikan makan (roti)..bukan ikan papa pun, cuma ralik waser bila tengok ikan2 ni makan berebut2..tentu kat tasik tak ramai orang (jogging, dating, study) sebab studen dah ramai balik kampung untuk cuti semester panjang till julai nanti, kat sini banyaaaak ikan...macam-macam adaa!


ikan tilapia dan keli afrika...menyambar-nyambar dalam riak air tasik yang mendebur...galaknya ikan-ikan ni...geram we all tengok, rasa nak cari sauk jer, sauk...sure dapat...tapi tak boleh, usm marah...lagi pun ikan-ikan ni bukannya sedap, hanyir..atau kata ibu mea, "pahit.." hu3


dalam berebut mendapatkan sisa roti ni, rupanya ada biawak yang memerhati..sekor talapia dah jadi rezeki biawak yang kelaparan...memang banyak pun biawak dalam tasik ni, semasa bagi makan ni ada 2 ekor kat tebing sedang stand-by...memang puas hati dapat ikan sebesar tu dia sekor...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin